51

121K 8.6K 2.6K
                                    

HARI berganti pagi, satu persatu anak tangga dipijaknya menuju kearah dapur. Senyuman lebar dicariknya saat dia melihat figura Suraya sedang lincah memotong sayur. Peti ais dibukanya, mencapai sebotol air mineral yang berada disitu lalu diteguknya perlahan.

"Su, Aku nak pergi rumah Rayden sekejap bolehkan?"

ZRAPPPP!

Jelingan tajam dipanah tepat kearah Shark. Tangannya yang lincah memotong sayur tadi sekelip kata terhenti. Shark terkaku sejenak. Air liur ditelannya.

Dia tersengih. Botol mineral tadi diletakkan semula ke dalam peti ais sebelum dia mengatur langkah mendekati wanita itu.

"bukan aku seorang aje pergi sana. Azim dengan Kazam pun ikut sekali."

"Buat apa awak nak pergi rumah si Rayden a.k.a Raysha tu? Awak dah tahu dia suka dekat awakkan?Buatnya nanti dia ambil kesempatan dekat awak macam mana?"

"dia takkan buat macam tu punya. Lagipun aku nak pergi rumah dia bukannya nak buat benda tak elok pun, cuma... nak ubahkan dia jadi Rayden yang dulu. Manalah tahu kalau dia dengar nasihat aku, dia boleh berubah?" ujar Shark.

Suraya tidak membalas apa-apa. Beberapa cili padi yang dipotongnya tadi dicampakkan ke dalam batu lesung, lalu ditumbuk kuat. Padan muka! Biar roboh satu rumah ni dengar aku ketuk!

Shark tersenyum menyenget. Daripada segi wajahnya sahaja dia sudah dapat meneka, wanita itu sedang marah. Perlahan-lahan tangannya merayap merangkul pinggang Suraya. Dagunya pula diletakkan diatas bahu wanita itu.

"mummy..."

KTAK!
Batu lesung diketuknya kuat. Tanpa sengaja air cili padi itu terpercik masuk ke dalam mata lelaki itu. Shark terjerit kecil.

"Argh!"

"Ya Allah! Aw... awak saya minta maaf!" rayu Suraya. Dia mula cemas. Kedua belah tangannya dilap terlebih dahulu pada kain apron sebelum dia menarik lengan lelaki itu menuju kearah sinki. Kain tuala kecil yang berada diatas meja dicapainya lalu dibasahkan, sebelum diletakkan pada mata Shark yang terkena percikan air cili tadi.

"Argh, pedih lagi!"

"Pe... pedih lagi? Apa aku nak buat ni? Takkan nak sabun mata dia pula? Lagilah pedih! Aduh..." Kepala yang tidak gatal digarunya. Anak mata tak henti melilau mencari sesuatu yang boleh membantunya.

Balang garam yang berada diatas kabinet menjadi sasaran Suraya. Baru dia teringat satu petua yang pernah diajar oleh Puan Siti dahulu. Secubit garam diambilnya, lantas disuakan ke dalam mulut lelaki itu.

"Kemam awak!"

Naik biru wajah Shark dibuatnya menahan rasa masin dilidahnya. Tak sampai beberapa minit, mata yang tadinya terasa pedih kini pudar sekelip mata. Shark terkesima. Perlahan-lahan dia menurunkan kain lembab itu ke bawah.

Magic apa dia buat tadi?

"Dah hilang. Macam mana kau buat?"

"Entah. Saya cuma ikut petua mak saya aje. Tak sangka menjadi? By the way, saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak sengaja buat mata awak pedih tadi. Saya cuma... yelah marah sebab awak nak pergi jumpa Rayden. Saya takut kalau nanti awak tergoda dengan kecantikan dia yang sekarang, awak lupakan saya... "

"Ya Allah, Su... Sampai macam tu sekali kau terfikir? Kau jangan risaulah, aku takkan jatuh cinta dengan mana-mana perempuan pun selain kau."

"tapi Rayen lelaki... "

Shark terdiam sejenak.

"Err... termasuk lelaki. Aku takkan cintakan lelaki juga. Jadi, kau tak perlu risau fasal aku, okay?"

Suraya memuncungkan bibirnya, dan mengangguk. Shark tersenyum lebar. Kedua belah tangan Suraya digenggamnya erat. Lembat-lambat Suraya mendongak memandang wajah lelaki itu.

"Su... boleh tak mulai sekarang kita tukar panggilan?" cadang Shark. Suraya mengerut kening.

"Tukar panggilan kepada apa?"

"Daddy, mummy?"

Suraya tertawa kecil. Tak sangka lelaki ini masih ingat dengan gelaran yang aku pernah cadang dahulu.

"Awak, waktu tu saya..."

"Aku tahu, waktu tu kau cuma fikir apa yang kau nak. Tapi aku tak kisah. Aku suka dengan panggilan tu. Lagipun, kalau kau panggil aku abang mesti kau akan teringat tentang fajarkan? So, just call me daddy start from now."

Suraya menunduk kepala menahan tawa. Dada lelaki itu ditumbuknya manja. Ini mesti dia belajar daripada buku panduan tu!

Sweetnya laki aku. Kau ada? Kalau tak ada pergi menangis dekat tepi bucu katil. Meratap seorang diri. Muahahahahahaha!

"Ehem! Ehem! Buah cempedak diluar pagar, kita orang dekat sini agar-agar ke nak tengok adegan kau orang yang daripada tadi mummy daddy, atok nenek, huh?" Sampuk Kazam, tidak puas hati. Tak pastilah pantun ke apa yang dilemparnya tadi?

Azim mengangguk laju, tanda dia menyokong. Hampir 10 minit jugalah mereka berdiri disitu menyaksinya babak romantik diantara dolphin and Shark. Tak lama lagi, bolehlah aku keluarkan buku disney dimana tajuknya Crazy Dolphin is my wife, and my baby boo is a Shark and we are the nemo who is penyibuk!

Mesti meletop satu panggung!

"Haih, kau orang ni... tak boleh bagi aku masa sikit ke? Asal aku nak sweet aje kau orang muncul, asal kau orang muncul aje aku nak sweet!"

"dah karakter kita orang macam tu, nak buat macam mana? Sudahlah, bos. Nanti lambat tak fasal-fasal Rayden tak ada dekat rumah. Cepat sikit habiskan babak tadi tu... kita orang tunggu dekat luar." ujar Azim.

Shark menjeling. Setelah kelibat mereka menghilang, Shark kembali mengalihkan pandangannya kearah Suraya. Senyuman lebar diukirnya semula.

"daddy pergi dulu ek? Bye." pintanya. Hidung mancung wanita itu dicuitnya manja, sebelum dia mengatur langkah pergi daripada situ. Suraya tertawa kecil.

"eeeiii comelnya laki aku!! Nasib baik aku dah tak sewel kalau tidak, siap kau! Hish, geram!" jerit Suraya sekuat hatinya, sambil dia mengetuk batu lesung itu berkali-kali. Mujur tak retak.

Selamat berbuka guys😍

Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Where stories live. Discover now