20

130K 8.3K 1.2K
                                    

HARI berganti malam, sesekali dia menunduk memandang jam tangannya yang sudah menandakan pukul 9:30 malam. Hampir 15 minit juga dia menunggu Suraya diluar, namun kelibat gadis itu masih belum muncul.

Shark mula mengeluh. Kedua belah tangannya disilang pada tubuh cuba untuk bersabar menunggu gadis itu bersiap.

"Inilah sebab aku malas sangat nak keluar dengan perempuan. Nak pergi majlis pun bukan main lama lagi dia bersiap! Silap hari bulan, dia keluar rumah aku dah jadi tengkorak dekat sini!" sinis Shark, geram.

Batu-batu kecil diatas tanah disepaknya sementara bosan menunggu diluar rumah. Tak sampai beberapa minit, dia kembali mendongak memandang suraya yang terhegeh-hegeh berlari kearahnya dengan memakai baju kabaya nyonya milik arwah bondanya dahulu.

Shark tergamam. Matanya tak berkelip memandang daripada bawah hingga keatas pakaian gadis itu. Suraya tersengih.

"maaflah lambat. Kain ni ketat sangat dekat bahagian bawah, susah saya nak lari." ujar Suraya, memberi alasan.

Shark masih lagi tumpu memerhatikannya. Suraya mengerut kening. Sesekali dia cuba menoleh ke belakang, mencari jika ada sesiapa yang berdiri dibelakangnya sehingga Shark merenungnya dengan pandangan begitu.

Shark menggigit bibirnya. Jantungnya sudah berdegup laju saat ini. Tipulah kalau imannya tidak tercabar sekarang.

"Awak?" Tegur Suraya, sambil dia melambai tangan dihadapan wajah lelaki itu. Pantas Shark menggeleng laju mematikan lamunannya.

Sebelah tangan meraut wajah, sambil mulutnya terkumat-kamit membaca zikir. "Astaghfirullah hal azim, tak boleh Shark... tak boleh... kau jangan buat hal time macam ni." desisnya perlahan.

Kening suraya bertaut pelik. Kurang jelas mendengar apa yang lelaki itu bisikkan daripada tadi.

"Awak cakap apa?" Soal Suraya. Shark tidak membalas apa-apa, dia hanya berdehem membetulkan suara anak tekaknya yang hampir hilang tadi.

"Jomlah, masuk. Nanti lambat pula nak ke majlis tu." ujar Shark, terus membuka pintu pemandu. Baru sahaja dia hendak melangkah masuk ke dalam perut kereta, Suraya sudah menarik tangannya kembali memusing kearahnya.

"Apa dia?" Soal Shark, dingin.

Senyuman nakal terbit dibibir Suraya. Jari terlunjuknya menindung kearah baju kot yang dipakai lelaki itu. Shark mengerut kening tidak faham.

"ada apa dengan baju aku?"

"you look so sexy. Meletop kebabom baju awak hari ni, betul-betul kena dengan wajah awak yang kacak, plus hot gitu!" ucap Suraya, selamba memuji pakaian lelaki itu.

Shark menjeling. "Sekarang ni kita nak ke majlis. Jangan sampai kau yang aku letopkan dekat sini. Cepat kita pergi, cepat kita balik! Heh!" bentak shark dipenghujung ayatnya.

Dia terus melangkah masuk ke dalam perut kereta lalu pintu dihempasnya kuat membuatkan suraya tersentak.

"ish, orang puji salah... tak puji pun salah. Mamat ni nak aku buat apa sampai dia suka dekat aku?Bencilah macam ni! Tumbuk karang baru tahu." sinisnya, geram.

PIN! PIN!
hon ditekannya berkali-kali saat gadis itu masih tercegat diluar kereta. Terpinga-pinga Suraya dibuatnya, lantas dia berlari anak menuju masuk kedalam perut kereta secepat yang mungkin.

"lembab kau ni tahu tak?"

"eleh, lambat sikit pun nak marah. Cepatlah bawa kereta tu!" herdik Suraya. Shark hanya menjeling. Sebelah tangannya lincah menukar gear kereta sebelum dia memandu pergi daripada situ.








Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Where stories live. Discover now