21

124K 8.4K 1.5K
                                    

"Hish, geramnya aku!" Desis Suraya perlahan, geram. Naik turun sahaja nafasnya melihat kearah athirah yang tidak habis-habis menyakatnya daripada jauh. Sajalah tu nak jeleskan aku!

Sesekali Shark yang sedang menjamu selera diperhatikan lama. Dia berdehem beberapa kali sebelum bergenjak sedikit mendekatkan jaraknya dengan Shark. Perlahan-lahan dia menjatuhkan kepalanya keatas bahu lelaki itu sambil dia menjongket kening berkali-kali kearah Athirah yang melihatnya.

Jelas sekali wajah gadis itu mula tidak puas hati. Suraya tertawa suka. Padan muka kau! Suami aku lagi handsome daripada suami kau tahu tak?!

"Kau buat apa ni?" Soal Shark. Sesuap mee goreng disuapkan ke dalam mulutnya sebelum dia berpaling memandang Suraya.

"Tak ada apa. Tiba-tiba rasa leher ni lenguh."

"Leher kau lenguh ke... kau tengah lawan pertandingan dengan perempuan tu?" Soal Shark, seolah-olah tahu sahaja apa yang berlaku. Senyuman sinis terbit dibibirnya.

Suraya mencebik bibir. "memang pun... tapi dia yang cari pasal dulu! Mentang-mentang suami dia tu layan dia baik, dia sengaja nak jeleskan saya."

"kenapa kau kena jeles dengan dia? Kau dah ada aku, kan? Atau... kau masih cintakan bekas suami kau tu?"

Suraya mengerut kening. Pantas dia mengangkat kepalanya semula memusing menghadap Shark. Riak wajah Shark yang berubah ditatapnya lama. Dia jeles ke?

"aw... awak cakap apa tadi?" Soal Suraya, sengaja dia ingin lelaki itu mengulanginya.

"tak ada apa-apalah." gumamnya perlahan, lantas dia bangun daripada situ berjalan menuju kearah buffet semula untuk mengambil makanan yang lain pula.

Mangkuk kaca yang tersusun kemas diatas meja dicapainya satu, lalu dia menceduk sedikit bubur kacang yang tidak jauh darinya.

"Cantik betul baju yang Suraya pakai tu." sampuk Fajar secara tiba-tiba, sengaja dia berdiri disebelah Shark sambil tangannya mengacau lauk pauk yang masih berbaki sedikit makanan didalamnya.

"Apa hubungan kau dengan Suraya?" Soal Fajar, sengaja dia ingin tahu. Namun Shark tidak memberi sebarang respon, matanya melilau mencari makanan apa lagi yang ingin diambilnya.

Fajar tersenyum menyenget. "It's okay kalau kau tak nak jawab. Aku cuma nak tahu aje sebab tengok kau dengan perempuan tu rapat semacam aje. Aku tak kisah pun kalau kau nak dia, aku pun tak hingin nak ada isteri yang jenis lembab macam Suraya tu." sinisnya, selamba.

Shark terdiam sejenak, spontan tangannya berhenti mencapai makanan.

"Cuma, tiba-tiba pula aku rasa menyesal sebab lepaskan perempuan tu awal sangat. Tak sempat aku nak merasa apa yang patut aku rasa waktu berkahwin dengan dia dulu. Untunglah siapa yang dapat janda macam Suraya tu... mesti menang besar punyakan, bro?"

Shark tidak membalas apa-apa. Fajar tertawa kecil dan menggeleng kepala.

"Kau ni bisu ke? Aku tanya daripada tadi kau tak nak jawab? Ke... kau marah sebab aku cakap macam tu pada Suraya? Ish, tak payahlah kau nak bela sangat perempuan tak betul tu. Aku ni dah bertahun kawin dengan dia, dan aku tahu tak akan ada seorang lelaki pun mampu bertahan dengan perangai suraya tu selain aku. Jadi... "

Tanpa rasa segan sebelah tangannya memeluk bahu lelaki itu. "aku tengok kau ni rapat sangat dengan Suraya. Jadi hati aku ni terdetiklah untuk pilih kau jadi cina buta untuk aku. Mula-mula Aku cadang nak cari Mafia nama Shahrin, tapi aku tak jumpa tempat dia. Kau tahulah perangai mafia ni macam mana kan? 24 jam habiskan masa dia orang dengan nafsu semata-mata. So, kalau aku upah si Mafia tu jadi cina buta Confirm dia nak punyakan? Siapa yang akan tolak tawaran macam tu? So, bila aku tengok kau dah rapat dengan suraya... aku rasa kau lebih layak."

Ujarnya menawar tawaran itu kepada Shark. Perlahan-lahan Shark berpaling memandangnya dengan wajah tegang. Kedua belah tangannya sudah mencengkam mangkuk itu dengan kuat.

Fajar tersenyum nipis. "so? Kau setuju?"

"heh, kau tanya aku setuju ke tidak? Ini kau punya setuju!" lantas Shark menyingung kuat sikunya tepat mengena pada batang hidung fajar sehingga dia sedikit tergenjak ke belakang dan mengaduh sakit.

Tak cukup dengan itu rambut fajar dicengkamnya kuat lalu ditarik menuju ke arah kek dua tingkat yang berada tidak jauh daripadanya sebelum disembam wajah Fajar ke situ. Orang ramai mula panik, mereka semua bangun bergenjak daripada tempat duduk. Ada juga yang cepat-cepat mengeluarkan telefon canggih mereka untuk merakam aksi itu.

BUK!
Satu tumbukan dilepaskan pada wajah Fajar sehingga dia jatuh tersungkur ke lantai. Lantas dia mengambil kesempatan itu untuk menumbuk wajah lelaki itu bertubi-tubi sehingga fajar tidak lagi mampu untuk melawannya.

"Kau dengar sini baik-baik, Mafia yang kau cakap tu... aku! dan aku tak sebodoh macam apa yang kau cakap tadi! Suraya tu pula... isteri aku dan aku bukan cina buta! Kau dengar tu!" jerkah Shark diakhir ayatnya memberi amaran pada Fajar.

"Sekali lagi kau cakap macam tu, aku akan pastikan aku cari kau sampai ke lubang cacing! Faham?!" bentak Shark lagi.

Dia terus melepaskan lelaki itu dan berjalan menghampiri Suraya yang masih terkesima melihat apa yang berlaku dihadapannya. Riak wajah Shark masih lagi bengang dengan apa yang berlaku tadi. Sebelah tangan Suraya ditariknya kasar, memaksa untuk mengekorinya keluar daripada halaman rumah itu.

"Abang!" pantas Athirah berlari mendapatkan Fajar yang masih terbaring disitu. Darah yang mengalir keluar daripada bibir fajar, serta bengkak pada bahagia mata lelaki itu membuatkan Athirah gelisah.

Dato Ilyas dan Datin Zuhaila saling berpandangan. Itukah Shahrin?

"Mama! Papa! Call ambulans please! Cepat!" jerit Athirah cemas. Pantas Datin zuhaila berlari masuk ke dalam rumah mencapai telefon canggihnya untuk menghubungi pihak kecemasan.

Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Where stories live. Discover now