“ARGH, sakitlah!" aduh Shark saat pack berisi ketulan ais itu ditekan pada kesan lebam diwajahnya oleh Rayden. Malah Rayden tersenyum sinis. Sedikit pun dia tidak hairan dengan kesakitan lelaki itu. Biar dia rasa sedikit erti kena belasah tu macam mana!
"Dah tahu diri kau tu lemah, ajaklah geng sekali. Ini tak! Nak lawan sorang-sorang kau ingat ni filem tamil ke apa?" herdik Rayden. Menekan lebih kuat pack berisi ais itu ke wajah Shark. Shark menjerit sakit.
Dia pantas menepis tangan Rayden, lalu menggosok pipinya yang lebam. Shark menjeling. "Aku tak nak menyusahkan orang lain. Itu sahaja..."
"Tak nak menyusahkan orang lain? Habis kalau kau mati tadi macam mana? Siapa nak selamatkan isteri kau? Karang kalau aku yang selamatkan dia, tak fasal-fasal aku jadi hero! Lebih baik aku sahaja yang jumpa isteri kau daripada mula dan kawin dengan dia, bukan kau!"
"Alah, lagipun kau juga yang cakap dengan aku jangan minta tolong dengan kau lagi. Yang kau datang tolong aku kenapa?"
"Sebab kau kawan akulah. Kalau kau musuh, dah lama dah aku biarkan kau mati! Aku dendam dengan kau sebab Suraya sahaja, bukan sebab Haidin! Tapi... bila dah tengok kau sayang sangat dekat minah tu apa aku boleh buat? Aku terima sajalah hakikat yang kau nak berubah." ujar Rayden.
Shark terdiam sejenak. "Kau dah boleh terima aku?"
"Dah kalau itu sahaja yang kau nak aku terima, aku terima aje lah." balas Rayden, acuh tak acuh. Dia terus bangun daripada tempat duduk itu berjalan menuju ke arah sinki. Bau darah masih melekat pada tangannya. Lantas dia mencapai sabun yang berada di situ, lalu digosokkan pada tangannya.
Shark hanya memandang figura tubuh lelaki itu daripada belakang. Baju T yang dipakai Rayden terlihat sedikit beberapa tompok darah yang melekat. Kalau polis nampak, pasti Rayden akan kena tangkap.
"kau tak nak tukar baju ke?" soal Shark, Setelah lama dia mendiam.
"Its okay. Banyak benda lagi yang aku nak buat selepas ini. Tak guna kalau aku tukar baju sekalipun... " jawab Rayden.
Kening Shark berkerut pelik memandangnya. "Kau nak buat apa?"
"Nak cari Haidinlah siapa lagi? Nak harapkan kau bunuh dia? Kau kan dah berubah. Aku pun tak naklah mengotori tangan kau yang dah bersih tu. So biar kotor lawan kotorlah." ujar Rayden.
"Kita orang nak ikut." Azim dan Kazam mencelah serentak. Mereka pun tidak mahu apa-apa terjadi pada Rayden. Sekurang-kurangnya dapatlah mereka membantu sedikit, daripada duduk goyang kaki dirumah.
"Kau orang berdua kalau ikut, punah harapan aku untuk tumbangkan Haidin."
"tapi Sekurang-kurangnya kita orang boleh alihkan perhatian dia." protes Azim.
Rayden tersenyum sinis. Dia merenjis beberapa kali tangannya, sebelum memusing memandang Azim dan Kazam yang berdiri ditepi meja.
"Mamat tu psycho. Satu-satunya cara nak alihkan perhatian dia adalah dia kena bunuh seseorang. Kau orang sanggup jadi mayat?"
Azim dan Kazam terdiam. Kalau ditawarkan orang gila jadi mayat pun dia tidak mahu! Kalau bunuh masuk syurga tak apa juga, boleh kawin dengan bidadari. Azim tersenyum.
"Habis? Kau nak pergi seorang? Suraya tu isteri aku, jadi aku nak ikut." sampuk Shark.
"Kau ni memang tak serikkan?"
"Aku takkan serik selagi Suraya ada pada tangan orang gila tu. Aku sanggup mati untuk selamatkan isteri aku. Cuma... aku tak tahu Haidin ada dekat mana sekarang? Aku dah cuba cari dia dekat rumah, tapi dia tak ada."
YOU ARE READING
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]
RomancePemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR...