30

140K 8.7K 1.9K
                                    

"DAH berapa kali kita pergi rumah Fajar, bang. Tapi kenapa dia asyik tak ada dekat rumah? Saya ada rasa sesuatu tak kenalah, bang. Saya call dia, dia langsung tak jawab." keluh Puan Siti, gelisah.

Malah Encik Aman tidak membalas apa-apa. Dia hanya termenung memandang kaca televisyen yang berada dihadapannya. Puan siti mengeluh kecil. Setiap kali dia berbicara pasti suaminya termenung. Entah apa yang dia fikirkan pun tidak tahu.Bahu Encik Aman dicuit sedikit, mematikan lamunan lelaki tua itu. Dia terus berpaling memandang Puan siti disebelahnya.

"Abang dengar tak apa yang saya cakap tadi?" soal Puan Siti sekali lagi

Encik Aman mengangguk perlahan tanda dia mendengarnya. Dia berdehem beberapa kali membetulkan suara terlebih dahulu.

"nanti saya pergilah jumpa si Fajar tu, awak duduk aje sini tak payah ikut."

"kenapa pula? Saya nak ikut! Saya nak tengok anak saya. Saya risaukan dia, bang." rungut Puan siti.

"kalau saya bawa awak nanti buat penat aje kalau Fajar tiada dekat rumah. Baik saya seorang sahaja ke sana untuk tengok. Kalau Suraya ada nanti, saya jemputlah awak pergi sana." ujar Encik Aman.

Puan siti mengeluh kecil. Entah mengapa hatinya terasa tidak tenteram sejak beberapa hari ini. Semua orang yang berada disekelilingnya seperti menyorokkan sesuatu darinya, cuma dia sahaja yang was-was untuk percaya apa yang dia rasa.

Sekilas jam tangan yang mengelilingi pergelangan tangannya dipandang sejenak sebelum dia bangun menuju kearah pintu utama. "abang nak keluar kejap pergi cari makanan. Awak ada nak pesan apa-apa tak?"

"saya nak ikut, bang. Tak payah susah-susah abang keluar masuk hotel."

"ish, biar abang sahaja belikan. Kamu duduk dalam bilik ni jangan keluar. Lagipun awak tu bukannya sihat sangat. Kejap lagi sakit sana, sakit sini saya juga yang susah." ujar Encik Aman.

Puan siti mendiam dan mengangguk perlahan. Senyuman nipis diukirnya, sebelum figura suaminya menghilang daripada mata kasar. Keluhan kecil dilepaskan sebentar.

"Haih, Suraya... risau betullah mak dekat kamu ni. Entah apa jadi pada kamu pun mak tak tahu. Harap-harap baik sajalah." ucap Puan Siti seorang diri.






LANGIT yang tadinya cerah kebiruan akhirnya bertukar kepada warna gelap. Kedinginan malam ini lain daripada yang lain. Sejuk tidak, panas pun tidak. Ianya nyaman sahaja, membuatkan hati ini tenang melihat bintang-bintang yang menghiasi angkasa.

Ralit Suraya memandang kawasan disekeliling balkoni yang sunyi, tiba-tiba matanya terhenti pada figura lelaki yang memakai T hitam, bersama seluar jeans yang sedang berdiri memerhatinya dari jauh. Perasaan Suraya kembali bertukar resah. Entah mengapa jantungnya kini berdegup laju.

Walaupun wajah lelaki itu samar-samar dimatanya, tetapi dia dapat rasakan sesuatu yang tidak kena. Kedengaran bisikan halus ditelingannya membuakan Suraya semakin berdebar-debar.

"Mak tolong Suraya, mak! Tolong!"

"lepaslah! Jangan sentuh aku!"

"sesiapa tolong aku!"

"Suraya... " sapa Shark, menyentuh bahu gadis itu daripada belakang. Suraya tersentak, lantas dia berpusing memeluk erat tubuh lelaki itu. Shark kaku buat beberapa minit. Matanya berkedip memikirkan apa yang berlaku sekarang.

Perlahan-lahan tangannya membalas pelukan Suraya. "kau kenapa ni?" soal Shark, bingung.

"ada orang tengok saya." ujar Suraya perlahan. Shark mengerut kening, anak matanya melilau memandang sekeliling kawasan balkoni itu. Namun tiada seorang pun disitu melainkan mereka berdua.

"Ish, mana ada. Kau berangan aje kot. Dah lepas!" tubuh Suraya ditolak ke tepi. Dia membetulkan sedikit bajunya yang berkedut. Suraya mencebik bibir. Rasanya aku tak salah nampak tadi.

"Kau tiba-tiba duduk luar ni kenapa?" Soal Shark.

"Saja. Nak ambil angin. Saya rasa bosanlah duduk dalam rumah. Nak bermanja dengan awak pun bukannya awak bagi. Sikit-sikit marah." rungut Suraya, manja. Bibir dimuncungkan kehadapan, menunduk memandang jari jemari yang saling mencubit satu sama lain.

Shark menjuling anak matanya keatas. Ada sahaja benda nak diungkit.

"Haih, yelah... sini!"

"Buat apa?"

"Kata nak manja kan? Sinilah!" Lengan Suraya ditarik kearahnya, lantas dia menyandarkan tubuh gadis itu ke dinding, lalu kedua belah tangannya menyentuh dinding mengunci Suraya ditengah-tengahnya. Air liur ditelannya sejenak saat Shark merenung matanya.

Ya Allah, menggoda betul mata suami aku ni!

Fuh! Berpeluh,babe!

"Suka macam ni?" Soal Shark dengan nada yang menggoda. Suraya mengangguk laju. Gila, tak suka! Sukalah!

Shark tersenyum sinis. "nak lebih tak?"

"Lebih? Lebih macam mana?"

"Lebih macam... "

"Astaghfirullah hal azim, maksiat!" Sampuk Kazam, secara tiba-tiba. Cepat-cepat dia menutup mata Azim yang tidak berkelip melihatnya. Shark tersentak, perbuatannya tadi berhenti sekelip mata. Kacau daun betul dua ekor ikan badut ni!

"Kau orang tiba-tiba ada dekat rumah aku ni kenapa?" soal Shark, dingin.

Mereka tersengih menayang gigi. Pantas Suraya berlari masuk ke dalam biliknya. Karang, tak pasal-pasal merekat dapat tengok aurat aku!

"Maaflah, bos. Bos tengah berasmara ke tadi? Nampak intim semacam aje?"

"Hei, kau sibuk kenapa? Bini aku, suka hati akulah!" Herdik Shark. Anak mata dijeling, sebelum dia berpaling ke lain.

Mereka tertawa kecil. Suka pula mereka melihat wajah dingin lelaki itu. "Alaa, bos ni... nanti-nanti boleh sambung. Kita orang datang sini nak bagitahu fasal Rayden kawan bos tu!" ujar Azim.

Shark mengerut, pelik. Dia kembali memusing memandang mereka berdua. "kenapa dengan dia?"

"Entahlah, bos. Dia dah teguk air arak berbotol-botol sampai mabuk teruk dekat kelab malam tadi. Nasib baik kita orang ada, kalau tidak... kawan bos tu dah kena belasah dengan gangster-gengster dekat situ."

"Sampai macam tu sekali dia punya mabuk?"

Mereka mengangguk serentak.

"Pelik betul si Rayden ni. Takkan betul pulak tekaan Suraya tadi? Ish, geli-geleman aku kalau dia suka aku!" desis Shark, perlahan. Cukup untuk dia sahaja yang mendengarnya.

"Bos cakap apa?" Soal Kazam, kurang jelas menangkap ayat Shark tadi. Malah Shark hanya menggeleng. Kalau aku bagitahu dia orang, pasti mereka bakal mengejek aku!

"Habis tu... dia dekat mana sekarang?"

"Kami hantar dia balik rumah. Bos pergilah melawat dia esok. Bos kan kawan rapat dia?"

"Tengoklah nanti... " balas Shark, acuh tak acuh. Seram sejuk pula tubuhnya sekarang.

"By the way, bos. Misi memikat hati Cik Suraya bos tu dah berjaya ke?" soal Kazam, menukar topik perbualan mereka kepada yang lain pula. Azim mengangguk laju, menyokong soalan itu. Dia pun ingin tahu juga perkembangan Shark dan Suraya.

"Eh, sibuk pula kau orang berdua ni kan? Masalahnya masa aku nak romantiklah kau orang berdua ada! Menyusahkan! Kacau line aje!"

"kita orang bukan kacau line. Kita orang nak jadi saksi pertemuan romantik Jerung dan dolphin itu sahaja." balas Azim.

Shark menjeling. "Kau orang ni kalau sehari tak menyibuk memang tak sah! Baik aku masuk tidur lagi bagus daripada layan kau orang berdua." sinis Shark.

Dia terus mengatur langkah menuju ke bilik. Setelah kelibat Shark menghilang, mereka tersenyum sinis. Bahu Azim dicuitnya seperti ingin memberitahu sesuatu.

"nak tidur konon. Cakap ajelah nak tambah anak, kan?"

"Betul! Betul! Betul!"






Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Where stories live. Discover now