SEBENTUK cincin silver dibeleknya. Sesekali dia memasukkan cincin itu ke dalam jari manisnya, cuba untuk mengagak saiz jari wanita itu. Agak-agak sama tidak?
Ah!
Memang tidaklah. Tangan dia bukan sama besar dengan tangan aku! Shark mengeluh kecil. Kepalanya yang tidak gatal digaru."macam mana, encik?" Soal penjual itu. Shark hanya membalasnya dengan menjongketkan bahu.
"Saya tak tahulah saiz isteri saya berapa. Akak boleh tolong saya tak?" keluh Shark.
"Errmm... kalau macam itu, cuba encik masukkan dekat jari kelinking. Orang tua-tua selalu pesan, kalau nak tahu saiz jari perempuan yang bergelar isteri kita kena cuba dekat jari kelinking." ujar penjual itu, memberi cadangan.
Shark mengerut kening, tidak percaya.
"Seriuslah?"
Dia mengangguk. Tanpa menunggu masa lagi, dia terus memasukkan cincin itu ke dalam jari manisnya. Longgar. Lantas dia mencapai cincin yang lain pula, kali ini lebih kecil.
Muat. Shark tersenyum lebar.
"Saya ambil yang inilah."
"ini ya? Kejap ya encik." pintanya. Kotak cincin berwarna merah jambu dikeluarkan lalu dia meletakkan cincin itu ke dalam kotak. Sementara menunggu penjual itu menyiapkan cincinnya, Shark mengira terlebih dahulu wang yang berada didalam dompet. Takut-takut jika ada yang tidak cukup nanti, tak fasal-fasal kena pulangkan balik!
"Nah, dah siap." beg plastik kecil diserahkan pada Shark.
"berapa ribu tadi?"
"dua ribu lima ratus."
Shark mengangguk. Lantas dia mengeluarkan beberapa keping wang bernilai 100 lalu dihulurkan kepada penjual itu.
"Cukup tak?" Tanya Shark, sekadar untuk memastikan. Dia mengangguk kepala dan tersenyum. Setelah semuanya selesai, dia pun mengatur langkah keluar daripada kedai itu. Beg plastik berisi kotak cincin itu dimasukkan ke dalam poket jaketnya.
Shark memandang kearah kiri dan kanan, risau kalau terserempak dengan salah seorang kuncu-kuncunya pasti malu teruk nanti!
Line clear.
Shark tersenyum menyenget. Dia pun mengatur langkah menuju masuk ke dalam lorong, tempat dia memarkir motorsikalnya tadi.
"Encik!" Jerit suara wanita itu. Baru sahaja Shark hendak memusing ke belakang, tiba-tiba sahaja tubuhnya dipeluk. Shark terkedu buat beberapa minit. Lantas dia menggeleng laju, lalu tubuh wanita itu ditolaknya sehingga tergenjak beberapa tapak ke belakang.
"Kau kenapa?"
"Ad... ada gangster kejar saya." adunya, dengan nada terketar-ketar. Shark menoleh memandang sekelilingnya, kosong.
"Mana ada sesiapa kejar kau dekat sini? Kau... " Kata-kata Shark terhenti disitu saat figura wanita tadi tidak kelihatan dihadapannya. Dahi Shark mula berkerut pelik. Sesekali tangannya meraba poket pada jaketnya, kosong.
"Mana cincin aku?!" Shark mula cemas. Melilau anak mata Shark, mencari kotak cincin berwarna merah diatas tanah namun, tiada.
"Perempuan tadi... mesti dia yang ambil! Kurang ajar!" gumam Shark, tidak puas hati. Dia memusing memandang sekelilingnya, mencari kelibat wanita tadi.
"looking for this?" sampuk suara wanita itu, pantas Shark memusing ke belakang memandangnya. Dia tersenyum sinis sambil menunjukkan kotak cincin yang berada ditangannya. Shark mengetap bibir, geram.
YOU ARE READING
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]
RomancePemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR...