32

126K 8.8K 3.4K
                                    

Harap jangan peninglah baca chapter ni 😂 hadam betul-betul ya.



POLAROID seorang gadis bertudung ditengah-tengah sawah ditatapnya lama. Tanpa sedar senyuman lebar terukir dibibirnya, terasa seperti gadis didalam gambar itu sedang merenung memandangnya.

Polaroid kecil itu diletakkan kembali keatas meja kerjanya sebelum anak matanya menyasar kearah pisau lipat yang berada disebelah kanannya. Lambat-lambat dia mencapai pisau itu, lantas dia bangun menuju kearah cermin bulat yang tergantung didinding.

"dah berapa tahun lama aku menyamar demi kau Suraya, tapi kali ini aku dah tak boleh sembunyikan diri lagi. Aku kena dapatkan kau semula sebelum mamat tu sentuh kau." desisnya perlahan.

Senyuman sinis terbit dibibirnya, memandang kulit yang berkedut dicermin. Hujung pisau lipat itu dihalakan ke wajahnya, sebelum ditekan lalu ditarik hingga ke dagu. Perlahan-lahan dia menarik topeng itu daripada melekat pada wajahnya.

Kini, wajah tua kerepot itu telah bertukar kepada wajah yang lebih muda. Pisau lipat tadi diletakkan semula keatas meja, manakala topeng berbentuk wajah orang tua itu dicampak ke dalam tong sampah.

Sekilas dia menoleh ke belakang memandang mayat yang berada dalam keadaan berkulat. Bau busuk yang memenuhi ruang bilik itu langsung tidak menganggunya. Malah dia lebih selesa dan puas. Membuatkan dia kembali teringat tentang kisah lama.

"Lepaskan aku! Apa kau nak buat dengan aku ni, huh?!" bentak Encik Aman, tidak puas hati. Kawasan sekeliling bilik yang penuh dengan peralatan tajam diperhatikan lama sebelum dia berpaling memandang lelaki itu. Sesekali dia cuba meronta untuk melepas diri, namun gagal.

Gelak tawa jahat jelas kedengaran dicuping telingannya. Rambut orang tua itu dicengkam kasar sehingga dia terdongak memandang wajah lelaki itu.

"Aku perlukan wajah kau, Encik Aman. Aku yakin, cara ini sahaja aku boleh dekatkan diri dengan dia. Aku akan pastikan aku jaga anak kau baik-baik."

"Kau merepek apa ni, huh? Kau dah gila ya?!"

"Memang aku gila. Aku gilakan anak kau, Suraya. Aku tak boleh kawin dengan dia sebab musuh aku ramai. Terutama sekali Shark. Dia itu selalu cari fasal dengan aku. Jadi, aku terpaksa untuk menyamar jadi kau. Aku perlukan muka kerepot kau ni untuk sehidup semati dengan Suraya. Aku tak nak sesiapa pun ganggu hubungan aku dengan dia. Fasal isteri kau, kau jangan risau... cukup masa nanti aku bagitahu hal sebenar pada dia."

"Kau jangan berani sentuh anak aku! Ramai lagi perempuan lain yang kau boleh ambil, kenapa perlu anak aku? Lepaskan aku!" bentak Encik Aman.

Malah dia hanya tertawa. "sebab aku cintakan anak kau. Kau tengoklah betapa sayangkan aku pada dia sampai aku sanggup gantikan tempat kau. Aku janji, aku akan jadi Encik Aman yang sama macam kau. Tak ada siapa boleh bezakan aku dengan kau nanti."

"Kau memang gila, Din! Kau gila! Lepaskan aku!"

Lengan encik Aman terus ditarik menuju ke arah katil yang tidak jauh daripada situ. Tubuh orang tua itu direbahkan keatas katil. Kedua belah tangannya dan kaki diikat ketat memastikan orang tua itu tidak menganggu kerja pembedahan mereka.

"pastikan kau orang ikut muka orang tua tu betul-betul. Aku nak Suraya cuma tahu yang aku ayah dia, bukan Haidin."

"Baik, Tuan."

Selepas dia teringat tentang kejadian itu, terus dia ketawa. Apa yang dia lakukan pada orang tua itu tak dinafikan memang kejam! Tapi dia lakukan semua itu kerana Suraya. Ya, memang betul. Selama ini Suraya hidup dengan ayah yang palsu. Encik Aman dah lama mampus!

Topeng yang aku pakai selama ini yang mengaburi mata mereka daripada mengecam wajah aku. Malang sekali, aku terpaksa lepaskan Suraya ke tangan orang lain gara-gara lelaki tak guna itu!

"now Im back Suraya."




"AWAK, bangunlah. Saya ada masakkan bubur ni. Makanlah sikit isi perut awak yang kosong itu." pelawa Suraya dengan nada lembut.

Senyuman nipis dicariknya melihat Shark yang terbaring diatas katil dalam keadaan pucat lesu. Entah mengapa sejak dia pulang daripada rumah Rayden tadi terus suhunya meningkat panas. Agaknya apa yang terjadi dalam rumah tu ya sehingga Shark boleh demam?

Perlahan-lahan kelopak mata lelaki itu terbuka. Kain lembab yang berada diatas dahinya dialihkan ke tepi sebelum dia bangun bersandar dikepala katil. Kepalanya yang terasa berdenyut dipicitnya seketika sebelum dia berpaling memandang Suraya.

"Kau masak apa tu?"Soal Shark, memandang mangkuk bubur yang dipegang Suraya. Sengaja dia bertanya walaupun dia sudah tahu jawapannya.

"Saya masak buburlah. Awak kan demam? takkanlah saya nak hidangkan awak spagetti pula?"

"haih, kau ni... asal demam aje, bubur. Asal bubur aje, demam. Aku tak ada seleralah kalau macam ni." rungut Shark, manja.

"Ish, saya dah masakkan untuk awak, awak makan aje lah. Nah!" mangkuk bubur itu diserahkan pada Shark. Malah Shark menggeleng kepala tanda dia tidak mahu. Mangkuk bubur itu ditolaknya perlahan. Suraya mengeluh kecil. Sejak bilalah mamat jerung ni degil dengan aku?

"Kalau awak tak nak makan bubur awak nak makan apa?" soal Suraya.

Shark mendiam sejenak memikirkan apa yang dia mahu. Tak sampai beberapa minit senyuman nakal terbit dibibirnya. Dia kembali memandang Suraya sambil kening dijongketnya berkali-kali.

Suraya mengerut kening tidak faham. "awak nak apa ni? Awak ingat saya faham ke bahasa isyarat kening awak tu?"

"nak tu..." bibir dimuncungkan kehadapan menunjuk-nunjuk kearah Suraya. Suraya masih lagi bingung. Sekilas dia menunduk ke bawah memandang tubuhnya yang hanya mengenakan T merah jambu sebelum kembali mendongak memandang Shark.

Lama jugalah Suraya memikirkan apa yang dimaksudkan lelaki itu. Shark mengeluh kecil. Nak tunggu minah ni faham sampai ke tahun depan belum tentu dia faham!

"Kau lupakan sajalah apa yang aku minta tadi. Kejap lagilah aku makan bubur kau tu. Aku nak mandi kejap bersihkan badan. By the way, betul tekaan kau semalam . Rayden memang suka aku. Harap-harap kau cepat-cepatlah curi hati aku, sebelum Rayden rembat. Karang tak fasal-fasal dapat madu lelaki." gertak Shark.

"Apa?!" Suraya terkejut. Macam mana lelaki segagah Rayden boleh sukakan laki aku?

Shark hanya tersenyum menyenget. Dia terus bangun mencapai kain tuala sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air. Suraya merengus geram. Mangkuk bubur diletakkan keatas dulang semula.

"tak boleh jadi ni. Aku dah ada pesaing! Aku takkan biarkan suami aku yang kedua ini terlepas ke tangan orang lain! Tapi... sepatutnya aku bersaing dengan perempuan. Kenapa tiba-tiba lelaki pula ni? Arh, lantaklah. Yang penting aku harus berjuang demi seekor ikan!"



Kau orang rasa Suraya ni dulu siapa sampai jadi rebutan? 😂

Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Where stories live. Discover now