"ALHAMDULILLAH, isteri encik tiada apa-apa yang serius. Malah dia cuma mengalami tekanan tadi dan demam. Mungkin akibat terlampau stress? Saya sarankan encik untuk bagi dia rehat sajalah buat masa beberapa hari." ujar Dahlia, yang bekerja sebagai seorang doktor.
Shark mengangguk perlahan. Lega dia mendengar keadaan Suraya yang masih lagi stabil. Hampir luruh jantungnya tadi apabila Suraya tiba-tiba sahaja rebah dihadapannya.
Azim dan Kazam yang baru tiba terus berlari laju menuju ke tingkat dua. Pintu bilik dirempuh kasar, mujur tidak tercabut terus. Tersentak Shark dan Dahlia dibuatnya.
"Bos! Bos tak apa-apa ke?"
"Bos sakit dekat mana bos? Biar kita orang tengok!"
"ish, aku okay ajelah!" Shark merengus geram. Tangan Azim dan Kazam yang meraba tubuhnya ditepis kasar. Rimas. Dahlia menunduk kepala ke bawah menahan tawa melihat gelagat dua orang lelaki dihadapannya itu.
"Habis siapa yang sakit sekarang ni?" Soal Kazam.
"Suraya. Tiba-tiba aje demam."
"Suraya demam? Meh, saya tengokkan!" Baru sahaja setapak Azim melangkah, bajunya sudah ditarik kembali mengundur ke belakang. Bab perempuan sakit laju sahaja dia!
"Kau nak buat apa?"
"saya nak tengok dialah, bos. Kata sakit?"
"Tak payah, aku dah suruh doktor Dahlia tengokkan. Karang Suraya tak sakit, kau yang sakit!" gertak Shark, Acah-acah ingin menumbuk wajah Azim. Azim tersengih menampakkan giginya. Perlahan-lahan baju T lelaki itu dilepaskan. Shark menjeling.
"apalah kau ni, Zim. Bini bos pun nak try ke?" sindir Kazam separuh berbisik. Kepala Azim ditolaknya perlahan.
Shark menggeleng kepala. Dia kembali mengalihkan pandangan kearah Dahlia yang masih lagi tercegat ditempat yang sama.
"err... Maaflah, doktor. Anak buah saya memang macam ni. By the way, doktor nak minum air dulu? Saya boleh tolong hidang, kan?"
"eh, tak apa. Buat susah-susah sahaja. Lagipun, dah lewat malam. Lebih elok kalau encik jaga isteri, encik." ujarnya.
Shark mengangguk faham. "Kalau macam tu... jom lah saya temankan doktor sampai ke pintu. Nak harapkan anak buah saya ni yang hantar takut dia orang bawa ke lain."
"ish, ish, ish... bos. Tak baik fitnah. Kita orang akan jadi syaitan kalau bos pun jadi syaitan, betul tak zam? Bak kata pepatah bapak borek anak rintik."
"aku bukan bapak kau! Sudahlah, menyesal pula aku jemput kau orang berdua datang sini. Maaf sekali lagi ya, doktor. Mari saya temankan."
Dahlia tertawa kecil dan mengangguk kepala. Lantas Shark mengatur langkah keluar daripada bilik itu, begitu juga Dahlia yang mengekori langkah lelaki itu daripada belakang.
"I feel somethinglah dekat perempuan tu. Kau tak rasa ke, Zim?" soal Kazam, curiga.
"rasa apa?"
"Rasa cinta." balasnya, sambil kazam menjongketkan keningnya berkali-kali. Azim mengeluh kecil. Bahu lelaki itu ditepuknya perlahan, dan kepala digelengnya.
"sudahlah, Kazam. Sedarlah bahawa friendzone itu berada dimana-mana."
HARI berganti pagi, dulang berisi semangkuk bubur dan segelas air putih diletakkan diatas meja. Kerusi yang berada tidak jauh daripada situ dicapainya, lalu dia melabuh punggung disitu.
Bubur yang masih panas ditiup perlahan, sambil tangannya mengacau sedikit bubur itu membiarkan ianya sebati.
"Aku tak pastilah sedap ke tak, aku tiru google aje. Tapi sedap tak sedap kau kena makan jugalah. Kalau tidak nanti kau sakit." ujar Shark.
Dia menceduk bubur itu sesudu, lalu dihalakan pada Suraya. Namun, Suraya tidak membuka mulut. Berkerut kening Shark memandangnya.
"Su?"
"Saya boleh makan sendiri." ujar Suraya, tanpa memandang wajah lelaki itu. Bubur ditangan Shark terus dirampasnya.
Shark tergamam sejenak.
Pelik perangai Suraya hari ini. Sejak malam tadi lagi dia macam takut-takut sahaja dengan aku. Tapi apa yang dia nak takutkan? Nak kata aku pernah pukul dia, cubit pun tak pernah. Omel Shark didalam hati.
Malah dia hanya menghembus nafas kecil. Mungkin Suraya masih lagi perlukan rehat yang secukupnya? Teka Shark, cuba untuk menyedapkan hatinya.
"Tak apalah kalau kau nak makan sendiri. Aku nak pergi jumpa pak cik Hairul kejap, nak sambung fasal semalam. Dalam pukul 3 macam itu aku baliklah. Tapi kalau kau perlukan apa-apa, kau boleh panggil Shen... tak pun kau call sahaja aku."
"okay." balas Suraya, ringkas.
Shark mengangguk perlahan. Dia kembali bangun daripada situ. Kerusi tadi ditolak kembali ke tempat asal. Bajunya yang sedikit berkedut dibetulkan semula.
Dagu wanita itu ditariknya, lembut. Baru sahaja bibir Shark ingin menyapa pipi Suraya, Suraya sudah berpaling ke lain. Shark terkedu. Lambat-lambat dia menarik semula tangannya.
"It's okay, aku tahu kau perlukan rehat. Ak... aku pergi dulu. Kau jaga diri ek." pinta Shark.
Suraya hanya membalasnya dengan mengangguk kepala. Shark tersenyum kelat. Helmet dan kunci motor yang berada diatas meja dicapainya, sebelum dia melangkah keluar daripada bilik itu.
"Eh, Shark. Kamu nak ke mana? Tak jaga Suraya ke hari ni?" Tegur Ayahanda, sebaik sahaja dia melihat Shark yang sedang menyarung kasut dipintu utama.
"Shark ada kerja sedikit, ayahanda. Ayahanda tolong tengok-tengokkan Suraya ek? Petang nanti Shark balik."
"kerja? Kerja apa?" Soal Ayahanda.
Namun tidak dibalas. Shark terus berlari anak menuju kearah garaj yang tidak jauh daripada situ. Helmet motor dipakainya, lantas pemulas minyak motor dipulas kuat menggerakkan dua tayar itu memecut keluar daripada halaman rumahnya.
Ayahanda mengerut pelik. Kepalanya yang tidak gatal digaru beberapa kali.
"Apasal pelik semua orang hari ni?"
YOU ARE READING
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]
RomancePemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR...