9

130K 8.6K 1.9K
                                    

"Bye, Suraya!" jerit Shark sambil dia melambai tangan kearah Suraya yang masuk kedalam perut kereta. Tersenyum puas Shark apabila gadis itu tidak akan muncul dalam hidupnya lagi. Mujur Rayden ambil, kalau tidak... habislah hidup aku.

Azim dan Kazam mencebik bibir memandang Shark. "Kenapa bos lepaskan dia awal sangat? Kita orang tak sempat merasa lagi tahu?" rengek Azim. Kazam mengangguk kepala tanda setuju.

"Banyak kau punya rasa! aku yang terseksa kau orang tak ambil kisah pula?"

"Alaa... Bos tak apalah sekali petik jari perempuan datang. Kami ni kalau petik jari keluar api aje." rungut Kazam pula.

Shark tersenyum sinis sambil dia menggeleng kepala memandang Kazam dan Azim. Ada sahaja benda nak merengek!

"Yela, nanti aku carikan perempuan untuk kau orang berdua. Lagipun perempuan tu bukannya betul sangat. Otak sewel!"

"Kita orang tengok okay sahaja, bos. Apa yang sewelnya?"

"Kau orang semua benda nampak okay. Perangai pun dua kali lima sahaja dengan minah tak betul tu! Sudahlah, aku nak balik. Ada banyak kerja lagi aku nak kena buat. Malam ni ayahanda balik. Kau orang jangan buat hal pula." pesan Shark.

Mereka mengangguk serentak. Ayahanda memang pantang kalau nampak sesuatu yang dia tak suka. Tiada bincang, tiada apa terus pancung kepala sahaja jawapannya! Sebelum apa-apa jadi, baik aku pesan siap-siap.

"hati-hati, bos!" ucap Kazam, Shark hanya membalasnya dengan menganggukkan kepala sebelum dia melangkah masuk ke dalam perut kereta.







"so this is my house!"

Ucap Rayden, setelah tiba dihadapan rumah banglo mewah miliknya. Terlompong mulut Suraya, kagum melihat rumah yang bertingkat-tingkat dihadapannya sekarang. Sekilas dia menoleh kearah lori yang berada disebelah kanan mereka.

Beberapa tong minyak yang tersusun diatas lori itu dipandangnya lama. Ada apa dalam tong itu?

"Awak kerja apa?" Soal Suraya, tiba-tiba sahaja dia terdetik untuk bertanya.

"Just buat bisness kecil-kecilan sahaja. Jom lah masuk dalam rumah. Ada banyak benda aku nak tunjuk dekat kau." ajak Rayden.

Suraya mengangguk, lantas seat-belt dibukanya sebelum dia melangkah keluar daripada kereta. Begitu juga Rayden. Terkejut Suraya apabila tangannya tiba-tiba ditarik Rayden, pantas dia menepis kasar. Rayden terkedu sejenak.

"why?"

"apa pegang-pegang ni haramlah! Report dekat Shark nanti baru tahu!" ugut Suraya. Rayden terdiam buat beberapa detik dan ketawa.

"kau nak report dekat Shark?"

"Yela, dia tak lama lagi nak jadi suami saya! Mestilah dia caring pasal saya." ujar Suraya. Rayden ketawa lagi sambil kepala digelengnya memandang Suraya. Betul-betul bodoh perempuan ni!

"Shark takkan caring lagi pasal kau sebab dia dah serahkan kau dekat aku. So... untuk buat kau faham, kau sekarang dah jadi milik aku dan aku boleh buat apa-apa sahaja dekat kau. Faham?"

"Tapi tadi awak cakap nak jaga saya aje, awak tak cakap nak jadi suami saya."

"Memanglah aku tak cakap yang aku nak jadi suami kau, sebab itu bukan niat aku."

"kalau awak tak niat kenapa awak ambil saya?"

"Sebab kau ni berguna untuk aku."

"Berguna untuk apa?"

"berguna untuk bisness aku."

"bisness apa?"

"Bisness jual... Eh, kau ni banyak tanya kan? Boleh tak kita masuk aje dalam rumah?"

Suraya menggeleng. "tak boleh, sebab tak ada Shark."

"Apasal nak kena bawa Shark pula? Kau tak dengar ke apa aku cakap tadi? Shark dah serahkan kau dekat aku!"

"tapi saya tak serahkan diri saya dekat awak!"

"masalahnya dia dah bagi kau dekat aku! Kau boleh tak faham, perempuan?!"

"Perempuan tu saya fahamlah, tapi masalahnya apa masalah awak sekarang ni?"

"Erghh!!" Rayden merengus, geram. Kedua belah tangannya dikepal-kepal kuat, menahan sabar. Patutlah Shark senang-senang sahaja lepaskan perempuan ini ke tangan aku.

Suraya pula mengerut kening. Apa aku buat sampai mamat ni nak naik angin?

"Awak kenapa?" Soal Suraya, pelik.

"Kau masuk rumah aku sekarang." arahnya tegas, sambil dia menunding jari kearah pintu utama yang terbuka luas.

Suraya mengeluh kecil. Agaknya dia tak faham lagi kot apa yang aku cakapkan tadi. "Saya dah cakapkan yang saya takkan masuk kalau tak ada Shark. Nanti dia marah saya macam mana?"

"dia takkan marah kau lah syaitan sebab dia dah serahkan kau dekat aku! Berapa kali aku nak kena ulang, huh?!"

"Saya pun berapa kali nak kena ulang dekat awak yang saya tak nak masuk kalau tak ada Shark!"

"Eh, kau masuk aje boleh tak? Tak payah susah payah fikir pasal Shark!"

"mana ada susah, senang aje lah nak fikir pasal dia. Saya cuma risau kalau dia jeles aje. Saya kena jaga hati bakal suami saya."

"Masalahnya Shark bukan suami kau atau bakal suami, atau tunang sekalipun!"

"Kalau bukan semua tu...ermmm... " Suraya mengetuk dagunya, memikirkan gelaran apa yang Rayden belum sebutkan. Suami dia dah sebut, tunang pun sudah, bakal suami pun sudah... apa lagi ek?

Aha!

"Dia boyfriend saya!"

Rayden menepuk dahinya. Kenapalah perempuan ni lurus bendul sangat? Siapalah yang lahirkan kau ni?

"kau sakit apa sebenarnya ni huh perempuan? Orang lain pun lurus bendul juga tapi tak adalah selurus kau!"

"Saya ada anuptaphobia. Shark tak bagi tahu ke?"

"memanglah shark tak bagitahu sebab dia pun tak larat nak tahu perangai kau yang tak seberapa ni!"

"Tapi masalahnya dia dah tahu. Saya dah bagitahu dia semalam. Takkan dia lupa kot? Hmm.. "

"Argh! Ikut suka hati kau lah! Aku nak masuk rumah. Lantak kau lah nak tercegat dekat sini sampai esok!" bentak Rayden tidak puas hati, lantas dia melangkah menuju kearah pintu utama. Terhinjut bahu Suraya mendengar hempasan pintu yang kuat daripada Rayden.

"Marah sangat nampaknya. Tapi apa aku buat sampai dia marah? Aku tak buat apa-apa pun." rungut Suraya. Dia mencebik bibir. Sekilas dia mendongak keatas memandang langit yang hampir gelap.

Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Where stories live. Discover now