PUNTUNG rokok dicampaknya ke lantai, lalu dipijak dengan menggunakan kasut kulit, memadamkan api yang masih bernyala. Seraya tangannya mencapai segelas kaca kecil air minuman syaitan sebelum diteguknya perlahan-lahan.
Wajahnya sedikit berkerut saat tekaknya terasa perit saat menelan air itu. Namun ianya tetap nikmat baginya. Itulah air syurga buatnya, yang sentiasa membawa dia kepada ketenangan.
DEBUSH!
Dia sedikit tersentak saat tubuh lelaki tua itu ditolak dihadapannya. Senyuman sinis terukir dibibir, melihat lelaki tua itu dalam kegelisahan.Mata lelaki itu melilau memandang sekelilingnya yang dikepung oleh 30 orang lelaki bersenjata, mengunci dirinya ditengah bilik itu. Apa yang membuatkan dia gentar, adalah lelaki muda tang digelar jerung dihadapannya ini.
"Tuan Shark. Ak.. Aku minta maaf, Shark. Tolong jangan apa-apakan aku. Anak dengan bini aku tengah tunggu aku dekat rumah Shark." rayunya, dengan nada getar. Sambil tangannya menggigil meminta untuk dilepaskan.
Malah, lelaki jerung itu hanya tersenyum sinis. Jari dipetik kasar, menandakan satu arahan rahsia. Sebilah pedang katana di hulurkan pada lelaki itu sambil dia membongkokkan sedikit tubuhnya. Hormat.
"Aku bukannya apa, Din. Kau pun tahu aku ni paling pantang kalau ada orang tu kacau tempat aku. Lagi-lagi.. bila orang tu tunjuk samseng depan aku walaupun dia tak sedar diri yang dia tu dah tua. Tapi.. "
Sengaja dia memberhentikan ayatnya, menggantikan dengan senyuman menyenget yang dilemparkan ke arah lelaki tua itu sebelum dia bangun mengatur langkah setapak demi setapak ke sana. Hujung pedang katana diletakkan tepat pada leher lelaki tua itu.
Berderau darahnya saat ini. Tubuhnya juga sudah menggigil ketakutan.
"Aku tak kejam sangat, Din. Kalau aku bunuh kau pun, kau takkan sempat rasa sakit sebab aku akan terus pancung kepala kau. Lainlah kalau aku start daripada sini!"
SRAKK!!
"Arghh!!" lelaki tua itu menjerit keras saat sebelah telinga dipotong tanpa rasa belas kasihan. Darah yang memancut keluar langsung tidak diendahkan. Malah dia lagi seronok melihat lelaki tua itu mengerang kesakitan.
Ini semua balasan atas sebab kau masuk campur urusan pribadi aku! Getusnya didalam hati.
"Sakit, Din? Kau tahu tak kenapa aku potong telinga kau? Sebab, kau tu pekak. Aku dah kata dengan kau, jangan pandai-pandai call pihak polis serbu tempat aku. Tapi kau degil! Ini lah padahnya." sinis Shark.
Telinga yang sudah terputus disepak ke arah lelaki tua itu. Dia duduk mencangkum dihadapannya bersama senyuman sinis.
"Makan benda tu."
"Sh.. Shark..."
"Aku kata makan telinga tu! Kau nak aku potong lagi sebelah? Huh?!" soalnya bernada tinggi. Pantas lelaki tua itu menggeleng.
Lambat tangannya mengutip telinga itu semula. Tertelan air liurnya tidak sanggup untuk memakan telinga sendiri. Tetapi untuk keselamatan diri dan keluarga, dia terpaksa!
Mata dipejam rapat, lantas dia menyuap telinga itu ke dalam mulutnya. Ketawa sinis Shark jelas kedengaran. Puas! Dia melihat lelaki tua itu terseksa kerananya.
Termuntah-muntah lelaki tua itu merasakan darah dan kenyal telinga itu.
"Boon!" jeritnya keras. Pantas Boon berlari kearah Shark apabila namanya disebut kuat.
"Ada apa tuan?" Tanya Boon, dengan nafas yang tercungap-cungap keletihan berlari.
"Apa maklumat yang kau dapat pasal orang tua ni?"
"oh, saya cuma tahu yang dia ada anak perempuan seorang. Cantik tuan! Muda pun muda. Mungkin dalam lingkungan 19 tahun?"
"siapa nama anak dia?"
"Errmm.. Tak silap saya, Suraya Tuan!"
Shark mengangguk faham. Senyuman bermakna dilemparkan ke arah lelaki tua itu yang perit menahan pedih dibahagian telinga.
Pedang katana di serahkan kembali kepada pembantu pribadinya untuk disimpan semula.
"Aku bebaskan kau, Din. Tapi aku tak bebaskan family kau. Aku nak kau bawa anak kau lari daripada aku sejauh mana yang boleh sebelum aku dapat dia dan jual dia dekat Siam."
"Shark!"
"Apa? Aku dah bagitahu plan aku pada kau kan? Jadi kerja kau sekarang adalah kau perlu stand by siap-siap apa yang akan jadi. Tak pernah lagi tau orang macam aku bagitahu plan jahat dia pada musuh sendiri. Jadi.. Pandai-pandailah kau jaga anak kau baik-baik sebelum aku bagi anjing aku ratah anak kau."
Lelaki tua itu mengetap bibirnya. Tangan dikepal-kepal menahan geram. Namun sedikit pun Shark tidak gentar. Dia hanya tersenyum sinis saat melihat lelaki tua itu merenung tajam ke arahnya.
Pipi lelaki tua itu ditamparnya perlahan beberapa kali. "I just want to say.. good luck." sindirnya, dengan membawa maksud tersirat. Dia terus bangun daripada situ, lalu beredar pergi meninggalkan kawasan itu.
"Kau takkan dapat anak aku!"
Sambungan selepas tamat TC dan IANFS. Thank you ❤❤
YOU ARE READING
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]
RomancePemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR...