"KAULAH ni kata sesenang kupas kulit bawanglah! Kulit ikanlah! Sekarang ni bawang pun tak nampak, macam mana nak kupas? Dah hampir setengah jam kita tunggu sini tapi tak ada seorang pun yang mengaku ustaz!" bebel Kazam.
Dia merengus geram. Anak tangga dihadapan surau itu menjadi tempat dia melabuh punggung. Kedua belah lutut dipeluknya erat, lalu dia menongkatkan dagu disitu.
"Alah, kau ni Zam... sabarlah. Aku rasa lagi lima minit mesti ada ustaz muncul dekat sini punya."
"ceh! Asyik lima minit, lima minit, lika minit! Kalau ada orang sedekah makanan boleh jugalah aku tunggu. Aku lapar tahu tak lapar?"
"Ish, kau sabar sajalah. Kejap lagi kita Pergilah makan. Apa salahnya kalau kau tahan perut kau tu demi bos?" herdik Azim.
Kazam mengeluh kecil. Entah sampai bilalah mereka harus menunggu ustaz muncul. Sesekali dia menunduk ke bawah memandang perutnya yang mula berkeroncong.
Lapar gila sudah ni!
"Aduh, mana ustaz ni? Lambat betul nak muncul." rungut Azim. Sekilas dia menunduk memandang jam rolex yang mengelilingi pergelangan tangannya.
"assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh ya sahabat berdua." sapa seseorang memberi salam. Serentak Azim dan Kazam mendongak memandang lelaki tua yang berpakaian jubah berdiri dihadapan mereka.
Pantas Kazam kembali berdiri disebelah Azim. Mereka tersengih menayang gigi putih masing-masing. Pasti orang tua ini ustaz! Daripada gayanya sahaja aku sudah boleh teka.
"Wa...waalaikumsalam, pak cik. Errr.. Pai cik ustaz ek?" Kazam cuba untuk meneka. Orang tua itu tersenyum lebar dan mengangguk kepala.
"Ya saya ustaz yang selalu bagi ceramah dekat surau ni. Kamu berdua ni siapa? Tak pernah pula saya nampak sebelum ni?"
"Yes! Akhirnya. By the way, ustaz... nama saya Kazam. Ini adik saya Azim. Kita orang datang sini memang nak cari ustaz." ujar Kazam, serta memperkenalkan diri kepada orang tua itu.
"Oh, Kazam dan Azim. Nama pak cik Hairul Izzudin Umar, orang dekat sini panggil pak cik, Ustaz Hiu."
"Ustaz Hiu?!" Serentak mereka terkejut. Kazam dan Azim saling berpandangan. Ustaz Hiu mengerut kening.
"kenapa? Ada apa-apa tak kena ke dengan nama saya?"
"eh, tak. Bukan macam itu ustaz. Nama ustaz sedap sangat. Kita orang cuma terkejut sedikit, tak sangka dalam dunia ni banyak orang nama ik..." tak sempat Azim ingin menghabiskan ayatnya Kazam sudah menekup mulutnya menggunakan tangan kiri.
"Nama apa?"
"Tak ada apa-apa ustaz. Adik saya ni memang suka merepek sikit. Sebenarnya, kita orang cari ustaz ni sebab nak suruh ustaz jadi guru untuk bos kami." ujar Kazam memberitahu hal sebenarnya.
"Bos? Siapa bos kamu?"
"Shark." balasnya ringkas. Ustaz Hiu terdiam sejenak. Matanya membulat terkejut mendengar nama itu. Tak silap aku, aku pernah berhutang dengan orang itu!
Alamak!
Mati aku kalau macam ni!
"Ustaz? Ustaz okay ke tidak ni?" Soal Kazam, setelah melihat orang tua itu lama mendiamkan diri.
"Err... sa... saya rasa kurang sihatlah hari ni. Saya balik dululah ya." bohongnya. Dia terus mengatur langkah pergi daripada situ. Dia terus membuka langkah seribu saat keluar daripada pagar surau. Azim dan Kazam saling berpandangan pelik.
YOU ARE READING
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]
RomancePemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR...