41

121K 8.5K 1.6K
                                    

KELUHAN kecil dilepaskan perlahan. Dia melabuh punggung diatas sofa, merehatkan diri untuk seketika. Senyumam nipis dicarik Hairul saat dia melihat anak perempuannya yang sedang tumpu menyiapkan kerja sekolah.

"baru balik, bang?" tegur Zaleha isterinya. Hairul hanya membalasnya dengan mengangguk kepala. Secawan air teh diletakkan diatas meja. Tahu-tahu sahaja orang tua itu sedang dahaga.

"Tuan Shark ada apa-apakan abang ke?" Soal Zaleha, sekadar ingin tahu. Ruang kosong disebelah suaminya menjadi tempat dia melabuh punggung.

"alhamdulillah, tak ada sebab abang ada gambar isteri dia. Abang dah agak, dia takkan pukul abang kalau abang tunjukkan gambar itu pada dia." ujar Hairul.

Zaleha tergamam sejenak. Matanya terkebil-kebil mendengar perkataan isteri. Patutlah waktu dia serang rumah aku minggu lepas dia tidak apa-apakan aku dan anak perempuan aku.

Siap bagi duit lagi!

"Tuan Shark dah ada isteri? Abang biar betul?"

"betullah. Abang pun terkejut juga waktu dapat tahu yang dia dah kawin. Apa-apa pun, Zaleha. Abang minta maaf sebab tinggalkan Zaleha dengan Intan dekat rumah. Abang bukan tak nak balik rumah, tapi awak tahu kan? Abang sibuk cari duit untuk langsaikan hutang tuan Shark. Dan sekarang, alhamdulillah semuanya dah selesai. Cuma... "
Kata-kata Hairul terhenti disitu. Zaleha mengerut kening, dia masih menantikan sambungan daripada lelaki itu.

"cuma apa, bang?"

"duit untuk rumah kita sahaja belum selesai. Abang cadang, Abang nak jual restaurant abang tu untuk bayar semua bil yang dah tertunggak. Selepas itu, pandai-pandailah abang cari kerja lain nanti." ujar Hairul.

Zaleha mengeluh kecil. Tiba-tiba sahaja dia terasa serba salah apabila tidak dapat membantu lelaki itu. Yelah, aku cuma suri rumah sahaja. Selama ini Hairul sajalah yang menanggung makan minum aku dan anak aku.

"maafkan Zaleha ya, bang."

"tak apa, zaleha. Nak buat macam mana? Dah ditakdirkan kita kena tempuh semua ni. Insyaallah, suatu hari nanti kita akan bahagia macam dulu. Allah kan maha adil, betul tak?"

Zaleha mengangguk setuju. Hairul hanya tersenyum lebar. Secawan air teh diatas meja dicapai lalu dihirupnya perlahan-lahan.








. KEDUA belah tangan Suraya memeluk tubuh, memandang Shark yang selera menjamu nasi ayam dihadapannya. Kening Shark bertaut pelik. Air oren yang berada disebelah kanannya dicapai lalu diteguknya perlahan-lahan.

"kau apasal pandang aku macam tu?" Soal Shark, setelah dia habis meneguk air oren. Dia kembali meletakkan cawan itu ke tepi.

"awak buat apa ek dengan pak cik tu tadi dalam bilik? Kenapa awak tak bagi saya masuk?"

"mana ada aku buat apa-apa. Urusan lelaki, kau tak payahlah nak masuk campur sangat. Tak penting pun." balas Shark, acuh tak acuh.

Yelah tu, tak penting!
Kalau tak penting, kenapa dia tak boleh bagitahu aku? Ini mesti ada sesuatu yang dia sorokkan daripada aku! Baik kau bagitahu aku sekarang sebelum aku jadikan kau Shashimi ikan jerung!

"Kalau macam tu... bagitahulah saya apa yang awak buat dengan pak cik tu!"

"Ish, aku kata tak ada apa-apa, tak ada apa-apalah. Apa yang kau nak risaukan sangat? Bukannya aku bawa perempuan lain masuk bilik pun." herdik Shark. Dia menyuapkan lagi nasi ke dalam mulutnya.

"saya tahulah, tapi zaman sekarang ni dah terbalik. Kadang-kadang lelaki pun boleh bawa masuk bilik. Kalau Rayden pun boleh suka awak, inikan pula pak cik tu... "

uhuk!
Tersembur anak tekak Shark mendengarnya. Habis terkeluar segala nasi yang dikunyahnya tadi sehingga terkena Suraya. Suraya tergamam.

Cepat-cepat Shark mencapai kembali air oren itu, lalu diteguknya laju. Minah ini kalau sekali tak fikir bukan-bukan memang tak sah!

"ish, apa awak ni... habis baju saya!"

"padan muka! Siapa suruh kau cakap benda bukan-bukan macam tu? Eh, boleh tak lain kali kau jangan fikir macam tu. Aku ni masih lagi waras tahu, aku belum gila macam Rayden!"

Suraya mencebik bibirnya. "saya tak kata pun awak suka pak cik tu, saya cuma risaukan awak aje... saya tak nak dapat madu lelaki."

"ya pun kalau kau nak risau, kau boleh fikir fasal benda lain. Bukan fasal tu sahaja!" ujar Shark.

Suraya tidak membalas apa-apa. Dia hanya menunduk kepala memandang nasi ayam yang masih belum disentuhnya. Shark menjeling dan menggeleng kepala. Dia kembali menikmati nasi ayam yang masih lagi tinggal separuh.

"Errmm... Awak..." Panggil Suraya, meleret.

"apa?"

"kita dah lama kawin, tapi awak asyik guna perkataan aku kau sahaja. Apa kata kita tukar panggilan mulai hari ni?" cadang Suraya, mengubah topik perbualan mereka kepada yang lain setelah lama berdiam diri.

"kau nak tukar kepada apa?"

"macam mana kalau... saya panggil awak daddy, awak panggil saya mummy?"

Sekali lagi Shark tersedak mendengarnya. Dia kembali mengangkat wajah memandang Suraya.

"kau gila ke? Muka ganas macam ni kau nak panggil daddy?"

"alaa... comel apa? Saya tak nak panggil awak abang sebab dulu saya panggil Fajar, abang. Bolehlah... " rayu Suraya.

Shark menggeleng tidak setuju. "aku tak nak. Tukar yang lain!"

"errmm... kalau macam tu, saya panggil awak anje, awak panggil saya..."

"anjing."

Suraya menayang wajah tidak puas hati. Jelingan tajam dipanah tepat kearah Shark. Aku tengah serius boleh pula dia main-main!

Shark tertawa kecil.

"just kidding. Kau tak payahlah fikir nama geli geli macam tu, kalau kau nak juga... aku panggil kau, dolphin. Kan nak dekat sama dengan spesies aku? Sweet pun sweet. Betul tak?" sindir Shark, dan ketawa sendiri.

Kecil sahaja Suraya memandangnya. Malah Shark tidak peduli, dia hanya menggeleng kepala dan mengangkat pinggan kotornya ke dapur.

"ish, harap aje ada buku panduan! Benda simple pun tak boleh buat. Benci titewww!"

Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Where stories live. Discover now