57

109K 7.8K 1.1K
                                    

"KAMI balik dulu bos!" pinta Azim, sebelum dia memandu kereta proton saga itu pergi daripada halaman rumah milik Shark. Sempat dia membalas lambaian daripada Kazam sebelum kelibat mereka menghilang daripada mata kasarnya.

Senyuman nipis diukir Shark. Pertama kali dia merasakan kebahagiaan seperti ini.

"Bertuah betul daddy sebab dapat anak buah baik macam tu. Walaupun perangai dia orang kadang-kadang agak gila, tapi dia orang jugalah yang akan bantu daddy walau apa jua keadaan sekalipun." ujar Suraya.

Shark mengangguk perlahan tanda setuju. Dia juga tidak menafikan kata-kata Suraya tadi, tanpa Azim dan Kazam munkin aku tak dapat nak lakukan semua ini. Tangan kirinya diseluk ke dalam kocek seluar jeans, manakala sebelah lagi memeluk bahu Suraya.

"yup! Dia oranglah anak buah daddy yang paling setia dengan daddy. Walaupun dia orang tu dah original gila, tapi... Daddy mampu beri kepercayaan pada dia orang berdua."

"betul tu betul! Sampaikan daddy nak berubah pun mereka sokong. Mummy tak sangka yang daddy mampu hafal doa Al-Fatihah, tahyad awal, tahyad akhir dengan begitu cepat sekali walaupun daddy baru sahaja belajar baca iqra." ucap Suraya, bangga.

Shark terpenpan buat seketika apabila kembali teringat tentang solat maghrib sebentar tadi.

"Aku akan rakam suara aku baca doa tahyad akhir, dan nanti aku serahkan telefon ni pada kau. Nanti kau pandai-pandailah on rakaman ni." ujar Shark.

Azim mengeluh. "tapi bos, kita orang mana tahu bila nak baca tahyad akhir ni. Karang kalau tersalah tekan ke macam mana?"

"haish, nanti aku bagilah isyarat batuk! Waktu itulah kau tekan rakaman tu."

"oh, kalau macam tu beres, bos!" ucap Azim dan Kazam serentak. Lantas Shark cepat-cepat mengeluarkam telefon canggihnya, berserta dengan buku panduan solat yang tersimpan didalam laci meja. Sesekali dia mendongak keatas, ingin memastikan Suraya tidak melihat perbuatan mereka bertiga diruang tamu.

"daddy? Daddy!"

"ergh!" Shark tersentak sedikit saat pinggangnya dicubit Suraya. Padan muka! Aku panggil dia berkali-kali, boleh pula dia mengelamun!

Pantas Shark mengalihkan pandangannya kearah Suraya yang berada disampingnya. "yes?"

"daddy dah kenapa asyik termenung daripada tadi? Fikir fasal perempuan lain ek?" Suraya cuba untuk meneka.

Shark menjeling. Mulalah tu dengan perangai lama dia!

"elok sikit ek. Daddy tak pernah fikir fasal perempuan lain tau! Even Shark ni seorang yang terkenal dengan wajahnya yang kacak, dia tak pernah gunakan kekacakan dia untuk mengorat para gadis di luar sana. Faham?"

Suraya tersenyum sinis. Kedua belah tangannya memeluk tubuh. "eleh, isi bakul angkat sendiri..."

"eh, siapa kata? Cer su pandang muka daddy ni betul-betul. Ada iras-iras macam pelakon Hollywood ke? Tak pun muka lelaki terpaling tampan dalam dunia? Ada tak? Ada tak?"

Suraya ditarik pusing menghadapnya. Kedua belah tapak tangannya melekap pada wajah wanita itu, sambil Shark mengedip matanya berkali-kali.

Suraya tertawa kecil. Tergeleng kepalanya melayan karenah si Shark ini.

"yelah... Su mengalah."

"Hmm, tahu tak apa."

"tapikan..." baru sahaja Suraya hendak bersuara, tiba-tiba sahaja tekaknya terasa loya. Cepat-cepat dia berlari menuju ke dapur meninggalkan Shark seorang diri diluar halaman rumah.

Shark mula tidak keruan. Pantas dia mengejar langkah Suraya. "Su!"

"Tuan Shark!" langkah Shark terhenti di tengah-tengah pintu. Dia memusing ke belakang memandang pengawal lelaki itu sedang berlari mendapatkannya.

"Saya jumpa kotak ni dekat hadapan pagar rumah tuan." ujarnya, menyerahkan kotak hadiah berwarna merah jambu kepada Shark. Lambat-lambat Shark mencapainya. Keningnya berkerut pelik memandang kotak merah jambu itu. Siapa pula yang bagi ni?

"tak apalah, kau pergi sambung kerja kau."

"baik tuan."

Setelah kelibat pengawal itu menjauh daripadanya, dia kembali mengatur langkah laju ke dapur. Kotak hadiah berwarna merah jambu itu disorokkan ke belakang tubuh. Terbeliak biji matanya melihat Suraya memuntahkan isi perut ke dalam mangkuk sinki. Sebelah tangannya menggosok lembut tubuh belakang wanita itu. Sesekali dia menundukkan sedikit wajahnya, ingin menatap wajah Suraya yang mula pucat kebiruan.

"Su, are you okay? Ak... Aku bawa kau pergi klinik." cadang Shark, cemas. Hilang gelaran mummy dibibirnya akibat terlampau cemas.

Malah Suraya menggeleng. Air sinki ditadah, lalu dikumurnya sebelum berpaling memandang Shark.

"tak perlu, saya okay. Mungkin sebab makan sushi banyak sangat kot? Tak apalah, saya nak rehat."

"aku hantar."

"Eh, tak payah. Saya boleh jalan sendiri jangan risau. Su pergi masuk tidur dulu ek." pinta Suraya.

Shark mengangguk perlahan. Lantas Suraya pun berlalu pergi daripada situ, menuju ke tingkat dua. Setelah kelibat Suraya tidak lagi kelihatan, pantas dia mengeluarkan kotak itu daripada belakang tubuhnya.

Kerusi yang tidak jauh daripada situ ditariknya lalu dia melabuh punggung disitu. Kotak hadiah diletakkan diatas meja, lalu dibuka. Dia terkaku sejenak saat melihat sebentuk cincin silver yang ada permata ditengahnya bersama sekeping kad kecil.

Kedua-dua barang itu dikeluarkan daripada kotak. Cincin silver itu digenggamnya sementara dia membaca ayat yang tertera ditulis diatas kad itu.

"Selamat hari jadi, Su. Aku tahu mamat tu ada bagi cincin pada kau, tapi malang sekali jari kau tak layak untuk barang semurah itu. Walau apa pun yang Shark buat pada kau, aku tahu semua tu sia-sia. Kau akan tetap jadi milik aku. Janji kau, masih lagi segar dalam ingatan aku."

-Haidin Mikail

Shark mengetap bibir, geram. Kedua belah tangannya dikepal-kepal membentuk penumbuk. Dia kembali menyimpan barang-barang itu ke dalam kotak, sebelum dihempas kuat ke lantai. Tak cukup dengan itu, dia memijak sepuas-puasnya sehingga kotak itu menjadi leper.

Kurang ajar punya Haidin!

"arghh!" Jerit Shark sekuat hatinya. Kerusi yang berada dihadapannya ditendang sehingga ia jatuh ke lantai.

"sial!"

Telefon canggih dikeluarkan daripada kocek seluarnya, lantas nombor telefon seseorang ditaip dengan pantas.

"Hello, Zim kau orang ada dekat mana?" tanya Shark, dingin.

"baru nak masuk rumah, bos."

"ah, tak kisahlah kau orang nak masuk rumah ke, nak masuk jamban ke, aku nak jumpa kau orang sekarang juga! Ada benda aku nak minta tolong. Budak Haidin ni memang dah cabar aku. Dia ingat dia boleh curi hati Suraya daripada aku, huh? Jangan haraplah! Jumpa dekat tempat biasa!"

Tutt!

Panggilan dimatikan. Azim dan Kazam terdiam untuk beberapa minit. Mereka menunduk serentak memandang sebelah kaki kanan mereka yang separuh jejak ke dalam rumah.

"Ini dugaan ke, Zim?"

"Rasanyalah," balas Azim, ringkas.

Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Where stories live. Discover now