TERDONGAK kepala Suraya apabila melihat banglo empat tingkat dihadapannya waktu ini. Ditengah-tengah halaman sudah ada pancuran air kolam ikan, dan dikawal oleh beberapa orang sekuriti muda yang berbadan tegap dan bengis.
Tersengih Suraya melihat dua orang sekuriti yang duduk dihadapan pagar dengan wajah serius. Ada kalanya dia cuba melambai tangan pada mereka, namun sedikit pun tiada respon.
Agak-agaknya macam mana ek mamat ni latih dia orang? Duduk tercegat depan pintu pagar dah macam patung pula aku tengok. Mata tak berkelip pulak tu! Omel Suraya didalam hati.
Sibuk dia membelek baju sekuriti itu, tanpa dia sedar Shark sudah menunggunya dipintu utama. Keluhan kecil dilepaskan Shark.
"Hoi, perempuan! Sini!" Seru Shark daripada jauh. Suraya tersengih menayang giginya, lantas dia menarik beg bagasinya menuju ke arah Shark yang sudah menunggunya dipintu utama.
"so abang... ini ke rumah kita?" Soal Suraya, teruja. Mana tidaknya jika rumah sebesar ini dia bakal duduk tak lama lagi. Shark mengerut kening, sejak bila pula mak dia kawin dengan ayah aku tiba-tiba sahaja nak panggil aku abang?
"Siapa suruh kau panggil aku abang? Tak pernah lagi dalam dunia ni ada orang gelarkan aku abang, kau tahu tak?"
"habis? Kalau bukan abang, abang nak suruh saya panggil apa? Sayang?" soal Suraya.
Shark tersenyum sinis. Kepala digelengnya perlahan memandang Suraya dihadapannya. Haih kecik besar kecik besar sahaja aku pandang perempuan ini. Macam manalah aku boleh setuju nak bawa balik minah tak betul ni?
"call me Tuan Shark, bukan abang dan bukan sayang. Kau panggil aku dengan panggilan tu sekali lagi, payung ni aku ketuk dekat kepala kau. Faham?!" ujar Shark memberi amaran pada gadis itu sambil dia mengacah-acah seperti ingin mengetuknya menggunakan payung hitam yang berada didalam bakul khas untuk menyimpan payung.
Suraya menabit tangan didahi, tanda dia menerima amaran lelaki itu. "Baik, Tuan Shark. Tapi saya peliklah. Mana ada orang nama Shark dalam dunia ni. Takkanlah mak ayah Tuan bagi Tuan nama Mohamad Shark? Ke... mak tuan pernah mengidam nak makan Shark?"
TUK!
Payung hitam itu diketuk pada kepala Suraya sehingga gadis itu mengaduh sakit. Hambik kau! Puas hati aku, sejak bila pula mak aku mengidam nak makan ikan jerung!"Hei, Shark tu... Singkatan untuk nama aku, Shahrin Haider Amar Rayden Karl. Bodoh!" ujarnya, menolak kasar dahi gadis itu menggunakan jari terlunjuknya sehingga Suraya sedikit terdongak keatas.
Suraya mencebik bibirnya, sambil tangannya sibuk menggosok kepalanya yang diketuk tadi. "silap sikit pun nak marah..." rengek Suraya.
Shark hanya menjeling, tidak kisah. Sekilas dia mengalih pandangannya ke dalam rumah memandang Azim dan Kazam yang berada diruang tamu.
"Azim! Kazam! datang sini kejap!" Jerit Shark, kuat dan jelas. Lantas mereka mencampakkan kad terup keatas meja dan berlari mendapatkan Shark dipintu utama.
Berkerut dahi mereka memandang Suraya yang berdiri dibelakang Shark. Azim dan Kazam saling berpandangan. Tidak silap, sebelum ini Tuan Shark tak pernah pula bawa balik perempuan. Kalau bawa balik pun, untuk diseksa sahaja.
"Tuan, siapa ni tuan? Lauk untuk kita orang ke?" Soal Azim sambil keningnya diangkat berkali-kali. Manalah tahu rezeki mereka murah kali ini.
Malah Shark hanya tersenyum menyenget. Dia memandang Suraya untuk beberapa saat dan kembali memandang mereka berdua.
"Buatlah apa kau orang nak buat dekat dia. Aku bukannya ada apa-apa pun. Lagipun perangai dia pun dua kali lima sama gila dengan kau orang. So, enjoy your meal." ucap Shark, sebelum dia melangkah masuk kedalam rumah itu. Bahu Azim dan Kazam ditepuknya beberapa kali.
YOU ARE READING
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]
RomancePemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR...