"BOS, kita nak ke klinik ke hospital bos?" Soal Azim, cemas. Sesekali dia menoleh ke belakang memandang Shark yang mengerang kesakitan. Cecair merah yang mengalir sudah sampai kebahagian sikunya. Lampu kecemasan sudah diberi, namun pemandu yang lain langsung tidak memberi kerja sama.
"Haih, kau ni Zim! Takkan itu pun kau nak kena tanya bos? Pergi hospitallah! Mana lagi?"
"Ish, kalau pergi hospital nanti kena ambil nombor giliran!"
"Habis kalau pergi klinik pun kena ambil nombor giliran juga kan?"
"sekurang-kurangnya klinik tak ramai orang!"
"Kalau kau dah tahu klinik tak ramai orang kau pandulah pergi klinik. Apa susahnya? Aduh, kau ni Zim... " tergaru kepala Kazam dibuatnya melayan perangai Azim.
Azim tersengih menampakkan giginya. Cepat-cepat dia memutarkan stereng ke kiri, menuju kearah Klinik yang berhampiran disitu. Kereta honda di parkir dihadapan klinik tersebut. Lantas dia melangkah keluar daripada perut kereta, membantu Kazam untuk memapah Shark keluar daripada kereta menuju masuk ke dalam klinik.
"Perlahan sikit, Zim... "
"baik, bos. Bos duduk sini dulu, biar saya pergi daftar nama bos." pinta Azim, Shark mengangguk.
Pantas Azim berlari menuju kearah kaunter yang tidak jauh daripada situ. "Assalamualaikum, kak." salam Azim terlebih dahulu.
Wanita yang sedang menyusun botol ubat itu terus mengalihkan perhatiannya kearah Azim. Senyuman lebar dicariknya. Azim terkedu sejenak. Ya Tuhan, cantiknya...
"waalaikumsalam, encik. Ada apa yang boleh saya bantu?" soalnya.
"saya nak nombor telefon."
"ap... apa?"
"Azim!" jerit Kazam. Pantas Azim menggeleng laju. Pipi kanannya ditamparnya perlahan. Boleh pula benda lain yang dia pinta.
"mak... maksud saya, saya nak minta tolong. Bos kami kena tikam dekat bahu. Dah banyak darah keluar."
"Kena tikam? Ya Allah, kalau macam tu cepatlah masuk ke bilik! Nanti teruk pula lukanya."
"Ba...Baik, kak. Terima kasih. Jom bos!"
Azim kembali berlari mendapatkan Shark dan Kazam. Perlahan-lahan mereka memapah Shark melangkah masuk ke dalam bilik rawatan.
"baringkan bos awak ke sini." arah wanita itu. Menepuk tangannya kearah katil pesakit yang berada disebelahnya. Mereka mengangguk serentak. Lantas, Shark dibaringkan keatas katil itu.
Baju dibahagian bahu Shark dikoyaknya menggunakan gunting. Darah yang mengalir keluar daripada luka itu dilap terlebih dahulu menggunakan kapas sebelum ubat tahan kebas disapu pada bahagian itu.
"erghh... "
"tahan sikit ya encik. Nampak gaya macam dalam sahaja luka ni." ujarnya. Tanpa membuang masa lagi dia terus menjahit luka itu secepat yang mungkin, takut jika cecair merah itu keluar dengan lebih banyak. Setelah selesai, dia membaluti bahu Shark menggunakan kain putih yang tersedia disitu.
JAM di dinding tepat menandakan pukul 8 malam. Ke hulur ke hilir Suraya tak henti berjalan memikirkan tentang Shark yang masih belum pulang. Ayahanda yang turut berada disitu juga, gelisah. Takut jika ada apa-apa yang berlaku pada anaknya yang sulong itu."Haih, Shark ni... kalau sehari tak buat ayahanda risau fasal dia mesti tak sah. Betul ke kamu tak tahu dia ke mana Suraya?"
"Betul ayahanda. Suraya tak tahu dia ke mana. Tadi dia ada baca surat daripada Haidin, selepas itu dia terus pergi. Suraya nak halang tapi.. "
YOU ARE READING
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]
RomancePemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR...