66

123K 7K 1.4K
                                    

                       KERETA proton saga hitam diberhentikan dibahu jalan. Rayden menjenguk sedikit kepalanya, melihat kearah rumah banglo usang yang berada tidak jauh daripada situ dikelilingi oleh beberapa pengawal yang memegang senjata api.

Dia kembali memandang ke hadapan, memikirkan cara-cara untuk melepasi  ke kawasan itu. Shark disebelah sudah tidak sabar. Dia terasa seperti ingin terus keluar daripada perut kerata dan menyerang mereka namun Rayden sudah menghalang.

"Kita tak boleh masuk macam tu sahaja. Kau tak nampak ke pengawal dekat situ berapa orang? Tak sempat kita nak masuk, tak fasal-fasal dah kena tembak."

"Kena tembak pun tembaklah... aku tak kisah." balas Shark, acuh tak acuh.  Dia kembali membuka pintu, dan sekali lagi tangannya ditarik Rayden. Shark terduduk semula.

"Kau ni tak faham bahasa ke? Kalau kau mati, buat apa kita datang sini?"

"Habis sampai bila kita nak duduk dalam kereta ni? Nak tunggu pengawal-pengawal tu tidur huh?"

"Sabar kejap boleh tak? Bagilah aku fikir!" herdik Rayden, geram.  Dia kembali menoleh kearah beberapa pengawal yang masih berada dihadapan rumah usang itu. Kalau mahu redah sahaja pasti rancangan meraka bakal gagal. Hendak masuk ikut pintu belakang pun tak mungkin disitu ada pengawal jaga juga. Melainkan kalau... ada orang yang mengalihkan perhatian mereka.

"Okay, aku ada idea."

"apa dia?"

Rayden tersenyum sinis. Dia menoleh ke belakang memandang Azim dan Kazam yang sedang leka menjamah burger yang dibeli ditepi jalan sebentar tadi. Shark juga turut menoleh ke belakang. Keningnya berkerut pelik.

Spontan perkara itu menghentikan mereka berdua. Kunyahan terakhir dipaksa telan. Azim dan Kazam berpandangan buat seketika sebelum kembali melihat Shark dan Rayden tersenyum bermakna. Sekilas Azim menunduk memandang burger yang berbaki separuh.

"Bos nak burger juga ke?" tanya Azim,  dia menghulur burger itu kearah Shark dan Rayden. Manalah tahu mereka juga lapar.

Pap!

Tangan Azim ditampar kazam. Azim tersentak. Dia terus memandang Kazam yang sudah menggeleng kepala. "Apa kau ni? Dalam waktu getir macam ni kau boleh tanya bos lapar ke tak?"

"Dah dia orang pandang kita macam tu, manalah aku tahu." rungut Azim,  dia mencebik bibir.

"Aku nak minta tolong kau orang buat sesuatu boleh?" Rayden mencelah. Serentak mereka berdua mendongak memandang Rayden semula.

"Kau nak suruh kita orang buat apa?" soal Kazam kembali. Rayden tersenyum sinis sebagai jawapan. Dia pasti dua orang kuncu sewel ini mampu mengalihkan perhatian pengawal-pengawal itu. Kalau aku dan Shark boleh tak tahan dengan perangai dua ekor ni, tak mustahil pengawal-pengawal itu juga merasakan benda yang sama.




                        
                             GULP!
Air liur ditelannya sejenak. Berpeluh dahi Azim dan Kazam melihat tubuh tegap setiap pengawal yang menjaga pintu hadapan rumah banglo usang itu. Kalau kena penumbuk rasanya boleh terpelanting jauh ke Afrika selatan!

"Macam mana ni, Zim? Kita nak buat apa?" soal Kazam,  resah. Dia memandang Azim.

Azim pun tidak tahu ingin menjawab apa. Dia pun terpaksa mengikut arahan Rayden dan Shark tadi. Kalau aku tahu jadi macam ni, aku lebih rela duduk dirumah menonton cerita doraemon.

"Err... Kau... Kau tumbuk muka aku."

"Tumbuk?!" Kazam sedikit terkejut. Gila! Dia sudah lama tidak menumbuk muka orang. Apatah lagi ingin menumbuk muka adiknya endiri.

"Kau gila ke? Kalau aku tumbuk muka kau tak fasal-fasal kau jadi sewel nanti macam mana?"

"Masalahnya aku daripada mula dah sewel, tumbuk sajalah!" herdik Azim.

"Tapi aku dah lama tak tumbuk orang."

"kalau macam tu tumbuklah sajalah muka aku!"

"serius?"

"Ya!"

"betul ni?"

"Ya!"

"Combo ke alakad?"

"Alakad,"

"baiklah." Kazam menarik nafas sedalam-dalamnya lalu dihembus keluar dengan perlahan cuba untuk menenangkan diri buat seketika. Dia mengibas-ngibas kedua belah tangannya, meregangkan urat. Azim memejam mata buat beberapa minit. Dalam hatinya sudah mengucap dua kalimah syahadah.

"Are you ready?"

"Yes, I am but...  Kalau aku mati, tolong sampaikan dekat bos yang aku sayang dia dan jangan lupa pesan dekat Rayden juga supaya jangan jadi Raysha lagi sebab aku meluat."

"baik, adikku."

"Dan lagi satu... "

BUK!

Tumbukan kuat terus hinggap ke wajah Azim. Kazam tergamam. Kedua belah tangannya menekup mulut. Alamak! Aku cepat sangat ke tadi?

Azim meraung kesakitan.  Dia berguling-guling diatas tanah, menahan perit diwajahnya. Serentak perbuatan itu mengalihkan perhatian beberapa orang pengawal yang menjaga pintu hadapan tersebut. Mereka terus berlari anak ke arah Azim dan Kazam.

"Woi!" jerit salah seorang pengawal disitu menyentakkan Kazam. Dia terus berpaling ke belakang memandang beberapa orang pengawal yang sudah mengacu pistol ke arahnya. Pantas dia mengangkat kedua belah tangannya ke atas, menyerah diri.

"Kau buat apa dekat kawasan ni, huh? Macam mana kau boleh ada dekat sini?!" soalnya, dingin.

Kazam menelan air liur.

"Err... Sa... Saya... Saya cuba halang dia, tuan! Dia cuba nak ceroboh kawasan ni. Saya nampak dia terhendap-hendap macam pencuri sebab itulah saya tumbuk muka dia." ujar Kazam, dia menunding jari ke arah Azim yang masih lagi berguling diatas tanah.

Pengawal itu mengecilkan mata. Tidak percaya. "Kau siapa sampai nak halang dia ceroboh kawasan ni? Kau baru masuk geng ni ke?"

"Haah. Saya baru aje masuk. Tuan Haidin yang jemput saya ke sini untuk temu duga."

"Temu duga? Aku masuk sini tak pernah ada temu duga pun?"

"Mungkin sebab ini peraturan baru kut?" balas Kazam, selamba. Harap-harap dia percayalah.

Pengawal itu mendiamkan diri buat seketika. Dia menjatuhkan senjata apinya ke bawah. Daripada segi pemakaian Kazam nampak seperti biasa-biasa sahaja.  Nak kata tegap, tak tegap.  Gemuk pun tak juga. Macam mana Haidin boleh terima dia masuk ke kumpulan ni?

"kalau macam tu... boleh aku tengok tatoo kau?" soalnya.

Kazam mengerut kening tidak faham.  "Tatoo?"

"Ya, Tatoo. Kalau kau masuk ke kumpulan ni, pasti kau ada lambang tatoo geng Haidin." ujarnya.

Kazam terpenpan sejenak. Dia menyentuh dadanya. Disitulah dia mencorakkan tatoo tetapi bukan lambang kumpulan Haidin. Corak ikan jerung adalah...

"Err... "

"Cepat, tunjukkan tatoo kau!"

"Err...  Eh? Awek siapa tu? Fullamak cantiknya!" jerit Kazam, menunding jari kearah belakang lelaki itu. Pantas mereka menoleh ke belakang.  Terbeliak mata mereka melihat Shark dan Rayden yang sudah memegang senjata api lantas mereka melepaskan berdas-das tembakan secara rambang ke arah pengawal-pengawal itu.

Seorang demi seorang jatuh terkulai ke tanah dalam keadaan menggelupur. Rayden tersenyum menang. Dia meniup asap yang keluar daripada senjata itu dan berjalan menghampiri Kazam. Shark juga turut ke arah mereka.

"Dah, jom kita masuk." ajak Shark.
Kazam dan Rayden mengangguk. Lantas mereka mengatur langkah bersama-sama masuk ke dalam bangunan usang itu. Azim pula dibiarkan terguling-guling seorang diri. Dia terasa seperti gusinya sudah kebas sekarang.

Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Where stories live. Discover now