40

128K 9.2K 3.4K
                                    

SEKILAS dia menunduk memandang jam tangan yang sudah menandakan pukul 8 malam. Anak matanya melilau ke sekeliling kawasan ruang tamu mencari kelibat Suraya yang tidak muncul. Ayahanda yang duduk disofa menjadi sasarannya. Lantas dia mengatur langkah ke situ.

"Ayahanda. Suraya mana?" soal Shark. Ayahanda sedikit tersentak. Ralit dia menonton rancangan di televisyen sehingga tidak perasan pula Shark sudah pulang.

"Ha, Shark... kamu pergi mana tinggal Suraya sorang-sorang dalam rumah? Kesian dia, daripada tadi lagi dia tunggu kamu."

"Shark ada kerja sikit tadi, ayahanda. Ingatkan nak balik awal tapi... singgah kedai kejap beli barang." ujar Shark.

Ayahanda mengerut kening. Bungkusan plastik ditangan Shark dipandangnya. "kamu beli apa?"

"Errr... tak ada apa-apa. Buku cerita aje. Shark memang selalu baca buku cerita dekat Suraya sebelum tidur, kalau tak nanti dia meracau."

"Buku cerita? Boleh ayahanda tengok?"

"Eh, nanti-nanti sahajalah ayahanda. Shark nak naik atas dulu. Kesian pula dekat Suraya kena tinggal tadi." pinta Shark, segera dia mengubah topik perbualan. Tangan ayahanda diciumnya terlebih dahulu sebelum dia mengatur langkah menuju ke tingkat dua.

Pintu bilik ditolaknya perlahan, senyuman nipis dicariknya saat melihat Suraya sedang duduk bersila diatas katil. Pintu bilik kembali ditutup rapat. Dia meletakkan plastik itu keatas meja, sebelum berjalan menuju ke arah Suraya.

"Suraya... "

"Heh!" degus Suraya, merajuk. Dia terus berpaling ke lain, sambil kedua belah tangannya memeluk tubuh. Bibir dimuncungkan kehadapan. Shark tertawa kecil. Ruang kosong disebelah gadis itu menjadi tempat dia melabuh punggung.

"kau kenapa ni? Merajuk ke?" Soal Shark, lengan Suraya ditarik memusing menghadapnya, malah Suraya sudah menepis kasar.

"Awak pergi mana, huh? Tadi awak kata nak keluar sekejap aje, ini sampai lewat malam kenapa? Mesti awak pergi dating senyap-senyap dengan Rayden kan?!" bentak Suraya.

Terlopong mulut Shark mendengarnya. Agak-agaklah aku nak keluar dengan mamat tu!

"kau gila ke? Rayden tu lelaki kot? Aku pun gelilah dengan dia!"

"manalah saya tahu perasaan awak terhadap dia macam mana? Entah-entah mulut kata benci, tapi dalam hati suka." sinis Suraya.

"kau ni kalau dah dinamakan merajuk main caaaakap sahaja apa yang kau nak cakap, kan? Aku pergi jumpa Kazam dengan Azimlah tadi. Selepas itu aku singgah kedai kejap beli barang, sebab tu lama."

"beli barang apa sampai lama macam tu? Awak bukan perempuan nak shopping sana, shopping sini!"

"kau tak faham... Aku lelaki. Lelaki kalau nak beli barang dia akan belek barang tu betul-betul untuk pastikan barang tu berkualiti." ujar Shark.

Ceh!

Padahal aku tak tahu rupa iqra tu macam mana? Sebab itulah lama. Hampir satu kedai juga aku pusing cari buku tu, nak tanya orang tapi malu pula.

"Betul?"

"betullah, buat apa aku nak tipu kau? Kalau dapat jadi jerung lagi sekali tak apalah juga... " desisnya perlahan diakhir ayat. Suraya mengerut kening. Kurang jelas mendengarnya.

"apa dia?"

"tak ada apa-apa. By the way, su... kau dah mandi?" soal Shark, cepat-cepat dia mengubah topik kepada yang lain. Suraya menjeling.

"belum." balasnya ringkas. Shark tersenyum bermakna. Dia mendekatkan sedikit jaraknya dengan Suraya untuk berbisik.

"jom shower. Nak?" ajak Shark.

Suraya mendengus kasar. "awak ni saya tengah merajuk pun awak sempat lagi nak ajak saya mandi kan? Awak ingat saya ada mood ke? Buku tips awak tu tak ajar ke kalau isteri merajuk kena buat apa? Ish, bencilah jadi isteri awak ni! Dah jom!" herdik Suraya, lantas dia melompat turun daripada katil mencapai kain tuala yang berada tidak jauh daripada situ.

Shark mengerut pelik. Tergaru kepalanya melayan karenah Suraya. Kejap kata nak, kejap kata tak nak? Memang perangai perempuan macam ini, atau isteri aku seorang sahaja?

"haih, tadi marah bukan main lagi, kata tak ada moodlah, apa lah... tapi nak juga? Tak apalah, Shark. Perempuan macam itu juga yang kau suka sekarang ni. Lagi dia sewel, lagi kau suka kan?" ujar Shark, bermonolog sendirian.




MATAHARI sudah terpacak diatas langit. Dua cawan air teh diletakkan diatas meja. Senyuman lebar dicarik Hairul saat dia melihat Suraya.

"Ehem! Ehem!" Shark berdehem. Lidi yang dipegangnya diketuk beberapa kali diatas meja. Cepat-cepat Hairul mengalihkan pandangannya kearah Shark dengan menayang gigi putihnya. Malah Shark tetap dengan wajah tegang.

"jemputlah minum nanti. Saya nak ke dapur sekejap." pelawa Suraya, sebelum dia mengatur langkah keluar daripada bilik itu. Pintu bilik ditutup rapat. Kazam dan Azim pula sedia berdiri ditepi pintu, memastikan tiada siapa yang menganggu sesi pembelajaran iqra mereka.

Setelah kelibat Suraya menghilang, dia mengeluarkan semula buku iqra yang disoroknya tadi dibawah meja, lalu diletakkan diaras rehan.

"tuan, kenapa kita tak baca dekat ruang tamu aje ek?" soalnya, sekadar ingin tahu.

"aku perlukan privasi. Aku tak suka orang tahu apa yang aku buat." balas Shark dengan nada serius. Hairul mengangguk faham.

"Kalau macam tu... saya dah ajar tuan tadi. Boleh tuan bacakan semula? Saya nak dengar."

"heh, senang sangat apa yang kau ajar aku ni. Sekali aje aku dah boleh ingat." ucapnya dengan bangga.

"kalau macam tu, tuan bacalah tanpa saya bantu." cabar Hairul. Shark tersenyum menyenget.

Hujung lidi itu ditunjukkan pada kalimah bismillah. Shark berdehem terlebih dahulu membetulkan anak tekaknya.

"bismillahirahmanirahim..."

"alhamdulillah, betul. Teruskan dengan huruf yang pertama."

Shark mengangguk. Dia mengalihkan lidi itu kearah huruf alif.

"alif... "

"ya."

"alif... "

"ya!"

"apa masalah kau ni? Aku kata alif kan?!" Shark mula meninggikan suara.

"betullah! Saya tak kata pun tuan salah. Teruskan aje lah." herdik Hairul.

Shark menjeling. Dia kembali menunduk memandang huruf-huruf jawi dihadapan.

"ba..."

"haa... betul."

"ba!"

"haa... betullah!"

"kau ni memang nak kena dengan aku kan?!" Shark mula bengang. Kolar baju Hairul terus dicengkamnya kasar.

"eh, kenapa pula ni tuan? Apa salah saya?"

"kau yang ajar aku tadi kan? Lepas Alif, ba! bukan ya! Lepastu bila aku cakap ba, kau cakap ha. Kau ingat aku ni lembab sangat ke tak reti beza mana ha mana ba?"

"tu... tuan salah faham ni."

"Apa salah faham, huh? Kau sengaja mengejek aku kan?"

"sumpah tak, tuan! Argh!"

Baru sahaja Shark ingin melepaskan tumbukan pada wajah orang tua itu, cepat-cepat dia mengeluarkan gambar Suraya daripada kocek seluarnya lalu ditayang pada lelaki itu. Sekelip mata tindakan Shark itu terhenti.

Entah mengapa tiba-tiba sahaja niatnya tadi terbatal selepas melihat wajah gadis itu. Perlahan-lahan kolar orang tua itu dilepaskan. Hairul tersenyum menang.

"nasib baik kau tayang gambar Suraya, kalau kau tayang gambar sajat tadi dah lama aku tumbuk muka kau! Cepatlah, sambung!" bentak Shark, geram.

Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Where stories live. Discover now