39

131K 8.7K 2K
                                    

"KITA dah tiada cara lain lagi selain cara tu. Nak tak nak, kita kena juga buat. Kalau tidak... nyawa kita berdua dalam bahaya." ujar Fajar.

Athirah menggeleng tidak setuju. Dia bangun daripada terus duduk disofa, mengatur langkah menuju kearah Fajar yang duduk dibalkoni.

"Abang dah gila ke? Kalau dia cari kita macam mana? Tak boleh ke kalau kita selesaikan benda ni dengan cara baik?"

"cara baik macam mana lagi, Athirah? Awak ingat Shahrin itu akan bagi kerjasama ke dengan kita? Dia takkan faham situasi kita, Athirah! Kalau kita minta dia lepaskan Suraya pun, dia takkan buat macam tu!"

"Habis kalau abang buat benda bodoh tu, abang ingat kita akan selamat? Silap hari bulan abang mati ditangan dia, macam mana? Dia tu gangster, bang. Dia boleh buat apa sahaja yang dia nak, termasuk bunuh abang kalau abang ambil Suraya."

Fajar terdiam. Tak dinafikan apa yang gadis itu katakan adalah betul. Mungkin aku akan terlepas daripada genggaman Haidin, tapi aku takkan terlepas daripada Shahrin. Dia pasti akan cari aku sampai ke lubang cacing.

"habis tu macam mana? Kita dah tak ada cara lain lagi, Athirah. Kalau kita biarkan semua ni berterusan, nyawa kita berdua akan melayang, awak tahu tak?"

"Kita report polis?" cadang Athirah.

Fajar menggeleng tidak setuju. "awak nak report apa pada polis? Awak ada bukti ke? Dia tu kaya. Mustahil pihak polis akan percayakan kita. Silap-silap kita yang masuk penjara nanti!"

Athirah merengus geram. Semua cara tak kena, habis apa yang harus kena? Lelaki itu pun satu, punyalah banyak perempuan dalam dunia ni kenapa perlu gadis sewel itu yang dia mahukan? Entah apa yang ada pada Suraya pun aku tak tahu! Omel Athirah tidak puas hati.










PAP!
Sepucuk pistol dihentak keatas meja, terhinjut bahu orang tua itu dibuatnya. Anak mata tak henti melilau ke sekeliling kawasan bilik yang gelap, hanya satu lampu sahaja yang menerangi ruang itu.

Aku dekat mana ni?

Dekat penjara ke?

"hoi, pandang sini!" gertak Shark. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya kearah Shark. Air liur ditelannya sejenak saat melihat wajah tegang lelaki muda itu. Azim dan Kazam yang berdiri dibelakang Shark dipandangnya silih berganti. Mereka tersenyum menang.

Setakat nak kejar ikan hiu ni tak adalah susah mana!

"Berani kau larikan diri daripada aku, kan? Tak cukup dengan itu kau tinggal pula anak bini kau dekat rumah sampai berminggu-minggu tak makan. Ustaz jenis apa kau ni?"

"Ma... maaf, Tuan Shark. Saya tak ada niat pun nak lari sebenarnya. Tapi... "

"Aku belum cakap habis lagi kau jangan mencelah!" cantas Shark dengan nada meninggi. Meja dihadapannya dihentak kuat, membuatkan orang tua itu tersentak dan mengangguk laju.

"Ma...maaf tuan." rayunya.

Shark menjeling. "Kau dah pinjam duit aku lima ribu. Disebabkan kau dah lama tak langsaikan hutang, bunga kau dah naik sampai sepuluh ribu. Sekarang ni kau ada dua pilihan, antara kau langsaikan hutang kau sekarang... atau kau ajar aku mengaji."

"Mengaji?" dia tergamam sejenak. Tak sampai beberapa minit dia ketawa. Azim dan Kazam saling berpandangan pelik memandang orang tua itu. Shark mengetap bibir, geram.

Lantas Pistol diatas meja itu dicapainya, lalu diacu tepat pada dahi orang tua itu. Sekelip mata doa berhenti ketawa dan berdehem.

"Aku tak main-main dengan kau sekarang ni." ujar Shark, serius.

"sorry, tuan. Saya baru pertama kali jumpa gangster suruh ajar mengaji. Tapi tuan... saya sebenarnya bukan ustaz. Saya menyamar sahaja untuk elakkan diri daripada tuan. Kalau setakat baca Iqra tu... bolehlah."

"Iqra tu apa?"

"Iqra tu macam alif ba ta, sebelun tuan nak baca Quran, tuan perlu belajar iqra dulu."ujarnya.

Shark mengangguk faham. Ada tingkat rupanya. Aku ingatkan terua baca aje.

"tak kisahlah iqra ke, apa ke yang aku tahu sekarang aku nak belajar mengaji. Kau kena didik aku sampai aku faham, kalau tidak... aku belasah kau!"

"tapi kalau saya nak letak syarat boleh?"

"kau siapa nak bagi aku syarat?"

"kalau tuan tak bagi saya letak syarat, saya tak nak ajar tuan!" ugutnya. Dia memeluk tubuh dan berpaling ke lain. Shark merengus geram. Kecil sahaja dia memandang orang itu. Nasib baik orang tua sahaja, kalau tidak aku dah tumbuk muka mamat ni!

"kau nak letak syarat apa?" Soal Shark, dingin. Terpaksa mengalah.

Hairul tersenyum menang. Dia kembali memandang Shark. "sebelum tu... Saya nak tahu kenapa tuan suruh saya ajar tuan mengaji."

"eh, penting ke untuk kau tahu? Aku suruh kau ajar mengaji aje, bukan suruh kau kaji latar belakang aku!"

"Kalau tuan tak nak bagitahu saya, saya tak nak... "

"untuk isteri aku." cantas Shark, laju. Tahu-tahu sahaja apa yang orang tua itu ingin mengugutnya.

Hairul tergamam. Terlopong mulutnya mendengar perkataan isteri. Lelaki seganas ikan jerung ini pun boleh dapat isteri ke?

Malang betul nasib isteri dia.

"hei, cepatlah! Kau diam tiba-tiba pula kenapa? Apa syaratnya tadi?" bentak Shark.

Pantas dia menggeleng kepala, mematikan lamunannya tadi. "sya...Syarat yang pertama, saya nak gambar isteri tuan."

"Kau nak buat apa dengan gambar isteri aku? Kau nak ngorat dia, huh? Dah lama hidup ke?!"

"bu... bukan macam tu, Tuan. Saya dah ada isteri, untuk apa saya nak ngorat isteri tuan lagi? Saya nak gambar tu sebab saya nak mempertahankan diri. Manalah tahu nanti tuan akan pukul saya, jadi saya boleh jadikan gambar isteri tuan sebagai pelindung."

"hmmm... Lagi?"

"syarat kedua, saya nak tuan beli Iqra sendiri. Gaji saya belum masuk lagi untuk belikan tuan iqra. Itu sahaja."

"that's it?"

Dia mengangguk. Shark tersenyum menyenget. Senang kacang punya syarat dia bagi! Celah gigi aku sahaja nak buat semua tu.

"okay, aku terima syarat itu. Nanti aku bagi gambar Suraya pada kau, tapi janji dengan aku... kau jangan cium gambar isteri aku senyap-senyap ek? Aku dapat tahu kau buat macam tu, aku koyakkan mulut kau. Faham?"

"Fa... faham tuan."

"Dan, lagi satu... pergi balik dekat rumah isteri kau semula. Sejahat aku pun, aku tak pernah tinggalkan isteri aku. Perempuan perlukan perlindungan daripada lelaki, apa gunanya kau kawin dengan dia tapi kau biarkan dia hidup tergantung tak bertali macam itu?" ujar Shark, sempat lagi dia memberi nasihat.

Orang tua itu mengangguk faham.

"Dah, kau boleh pergi."

"terima kasih, tuan." ucapnya, sebelum dia bangun mengatur langkah keluar daripada bilik itu. Azim dan Kazam tersenyum menahan tawa melihat Shark.

"haih, bos? Pandai bos tarbiah sekarang?" tegur Azim.

"buku panduan ada cakap macam itu, aku ikut aje."

Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Where stories live. Discover now