BERCUCURAN air mata Suraya keluar daripada matanya melihat mayat Puan Siti yang terbujur dihadapan dalam keadaan yang terseksa. Dia tidak sanggup untuk menatap wajah ibunya yang kini terhakis dengan simbahan asid.
Haidin ketawa puas. Dia mencampakkan baldi itu ke tepi dan berjalan menghampiri Suraya. Botol besar asid yang berada berdekatan dengannya dicapai. Dia duduk melutut dihadapan wanita itu, sambil sebelah tangannya membuka penutup botol.
"Suraya... Suraya... aku takkan buat semua ni kalau bukan kau yang mulakan dulu, Su. Aku tak nak pun bunuh sesiapa tapi kau... "
"Ini bukan salah saya Haidin! Awak yang tak faham! Saya tak pernah pun berjanji dengan awak yang saya akan kawin dengan awak, saya cuma berjanji yang saya akan gelarkan awak abang. Kalau diri awak tu dah gila, tiada apa pun yang boleh ubahkan diri awak menjadi normal melainkan diri awak sendiri!"
"Kau diamlah!" jerkah Haidin. Sepasang matanya merenung tajam kearah Suraya. Dia meletakkan botol itu ke tepi, lalu mencekik leher Suraya. Dia memang pantang jika ada wanita yang meninggikan suara padanya. Tersekat-sekat nafas Suraya cuba untuk mencari nafasnya yang tersekat.
"Hai... Haidin..."
"Kau punca aku jadi macam ni. Kau yang buat aku jatuh cinta dengan kau! Aku sanggup berubah demi kau, tapi kenapa kau pilih mamat tu daripada aku?! Apa kurangnya aku, Suraya? Apa kurangnya?! Kau nak kata aku gila? Ya, memang aku gila! Aku gila sebab keluarga aku habis mati ditangan suami kau. Gara-gara dia... Aku kena sumbat dalam hospital bahagia tu sedangkan dia yang sebenarnya gila daripada aku!"
"Bukan itu sahaja... malah apa yang aku ada pasti dia akan rampas. Termasuk kau Suraya! Aku cuba untuk jauhkan kau daripada dia, tapi kenapa kau tak cuba untuk jauhkan diri kau daripada dia demi aku?! Kenapa? Erghh!"
BUK!
Tumbukan kuat hinggap ke pipi Suraya. Dia melepaskan leher wanita itu serta merta dan meraut wajah. Entah mengapa jiwanya tidak tenteram kali ini. Dia tidak boleh duduk diam. Ke kiri ke kanan dia berjalan sambil jari-jemarinya memicit kepala.
Fikirannya semakin kusut. Kedua belah tangannya mencengkam rambut. Dia harus melakukan sesuatu agar jiwanya kembali tenang. Anak matanya melilau mencari sesuatu. Pisau rembo yang berada diatas meja menjadi sasarannya.
"Aku nak kelar leher kau... " gumam Haidin, geram. Dia mencapai pisau rembo itu lantas rambut Suraya dicengkamnya hingga terdongak memandang atas. Suraya mula tidak keruan. Tubuhnya digerak-gerakkan cuba untuk melonggarkan ikatan tali, namun gagal.
Dia dapat merasakan ketajaman pisau rembo itu apabila diletakkan pada lehernya.
"Aku nak kau mati hari ni juga, Su. Aku dah tak tahan lagi dengan perempuan macam kau! Kau suka mainkan perasaan aku sama seperti suami kau! Selepas ni... aku akan pastikan Shark mati ditangan aku. Anak dalam kandungan kau ini aku akan siat-siat dan bagi anjing aku makan!"
"Haidin jangan buat macam ni... lepaskan saya... "
Haidin menggeleng.
"Kematian kau adalah kebahagiaan bagi aku." sinis Haidin. Dia tersenyum sinis. Hujung pisau rembo itu digenggamnya kemas, bersiap sedia untuk mengelar leher Suraya dengan perlahan-lahan. Dia pasti wanita otu akan menjerit sekuat-kuatnya dan itulah yang dia mahukan.
"Bos!" jerit Rafael. Dia pantas menolak pintu bilik itu. Perbuatan Haidin sekelip mata terhenti. Dia berpaling memandang Rafael yang tercungap-cungap kepenatan.
"Shark datang serang tempat kita bos!"
"Shark? Macam mana dia boleh tahu tempat ni?! Mana budak-budak yang aku arahkan untuk jaga depan bangunan?"
"Mereka semua dah mati bos. Budak-budak kita yang lain tengah halang diaorang daripada masuk ke sini." ujar Rafael.
Haidin merengus geram. Dia menjatuhkan pisau rembo itu daripada leher Suraya. Dahinya berlapis-lapis memikirkan cara untuk merangkap mereka. Tak sampai beberapa minit, muncul satu idea gila difikirannya. Dia kembali memandang Rafael.
"Biar dia orang masuk, tugas kau cuma pasang bom sahaja dalam bangunan ni."
SATU demi satu serangan datang menyapa Shark. Namun Shark lebih pantas mengelak. Dia lebih fokus menyasar pada bahagian lutut dan perut musuh kerana disitulah bahagian yang paling sensitif. Agak mustahil dia untuk mengalahkan lima orang dalam satu masa. Akan tetapi demi Suraya, dia sanggup melakukan apa sahaja.Rayden juga kelihatan sibuk menumpaskan pihak musuh yang menyerangnya daripada sebelah kanan. Tak sempat sesaat pun dia ingin menekan pemicu pistol dia telah ditendang jatuh ke tanah. Dia pantas bangun daripada situ sebelum dipijak oleh lelaki berbadan sasa. Tercungap-cungap nafas Rayden dibuatnya. Satu persatu wajah musuh yang mengelilingi dia ditengah diperhatikan.
"ha ha ha geli! Cukup! Cukup!" jerit lelaki itu dalam keadaan gelak tawa terbahak-bahak. Geli apabila bahagian pinggang dan kakinya digeletek oleh Kazam dan Azim. Serentak perbuatan itu mengalihkan perhatian mereka semua ke arah mereka. Pergaduhan tadi berhenti buat beberapa minit.
"Ha, rasakan! Rasakan!"
"Kuat lagi, Zim!"
"Sudahlah! Geli! Hahahah, aku nak terkencing!"
Shark mengeluh berat. Anak mata dijulingkan keatas. Menyesal betul aku bawa dua ekor nemo ni. Dalam kesempatan itu, dia mengambil peluang untuk menyerang kuncu-kuncu Haidin yang masih leka menonton aksi geletek tadi. Pistol yang berada diatas tanah dicapainya, lantas dilepaskan satu persatu kearah mereka.
Semuanya rebah ke tanah dengan serentak. Rayden juga agak sedikit terkejut mendengar bunyi tembakan yang dilepaskan secara tiba-tiba. Dia terus berpaling ke belakang memandang Shark.
Shark tersenyum menang. "Musuh luar dah setel. Aku pasti Suraya ada didalam."
"Memang dia ada dekat dalam Pun." Haidin mencelah. Satu persatu langkah diatur keluar daripada bangunan itu. Shark tersentak.
Dia memberhentikan langkah ditengah-tengah kawasan. Mayat-mayat yang berada diatas tanah diperhatikan. Haidin tersenyum menyenget. "Baguslah kau dah bunuh semua kuncu-kuncu aku. Mereka pun tiada guna hidup dibumi ni."
"Mana isteri aku?!" soal Shark dingin, dia menghalakan pistol itu kearah Haidin. Hadin tertawa kecil.
"Isteri kau dah mati... "
"Kau takkan sanggup buat semua tu. Aku tahu dia masih hidup. Serahkan Suraya pada aku semula kalau tidak..."
"Kau nak bunuh aku?" Haidin terlebih dahulu memotong. Dia mengjongketkan sebelah keningnya keatas. Shark terdiam tanpa sepatah kata. Memang itu pun yang bakal menimpa Haidin tak lama lagi. Dia takkan sesekali membiarkan lelaki berjiwa syaitan seperti Haidin hidup dimuka bumi ini.
"Aku rasa kau takkan bunuh aku, sebab sekarang... aku yang akan bunuh kau."
PAP!
Ibu jari dipetiknya kasar menandakan satu arahan. Lantas simbahan air asid dicampakkan kearah mereka daripada tingkat satu. Shark tersentak. Dia pantas melompat ke tepi. Rayden yang berdiri disitu tidak sempat mengelak. Baru sahaja dia ingin melompat ke tepi, bahagia betisnya sudah terkena asid."Arghhh!" Rayden menjerit keras. Dia memegang bahagian betisnya yang mula terhakis.
"Rayden! Kurang ajar kau!" pemicu pistol ditekannya berkali-kali. Namun malang sekali, semua puluru habis dilepaskan kearah kuncu-kuncu Haidin. Shark merengus geram. Dia mencampakkan pistol itu ke tanah.
Haidin tersenyum sinis. "Kalau betul nama kau Shark, apa kata kau lawan aku?"
"Aku datang sini bukan untuk berlawan. Aku datang untuk isteri aku, mana Suraya?!"
"I see... So sweet but not too sweet. It's digusting to me. Bangunan ni akan meletop dalam masa 10 minit dan caranya adalah kau harus lepasi aku dulu. Kalau tidak... Suraya bakal Pom! Berkecai. Bukan dia sahaja, malah Kawan-kawan kau pun aku akan jadikan mereka mayat. Kecuali kalau kau seorang yang pengecut."
Shark mengetap bibir geram. Kedua belah tangannya dikepal-kepal kuat. Dia betul-betul dah cabar aku!
"fine, lai!"
YOU ARE READING
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]
RomancePemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR...