KEDUA belah kaki Shark dibuka membentuk kekuda. Kedua belah tangannya sudah dikepal membentuk buku lima, sambil anak matanya bergerak keatas dan kebawah. Meneliti satu persatu anggota badan musuh yang harus diserangnya terlebih dahulu. Tumbukan pertama yang bersemangat dihayunkam kearah Haidin. Pantas Haidin menunduk ke bawah, lantas dia menyiku wajah Shark daripada sudut tepi.
Serangan demi serangan dilepaskan kearah Shark, namun sedikit pun dia tidak menunjukkan reaksi letih. Setiap serangan dapat dielak dengan pantas. Lantas dia terus menghayunkan kakinya tepat mengena wajah Haidin. Haidin sedikit terundur ke belakang.
Cecair merah pekat mula mengalir keluar daripada bibirnya. Dia tersenyum menyenget.
"Not bad... " sinis Haidin. Dia mencebik bibirnya dan menjongket bahu. Tanpa menunggu masa lagi, dia kembali menyerang Shark. Dentaman demi dentaman kedengaran saat mereka sedang bertarung. Shark kini sudah separuh lelah. Nafasnya mula tercungap-cungap begitu juga dengan Haidin. Cecair peluh yang mengalir dikesatnya menggunakan belakang tangan.
"Come on... takkan kau dah penat?"
"Aku takkan penat lawan dengan kau, kau patut mati hari ini!" Shark terus menendang Haidin hingga jatuh tersungkur ke tanah. Lantas leher Haidin dicengkamnya kuat hingga tiada nafas. Terkapai-kapai tangan Haidin cuba untuk menolak lelaki itu ke tepi. Wajahnya sudah mula bertukar kemarahan.
"Kau memang patut mati sahaja!" bentak Shark, geram. Dia menguatkan lagi cengkaman pada leher Haidin. Nafas Haidin semakin tersekat. Perlahan-lahan tangannya turun meraba kocek seluarnya mencari pisau rembo yang disimpan disitu.
SUK!
Shark tergamam.
"Bos!" jerit Kazam dan Azim serentak.
Cengkaman pada leher Haidin semakin lama semakin lemah. Perlahan-lahan dia menundukkan kepala ke bawah memandang perutnya yang telah ditikam. Darah tak putus-putus mengalir keluar daripada perutnya. Tubuhnya kini semakin berpeluh.
Haidin ketawa puas. Dia terus menolak Shark jatuh terbaring ke tepi, lantas bangun daripada situ. Darah yang melekat pada pisau itu dijilatnya.
"Memang sedap kalau dapat tumpaskan orang macam kau tapi aku rasa semua ni belum cukup. Selagi aku tak dapat tengok kepala kau bercerai dengan tubuh."
"Kau jangan sentuh bos kami!" halang Azim dan Kazam. Baru sahaja mereka ingin menyerang Haidin, Haidin sudah menghala pisau itu ke mata Shark. Rambut Shark dicengkamnya kasar.
"Kalau kau orang kacau urusan aku, aku cungkil biji mata mamat ni!" bentak Haidin memberi amaran. Langkah mereka spontan terhenti disitu. Azim dan Kazam saling berpandangan. Mereka tidak boleh membiarkan Haidin terus melakukan kerja gila itu. Apa yang harus mereka lakukan sekarang?
SURAYA menggerak-gerakkan tubuhnya cuba untuk meleraikan ikatan tali itu. Namun gagal. Dia menghela nafas penat buat beberapa minit. Anak matanya melilau mencari alatan tajam yang berdekatan dengannya.
Sesekali dia menoleh kearah jam bom yang sudah menandakan 5 minit berlalu. Dia semakin tidak keruan. Dia harus keluar daripada tempat ini sebelum bom itu meletop.
Botol asid yang terbuka menjadi sasarannya. Nak tak nak, dia terpaksa menerima sakit juga. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya lalu dihembus keluar dengan perlahan. Degupan jantungnya kini berdegup pantas. Kedua belah tangannya digenggam erat. Dia lantas menggerakkan kerusinya ke kiri beberapa kali.
"Tahan sikit Suraya, kau boleh... " gumam Suraya. Dia memejamkan kelopak matanya buat seketika, lalu dia menggerakkan kerusi itu dengan lebih kuat sehingga jatuh mengena pada botol asid itu. Cecair asid mula mengalir keluar daripada botol itu mengena pada talinya. Bahagian belakang kulit tangannya sedikit terhakis.
YOU ARE READING
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]
RomancePemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR...