7

141K 8.5K 1.2K
                                    

SATU persatu anak tangga dipijaknya menuju ke arah ruang tamu. Rambutnya yang masih basah dikeringkan menggunakan kain tuala, lalu disangkut pada lehernya. Sekilas dia memandang sekeliling rumahnya mencari kelibat Suraya yang tidak kelihatan.

Takkan minah tu dah blah daripada rumah ni? Kalau dia dah berambus bagus juga, aman sikit hidup aku. Desisnya perlahan.

"Shen! Suraya zài nǎlǐ?" (Shen! Suraya mana?) Sapa Shark pada Shen, gadis cina yang bekerja sebagai pembantu rumahnya.

"Wǒ kànjiàn tā zài wūwài." (saya lihat dia berada diluar rumah.) balas Shen, ringkas.

Shark mengangguk perlahan. Ingatkan dah berambus, rupa-rupanya ada lagi dekat rumah aku ni! Bertabah sajalah Shark. Lantas dia mengatur langkah kearah pintu utama.

Daripada jauh sahaja dia sudah lihat kelibat Suraya yang sedang bermain air pancuran ditengah rumahnya. Kepala digelengnya perlahan. Apalah perempuan tu buat dekat situ?

"Suraya!" keras Shark menyeru namanya. Tersentak gadis itu dibuatnya, mujur tidak terjatuh ke dalam kolam pancuran itu. Cepat-cepat Suraya bangun daripada situ berlari mendapatkan Shark dipintu utama.

Senyuman lebar dilemparkan kepada lelaki itu. Malah Shark tetap dengan wajah dinginnya.

"Selamat pagi, abang Shark. Puas ke tidur tadi?" Soal Suraya, sengaja dia menyakat lelaki itu.

"Mana nak puas kalau makhluk asing macam kau ada dalam rumah aku?"

"Eh, saya bukan makhluk asing okay? Mana ada makhluk asing muka comel macam saya. Lainlah awak, serupa muka ikan jerung, tapi perangai macam baby shark dodo!" sindir Suraya, selamba.

Shark menjeling geram. Kecil sahaja dia memandang gadis dihadapannya ini. Kalau boleh mahu sahaja aku angkat perempuan ni campak dalam kolam ikan jerung, biar kena baham puas-puas!

"Awak... " panggil Suri meleret, manja. Bibir dimuncungkan ke hadapan, sambil dia menunduk memandang jari jemarinya yang saling mencubit kulitnya. Nampak gaya macam nak minta sesuatu.

"ermmm... " ringkas balas Shark, tanpa dia memandang wajah gadis itu. Matanya hanya tumpu melihat beberapa orang sekuriti yang Kehulur-kehilir menjaga kawasan perumahannya.

"waktu pagi tadi saya dengar azam dengan kazam ada cakap pasal kerja. Jadi boleh tak kalau Su nak... "

"Tak boleh." cantas Shark laju seperti tahu sahaja yang berlegar dalam fikiran gadis itu. Tak lain tak bukan pasti dia nak ikut aku ke tempat kerja.

"Saya tak habis cakap lagi!"

"Tapi aku dah tahu niat kau. Kau mesti nak ikut aku pergi kerja, kan? Daripada kau sibuk hal aku, baik kau jadi orang gaji aku tampa gaji. Lagi bagus." sindir Shark.

Suraya mencebik bibirnya. Duduk dalam rumah ini pun bukannya ada kerja yang aku boleh buat. Orang gajinya sahaja dah dekat 10 orang, habis aku nak buat apa?

"Alaa, awak... saya bukannya nak ganggu awak bekerja pun." rengek Suraya.

Shark tetap menggeleng. "Aku duduk rumah ini pun dah sengsara, inikan pula bawa kau ke sana. Memang tak lah!" desis Shark.

Suraya mengeluh kecil. "tapi takkan awak nak tinggal saya seorang diri dalam rumah ni? Awak tak takut ke kalau saya curi barang awak ke? Tak pun saya rosakkan harta benda awak dalam rumah ni. Tak takut?" Soal Suraya.

Malah Shark hanya tersenyum sinis. Berani ke dia nak rosakkan harta benda dalam rumah ni?

"Kalau dah rasa diri tu dah lama hidup, kau buatlah..." Ujar Shark memberi amaran keras pada gadis itu. Suraya terdiam tak terkata apa. Matanya berkedip memandang Shark yang tersenyum puas dihadapannya, sebelum lelaki itu kembali melangkah menuju ke biliknya ditingkat dua.

Kepala yang berlapikkan tudung digaru Suraya seketika. Sebelah tangannya buat-buat seperti sedang mengira sesuatu.

"Kalau nak diikutkan umur aku sekarang dah 27, jadi maknanya dah 27 tahunlah aku hidup kan? Lama juga tu!"








BERDENYUT kepalanya serabut memikirkan tentang kerja dan Suraya. Fail yang bertimbun diatas meja langsung tidak disentuhnya, malah dia hanya termenung memandang bingkai gambar Suraya yang diambil waktu majlis pertunangan mereka dahulu.

"Hei, kenapa kau tak pernah mengalah dengan aku? Aku dah pukul kau, dah seksa kau tapi kau masih nak dekat dengan aku, kenapa ek? Apa masalah kau yang sebenarnya?!" soalnya, dingin memandang Suraya yang duduk disofa.

"sebab awak suami saya..." ucap Suraya, kembali mendongak memandang Fajar yang berdiri dihadapannya. Air mata yang bertakung dibawah kelopak matanya cuba ditahan.

"Saya takkan pernah benci orang yang saya sayang, dan takkan pernah simpan dendam pada orang yang ikhlas jaga saya."

"Tapi masalahnya aku tak ikhlas pun kawin dengan kau! Semua ni jadi atas sebab bapak kau, kau tahu tak?!"

"tapi kalau awak tak ikhlas, awak takkan terima saya... " keluh Suraya. Fajar terdiam sejenak. Keningnya berkerut memandang Suraya.

"Saya tahu walaupun awak selalu pukul saya, selalu marah saya tapi jauh dalam sudut hati awak, awak tak pernah berniat macam itu. Awak cuma buat semua tu untuk saya benci awak dah minta awak untuk ceraikan saya... tapi malang, saya tak pernah pun terfikir sampai macam itu sekali."

"Hei, Suraya boleh tak kau buka mata kau luas-luas! Aku tak suka kau, dan jodoh kau mungkin orang lain. Boleh tak kau bagitahu bapak kau yang kau nak bercerai dengan aku? Kalau kau tak minta, selagi itu aku tak boleh ceraikan kau, kau faham tak?!"

"Tapi saya tak boleh. Saya tak nak berpisah dengan awak. Saya tahu dan saya yakin awak jodoh saya, kalau tak kenapa kita kawin? Macam mana awak nak rasa kebahagiaan sedangkan awak tak pernah buka hati awak untuk kenal saya? Saya tahu awak suka Athirah, tapi saya sanggup terima dia asalkan kita tak bercerai."

"ish, susahlah nak bincang dengan kau ni! Kau ni otak lembab kau tahu tak? Memang patut pun semua orang buang kau, sebab kau ni menyusahkan! Aku rasa lebih baik gangster tu dapat kau daripada kau duduk dekat sini. Biar dia seksa kau sampai mampus baru puas hidup aku! Heh!" bentak Fajar.

Turun naik nafasnya menahan perasaan geram melayan gadis tak betul itu, lantas dia melangkah kaki pergi daripada situ menuju ke tingkat dua. Cecair jernih yang mengalir dipipi Suraya dikesatnya menggunakan belakang tangan.

"Siapa yang bakal sayang saya kalau bukan awak Fajar? Hanya awak sahaja yang saya ada untuk bagi harapan." rintih Suraya, perlahan.

TOK! TOK! TOK!
bunyi ketukan pintu mematikan lamunan Fajar tadi. Cepat-cepat dia mengemas fail yang bersepah diatas mejanya sebelum mengeluarkan arahan masuk.

"Bos, Cik Athirah dah tunggu bos dekat bawah. Katanya nak lunch sekali dengan bos." ujar Rose.

"Okay, thank you sebab beritahu. Kejap lagi saya turun ke bawah."

"Baik bos. Saya minta diri dulu ya." pinta Rose, Fajar hanya membalasnya dengan menganggukkan kepala. Dia kembali menyandarkan tubuhnya ke belakang setelah kelibat Rose menghilang.

"apa lagilah athirah nak bincang dengan aku? Tak lain tak bukan pasti pasal penceraian tu. Haih, serabutnya!"

Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Where stories live. Discover now