"perlahanlah sikit bawa kereta tu, awak nak saya mati ke?!" bentak Suraya, gelisah.
Kedua belah tangannya sudah mencengkam kusyen kereta. Tertelan air liurnya melihat cara pemanduan lelaki itu seperti sedang menempah maut. Setiap kereta yang menghalang jalannya dipotong sahaja tanpa memberi isyarat signal sehingga ada yang hampir berlanggar punggung dibelakang. Isyarat lampu merah yang jelas terpampang lagi tiga meter lansung tidak diendahkan. Malah dia lagi memecut kuat.
Tanpa sedar, kereta sudah pun terparkir ditengah-tengah halaman rumah mereka. Dia terus melangkah keluar daripada perut kereta dan meluru masuk ke dalam rumah. Suraya mula terpinga-pinga. Seat-belt yang masih melekat pada tubuhnya dibuka, lantas dia berlari anak mengejar langkah lelaki itu yang sudah jauh meninggalkannya dibelakang.
"Awak tunggulah saya! Apa dah jadi sebenarnya ni?" soal Suraya, gelisah. Malah Shark tidak menjawab. Fikirannya masih serabut untuk berterus terang.
Suraya masih lagi tidak puas hati dengan respon lelaki itu. Dia mempercepatkan lagi langkahnya, lantas menangkap tangan Shark untuk memusing memandangnya. Mereka berdua berhenti dihadapan pintu bilik.
Keluhan kecil dilepaskan Shark sambil dia memejam mata buat beberapa minit cuba untuk meredakan hatinya yang masih lagi panas sebelum memusing memandang Suraya dibelakang.
"kau pergi masuk tidurlah, jangan serabutkan kepala aku lagi boleh tak?"
"saya takkan boleh tidur kalau perasaan awak macam ni. Awak bagitahulah saya apa yang jadi. Apa masalah awak? Saya isteri awak, saya kena tahu semuanya..." ujar Suraya masih lagi tidak mengalah.
"Suraya aku suami kau tahu? Tolonglah faham aku. Aku tengah serabut gila sekarang ni, dan kau pula sibuk nak tahu hal aku. Aku tak nak marah kau tau malam ni. Tolonglah..." rayunya, dengan nada suara yang masih dikawal. Dia tidak mahu menyakiti gadis itu semata-mata kerana masalah yang membelengu jiwa dan fikirannya sekarang.
Cecair jernih yang bertakung dibawah kelopak mata lelaki itu membuatkan Suraya terdiam. Lambat-lambat dia menundukkan kepala ke bawah, dan mengangguk kecewa.
"Saya cuma risaukan awak aje, tapi kalau awak tak nak kongsi... tak apalah." rungut Suraya, kesal sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik.
Shark menghela nafas kecil. Timbul rasa serba salah dalam hatinya saat melihat wajah Suraya yang kecewa dengan dirinya yang ego tidak mahu menerus terang. Bukan maksud aku untuk lukakan hati dia, tapi aku cuma tak mampu untuk tengok dia sakit lagi.
"Suraya... " panggil Shark, perlahan menghentikan langkah Suraya ditengah-tengah biliknya.
Lantas dia mengambil peluang itu untuk berjalan menghampiri gadis itu. Kedua belah tangannya mencengkam bahu suraya, menarik gadis itu untuk memusing menghadapnya. Suraya masih lagi menunduk memandai lantai, menahan air mata daripada mengalir ke pipinya.
"selama ni... kau paksa aku kawin dengan kau atas sebab kau nak aku, ataupun kau cuba nak jadikan aku cinta buta untuk balik semula pada suami lama kau?" soalnya sekadar ingin tahu.
Suraya terdiam mendengarnya. Perlahan-lahan dia mendongak memandang lelaki itu, merenung tepat kedalam anak mata Shark yang masih lagi menantikan jawapan daripadanya.
"Kalau itu yang kau anggap aku, aku cuma nak kau tahu... benda tu takkan jadi. Aku yang kutip kau waktu kau perlukan seseorang, dan aku juga yang sanggup jaga kau sampai hari ni walaupun perangai kau tak sama macam perempuan normal. Aku mengaku, orang macam aku memang kejam. Bunuh orang sana sini, paksa dia orang bayar hutang dan gertak dia orang sampai diaorang melutut pada aku macam aku ni raja. Tapi sejahat dan sekejam aku, aku masih lagi manusia biasa yang boleh rasa macam apa yang kau rasa. Jiwa aku masih belum mati..." Luah Shark.
Cecair jernih yang ditahannya tadi akhirnya runtuh mengalir ke pipinya. Begitu juga dengan Suraya. Perlahan-lahan tangannya naik melekap pada wajah lelaki itu, dan menyeka air mata yang masih lagi bersisa. Kepala digelengkan perlahan.
"Saya tak pernah terfikir untuk jadikan awak cina buta saya... sumpah, demi Allah saya kawin dengan awak sebab saya betul-betul nakkan awak... tiada sebab lain." ujar Suraya, berterus terang dengan soalan yang Shark lemparkan tadi kepadanya.
Senyuman nipis dicarik Shark. Kedua belah tangan Suraya yang masih melekap pada wajahnya ditarik ke jatuh ke bawah. Lantas dia menarik gadis itu ke dalam pelukannya. Lengan Suraya digosok-gosok cuba untuk meredakan esakan gadis itu.
"Aku cuma nak kau tahu, sekali kau dah buat aku sayang kau dan cintakan kau sampai bila-bila aku takkan pernah lepaskan kau ke tangan orang lain. Kalau diaorang dah buang kau, biar aku yang kutip kau dan bela kau sampai aku mati." ucap Shark separuh berbisik pada Suraya.
Suraya mengangguk kepala, memegang setiap kata dan janji yang lelaki itu lafazkan. Dia pasti, Shark benar-benar ikhlas berkata begitu. Bukan kerana dia ingin menjaga hati dan perasaan Suraya ketika ini.
Ayahanda yang melihat mereka daripada jauh hanya mampu mengukir senyuman. Entah mengapa dia tiba-tiba teringat pada arwah isterinya yang sama perwatakan seperti Suraya. Perasaan rindu dan sebak mula terasa dijiwanya.
"Ling, kalau kau masih hidup kau pasti bahagia lihat anak kau sekarang." desis Ayahanda, perlahan.
MINYAK gamat dituangkan sedikit keatas kapas sebelum disapu pada bahagian buku lima Shark yang membengkak terluka. Shark mengaduh sakit.
"Ergh, Sakit Su! Perlahanlah sikit, aku tumbuk kau karang baru tahu!" herdik Shark, dingin.
Suraya mengeluh kecil. "saya buat perlahan-lahanlah ni... awak nak saya sapu dengan cara macam mana lagi? Itulah, padan muka! yang pandai-pandai pergi tumbuk orang berkali-kali tu kenapa? Kan dah mendapat?"
"Hei, aku tumbuk dia sebab kau tahu? Kau sepatutnya kena hargai apa yang aku buat pada bekas suami kau tu, bukannya mengejek aku."
"Ooo... kena hargai. Macam ni ek?"
Dia menekan kapas itu ke bahagian luka, lantas Shark menjerit kuat menahan pedih. Suraya tertawa kecil.
"Aduh... kau ni. Sakit betul kau tahu tak? Kau ingat aku main-main ke?"
"eleh, kata Mafia. Dulu bukan main lagi gertak orang sana sini, luka sikit pun nak mengaduh. Tadi pun dah nangis macam orang gila. Buat malu persatuan ikan jerung sedunia aje... "
Sindir Suraya, sengaja dia menyakat lelaki itu."Eh, melebih dah ni... tadi tu aku berlakon aje sebenarnya. Saja aku nak uji kau, nak tengok kau sayang aku ke tak?"
"yelah tu... dah menangis tu menangis aje lah."
"aku takkan bazirkan air mata aku pada benda remeh macam ni lah. Setakat kau nak berbalik pada suami lama kau aku tak kisah pun, cuma... kau kena belasah dululah sebelum tu." ujar Shark dan ketawa sendiri.
Suraya menggeleng kepala. Entah apalah yang Shark ini merepek. Tadi bukan main lagi romantik dengan aku, tiba-tiba pula mood jerung dia datang balik. Lelaki ni memang betul-betul egolah! Tapi tak mengapa, asalkan dia dah berterus terang yang dia sayang aku pun dah memadai.
Kau ada? Tak ada kan...
Ish, ish, ish kesian.
YOU ARE READING
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]
RomancePemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR...