MATAHARI sudah pun terpacak diatas langit. Cermin mata hitam yang dipakai Azim, diturunkan separuh ke bawah. Rambang matanya melihat botol kicap yang tersusun dirak. Agaknya mana satu ek kicap untuk sushi?
"hoi," bahu Azim dicuitnya daripada tepi. Azim tersentak, lantas dia mengalihkan pandangannya kearah Kazam. Kedua belah keningnya dijongketkan keatas.
"pilih kicap pun lambat ke? Cepatlah sikit. Banyak lagi barang kita kena cari untuk bos ni."
"Ish, sabarlah kejap. Aku mana tahu kicap untuk sushi bentuknya macam mana? Macam-macam kicap ada dekat sini, kicap masin, kicap manis, kicap ABC yang dalam iklan hok supo dulu ke mok tu pun ada." ujar Azim.
Kazam mengeluh.
"tapi masalahnya kita dah lama dekat sini. Daripada tadi asyik cari kicap aje sampai naik bosan aku dibuatnya! Aku suruh singgah kedai sushi tadi kau tak nak! Takut tak halallah, itulah inilah! Ambil aje lah tak halal pun, apa susahnya?"
"Astaghfirullah hal azim, la haula wala quwwata illa billahil aliyil adzim, Kazam!" Azim mengucap, sambil kepala digelengnya memandang Kazam. Tak sangka abang sendiri mampu berkata begitu!
Ish, ish ish...
Kazam terdiam. Berkedip matanya memandang lelaki itu.
"Ap... Apa? Janji kicap kot?"
"Kau sedar tak apa kau cakap ni? Bos sekarang bukan lagi Mafia, dia PU Kazam, PU! Takkan kau nak sabotaj seorang PU? Kau tak rasa berdosa ke? Kita ni walaupun perangai Kadang-kadang macam adik beradik syaitan, kita tak boleh sesama sekali merosakkan imej seorang bos kita yang hendak berubah! Ibarat kita menjatuhkan martabat kita sebagai seorang anak buah ikan yang setia! Ingat tu! Kau tak terbayang ke kalau bos dapat tahu yang kita beli kicap tak halal pada dia? Dia mesti menangis teruk punya! Berubahlah, kazam... kembali ke pangkal jalan." ujar Azim, panjang lebar.
Bahu Kazam ditepuknya beberapa kali, sebelum dia mencapai kicap Sushi yang berada disebelah hujung kanannya, lalu dimasukkan ke dalam troli. Sempat dia mengenyitkan sebelah matanya pada beberapa orang gadis yang berada dibelakang Kazam, sebelum menolak troli itu pergi.
Kazam tergamam sejenak.
"tahu pula dia yang itu kicap sushi? Kenapa daripada awal sahaja dia tak ambil?"
DEDAUN kering yang keguguran jatuh keatas halaman rumah Shark disapu bersih oleh Suraya sambil bibirnya terkumat-kamit menyanyikan lagu nobody but you daripada wonder girls tanpa menghiraukan dua orang pengawal itu sedang menahan tawa memandangnya.
"Mummy! Mummy!" jerit Shark kuat, menyentakkan Suraya. Lekas dia menoleh ke belakang memandang Shark yang sedang terkocoh-kocoh berlari mendapatkannya. Berkerut kening Suraya memandang Shark yang tercungap-cungap menambil nafas kepenatan setelah berada dihadapannya.
"Apa daddy ni, tiba-tiba aje lari macam kena kejar dengan grandpa Shark ni dah kenapa? buat penat saja! Mummy bukannya pergi mana-mana pun, mummy ada dekat depan rumah ni aje."
"arh, tak kisahlah. Daddy nak tunjuk something special dekat mummy sekarang ni."
"something special? Apa dia?" Soal Suraya, kebingungan. Shark tersenyum lebar mendengarnya . Penyapu ditangan Suraya, dirampasnya lalu diletakkan ke tepi sebelum tangan Suraya ditarik memaksa mengekorinya masuk ke dalam rumah.
"duduk sini," pelawa Shark, mengarahkan Suraya untuk duduk bersila dihadapan meja bulat, sebelum dia melabuh punggung bertentangan arah dengan wanita itu. Berkerut kening Suraya memandang buku iqra diatas meja sebelum anak matanya beralih memandang Shark dihadapannya.
"daddy nak buat apa dengan... "
"syhh!" jari terlunjuk dilekapkan pada bibirnya. Suraya terdiam. Shark tersenyum menang, lantas buku iqra dibukanya sehingga halaman yang sudah ditandakan dengab lidi yang diselitkan pada halaman muka surat itu.
Shark berdehem beberapa kali, sebelum memulakan bacaan.
"bismillahirahmanirrahim... Alif diatas a, alif dibawah ei, alif depan u. a, ei, u..."
Suraya tergamam. Bibir dikemamnya sekuat yang mungkin, menahan diri daripada ketawa. Geli hati pula mendengar Shark membacanya dengan antonasi sebegitu. Kedua belah tangannya sudah mencengkam karpet bulu dibawahnya.
Alahai, kenapa comel sangat suami aku ni!
"ba di atas ba, ba dibawah bi, ba didepan bu. Ba, bi, bu... "
"Pssttt! Cukup! Cukup!" Suraya akhirnya tewas. Dia tertawa besar sambil paha ditamparnya berkali-kali. Senak perut dibuatnya.
Shark menjeling. Aku dah agak dia akan ketawa! Dia terus berpaling ke lain.
"Orang serius boleh pula dia ketawa."
"Mummy tak ketawakan daddylah..."
"dah tu? Yang terkekeh tadi tu kenapa? Ingat senang ke daddy nak hafal semua tu! Mummy tak apalah sebab mummy dah pandai. Daddy ni baru aje start belajar." rungut Shark.
Suraya menggeleng kepala. Suami aku ni memang cepat sentaplah! Orang baru ketawa sedikit dah nak angin satu badan!
"Okaylah mummy takkan Ketawakan daddy lagi selepas ni. Mummy janji. Tapi mummy peliklah, sebab daddy baru sahaja pandai baca iqra. Macam mana daddy boleh baca doa 'tu'?"
"doa? Doa apa?"
"Doa yang... "
"ouh, fasal tu. Daddy tanya pak cik Hairul." belum apa-apa lagi Shark sudah mencelah. Suraya terdiam untuk seketika.
Gila! Berani betul dia pergi tanya orang fasal doa tu. Kalau aku, mahunya tak kecut perut! Ah, dah nama pun Shark, buat apa dia nak kecut?
Kan?
"Mummy... " panggil Shark meleret, mematikan lamunan Suraya. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan kearah Shark.
"ya?"
"kalau daddy tanya satu soalan boleh tak?" soal Shark. Suraya mengangguk.
"tanyalah. Apa dia?"
"Mummy dengan Haidin dulu siapa ya? Maksud daddy, sebagai seorang doktor dan pesakit, atau... Kekasih?" Tanya Shark.
Suraya terkelu buat sejenak. Dah kenapa tiba-tiba sahaja dia tanya fasal Haidin pula ni? Aishh, takut pulak aku!
"Err... ki... kita orang dulu... "
"Barang-barang sushi dah sampai!" sampuk Kazam. Memotong kata-kata Suraya. Serentak mereka berpaling memandang Kazam dan Azim yang sedang meletakkan beg plastik diatas meja makan.
"apa tunggu lagi bos? Jomlah kita buat sushi. Saya dah tak sabar nak makan sushi Daddy Shark! Confirm mantul bossku!"
![](https://img.wattpad.com/cover/207893930-288-k555313.jpg)
YOU ARE READING
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]
RomancePemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR...