sorry guys lama tak update. Tangan saya melecur kena air panas. Kalau ada sebarang typo maafkan saya.
SHARK menjeling. Berombak dadanya apabila memandang Fajar yang duduk berhadapan dengannya. Kedua belah bahu Shark sudah ditahan oleh Azim dan Kazam, risau jika lelaki itu bertindak sekali lagi memukul Fajar. Lagipun mereka tahu, kehadiran Fajar pasti berniat sesuatu bukan sekadar ingin menonjolkan diri.
Secawan teh diletakkan diatas meja. Rayden menyenteng lengan bajunya hingga ke siku sebelum melabuh punggung disofa. Wajah Shark dan Fajar dipandang silih berganti. Dia berdehem buat seketika.
"So? Kau buat apa datang sini?" soal Rayden setelah lama dia berdiam diri. Dia menebarkan anak matanya ke arah Fajar, menantikan jawapan daripada lelaki itu. Namun, Fajar masih lagi berdiam.
Dia mendongak memandang Shark. Tak sampai beberapa minit, dia kembali menunduk memandang jari-jemarinya. Takut ingin bertentang mata dengan lelaki jerung itu. Akan tetapi, nak tak nak dia terpaksa berterus-terang. Sampai bila dia ingin berdiam diri dan menyeksa mental sendiri, bukan?
"Haa... " Fajar mengeluh kecil. Dia memejam mata buat beberapa minit, sebelum membuka suara.
"Ak... Aku datang sini sebab Suraya." ringkas dia berkata tanpa memandang wajah Shark.
Shark tersenyum sinis. Kepala digelengnya berkali-kali. "Baru sekarang kau nak datang sini sebab dia? Untuk apa? Kau nak dia jadi isteri kau balik, huh? Hei, kau sedar tak? Disebabkan kau... "
"Shark!" Cantas Rayden. Dia menggeleng kepala. Fajar belum habis cerita lagi dia sudah menyampuk.
"Benda ini takkan setel selagi kau mencelah. Cuba bagi Fajar masa untuk cerita apa yang dia nak cerita. Tak semestinya dia datang sini untuk rampas isteri kau."
"Heh, mamat ni kalau tunjuk batang hidung dia depan aku memang tak ada benda lainlah, Ray. Entah-entah apa yang jadi pada Suraya sekarang ni ada kena mengena dengan dia. Kalau betullah kau punca Suraya kena culik... aku memang takkan lepaskan kau."
"Memang salah aku. Kau tak salah." sampuk Fajar.
Shark terdiam. Keningnya bekerut pelik. Rasanya aku tak salah dengar tadi.
"Kau cakap apa? Kau ulang lagi sekali!"
"Fasal Suraya kena culik memang aku puncanya. Ta... Tapi... Aku terpaksa. Haidin yang ugut aku! Kalau aku tak culik Suraya, Athirah akan jadi mangsa dan aku tak nak semua itu berlaku tapi aku silap... Haidin dah perangkap aku." ujar Fajar berterus-terang sahaja.
Shark mengetap bibirnya geram. Kedua belah tangannya sudah mencengkam seluar. Aku dah agak mamat ni ada kena mengena!
"Aku lepaskan Suraya sebab aku ingat tiada lelaki yang akan kutip dia. Perangai dia yang menggila seperti tidak waras jarang ada lelaki yang boleh bertahan tapi aku tak sangka... Lelaki seganas kau yang tiada jiwa boleh kutip dan sayang dia berbanding aku. Dia jadi macam tu pun sebab Haidin. Daripada dulu lagi... perempuan yang kau kawin selama ni milik Haidin. Dia serahkan Suraya kepada aku pun untuk jaga dia daripada terlepas ke tangan kau. Tapi waktu itu aku lupa. Aku terus ceraikan dia tanpa fikir apa-apa dan sekarang aku kena tanggung semua ni. "
"Mayat yang kau jumpa tu pun bukan Suraya tapi Athirah. Haidin takkan sesekali bunuh orang yang dia sayang. Tapi nasib kau malang Shark, kau dah buat benda yang dia tak suka dan mungkin Suraya takkan selamat lagi." sambung Fajar.
![](https://img.wattpad.com/cover/207893930-288-k555313.jpg)
YOU ARE READING
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]
RomancePemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR...