TERCUNGAP-CUNGAP Suraya mengambil nafas kepenatan. Kedua belah tangannya memegang lutut. Tekaknya pula terasa kering, dahagakan air. Terik matahari membuatkan cecair peluh mula mengalir keluar.
Suraya menoleh ke arah kiri dan kanan, memastikan kelibat lelaki jerung itu tiada dikawasan itu. Masjid yang berada beberapa meter daripadanya, menjadi sasaran Suraya. Cepat-cepat dia berlari kearah masjid itu sebelum ada orang lain yang mengekorinya dari belakang.
Anak tangga dihadapan masjid menjadi tempat dia melabuh punggung. Dia menghembus nafas kecil. Wajahnya disembam pada kedua belah tapak tangannya. Tak sangka berjaya juga aku keluar daripada rumah itu!
"Ya Allah... betul ke apa aku buat ni? Kalau dia cari aku nanti macam mana? Aduh... " keluh Suraya. Kepalanya yang tidak gatal digaru beberapa kali. Harap-harap mamat tu tak jumpa aku dekat sini.
"Cik Suraya?" sapa seseorang, menyentakkan Suraya. Dia mendongak kepala memandang kearah Dahlia yang berdiri dihadapannya. Suraya mengerut kening.
"awak siapa? Macam mana awak tahu nama saya?" Soal Suraya, sekadar ingin tahu. Dia tersenyum nipis.
"Saya Dahlia. Doktor yang rawat awak waktu awak pengsan malam semalam. Encik Shahrin mana?" soalnya diakhir ayat. Suraya terdiam tanpa sebarang jawapan.
Angguk tidak, geleng pun tidak. Malah dia hanya menunduk kepala ke bawah, memandang kasut selipar yang tersusun diatas tangga. Soalan Dahlia tadi diabaikan sahaja.
"Cik Suraya dah sihat?" Dia segara mengubaj topik kepada kesihatan wanita itu. Baru sahaja dia hendak menyentuh lengan Suraya, Suraya sudah bergenjak ke tepi. Dahlia terkedu sejenak.
Keningnya bertaut pelik memandang Suraya. Dah kenapa dengan perempuan ni?
"Cik Suraya? Are you okay?"
"Dia ke yang hantar awak datang sini?" soalan dibalas soalan.
"Dia? Siapa dia?"
"Suami saya. Shahrin." ujar Suraya.
Dahlia menggeleng perlahan.
"tak adalah. Saya datang sini nak tunaikan solat asar. Kenapa? Cik Suraya dengan suami bergaduh ke?" tanya Dahlia.
Suraya terdiam sekali lagi. Senyuman kelat dicarik Dahlia, sebelum dia melangkah beberapa tapak mendekati Suraya. Ruang kosong disebelah kanan wanita itu menjadi tempat dia melabuh punggung.
"saya tahu saya tak berhak masuk campur. Tapi kalau Cik Suraya tak keberatan, Cik Suraya boleh cerita dekat saya."
"tak guna kalau saya luahkan dekat awak sekalipun, Cik Dahlia. Saya pun tak tahu macam mana saya boleh jadi bodoh macam itu sekali." ujar Suraya, kesal. Bibir digigitnya menahan rasa sebak didada.
"Saya tak nampak apa-apa kekurangan pun pada suami Cik Suraya. Walaupun baru semalam saya berjumpa dengan dia, tapi saya lihat dia seorang suami yang baik."
"Baik dimata awak, tapi bukan dimata Saya. Kalau awak ditempat saya, awak akan rasa apa yang saya rasa."
"maksud Cik Suraya?" soalnya, masih lagi tidak dapat untuk menangkapnya.
"Maksud saya... "
"Allahu akhbar Allah, Huakhbar..." Azan asar mula mencelah. Kata-kata Suraya spontan terhenti disitu. Air mata yang masih berlinangan dibawah kelopak mata dikesat menggunakan belakang tangan.
"Sudahlah, tak penting pun untuk awak tahu. Ini hal rumahtangga saya, tahulah saya nak selesaikan macam mana nanti. Saya minta diri dulu." pinta Suraya, lantas dia bangun melangkah masuk ke dalam masjid meninggalkan Dahlia keseorangan ditangga.
HARI berganti malam, sebungkus nasi tomato diserahkan pada Suraya. Beberapa minit tadi baru sahaja mereka mengadakan ceramah. Nasi yang berlebihan disedekahkan pada Suraya. Dapat jugalah dia mengisi perutnya yang kosong, yang masih lagi belum diisi sejak pagi tadi.
"terima kasih, ya mak cik." ucap Suraya. Perempuan tua itu mengangguk tanda sama-sama sebelum dia mengatur langkah pergi daripada situ.
Suasana disekelilingnya kembali sepi selepas semua orang pulang ke rumah masing-masing. Wakaf yang tidak jauh daripada situ menjadi sasarannya untuk dia menjamu selera. Lantas dia melabuh punggung diatas kerusi batu, bungkusan nasi tomato dibukanya.
Tertelan air liur Suraya, menghidu bau yang menyelerakkan tekaknya itu. Tanpa menunggu masa, dia terus menadah tangan membaca doa makan sebelum menjamahnya.
"Suraya," sapa suara garau itu. Suraya tergamam sejenak. Perlahan-lahan dia memusing memandang ke arah figura lelaki yang berdiri beberapa meter darinya.
"Hai... Haidin?" Suraya meneka. Lelaki itu tersenyum lebar mendengarnya. Tak sangka wanita itu masih lagi tidak melupakan dirinya setelah sekian lama tidak berjumpa.
"Kenapa kau duduk dekat sini? Seorang-seorang pula tu? Kau lari ek?" soal Haidin, dalam masa yang sama dia meneka dengan tepat. Pantas Suraya menggeleng kepala, menafikannya. Aku tak naklah mamat ni syak sesuatu!
"tak... tak adalah. Mana ada saya lari. Awak buat apa dekat sini?"
"salah ke aku datang tempat macam ni? Ke... kau tak suka jumpa aku lagi? Hmm?"
"eh, ma... mana ada. Saya tak cakap pun macam tu. Saya cuma... terkejut. Tiba-tiba aje awak ada dekat sini." ujar Suraya, dengan nada getar.
Haidin tersenyum sinis. Dia melangkah beberapa tapak menghampiri wanita itu. Tubuh Suraya mula menggigil ketakutan. Ruang disebelah wanita itu menjadi tempat dia melabuh punggung. Suraya bergenjak sedikit ke tepi, menjarakkan sedikit jaraknya dengan lelaki itu.
"mana kau pergi pun aku tetap boleh cari jejak kau, Su. Aku rindu kau. Aku rindu nak rasa belai kasih sayang kau macam dulu."
"Haidin... "
"Kau pun tahu. Aku seorang yang pegang erat pada janji. Lebih-lebih lagi dengan kau. Aku sekarang dah tak pukul orang, bunuh pun tak. Itu yang kau nak, kan?"
Suraya mengangguk perlahan. Terpaksa mengiyakan kata-kata lelaki itu. Haidin tersenyum lebar mendengarnya. Kepala Suraya yang berlapikkan tudung diusapnya lembut. Pantas Suraya menepis, lalu bangun daripada kerusi itu.
"Jangan sentuh sayalah, Haidin!" Suara Suraya sedikit meninggi. Dia tergamam sejenak saat melihat anak mata lelaki itu menunjukkan api kemarahan. Jelas menunjukkan satu amaran buat Suraya. Air liur yang terasa keras dikerongkong, ditelannya.
"Ma... maaf. Saya nak ke tandas sekejap." pinta Suraya, gagap. Dia mengundur beberapa tapak ke belakang ingin beredar daripada situ. Tanpa sengaja, tubuh seseorang dilanggarnya. Cepat-cepat Suraya memusing ke belakang memandang Shark yang berdiri disitu.
Suraya terkedu. Terbeliak biji matanya memandang lelaki itu. Tegang sahaja wajah Shark kali ini memandang Suraya.
"puas dating?"
Jeng! Jeng! Jeng! Pemenang bagi teka teki tadi banyak, tapi saya pilih seorang sahaja yang awal iaitu......
@emelynn04
Nanti Dm saya ya. Kalau tak Dm dalam 24 jam. Saya berikan topup ini kepada yang lain.😱❤
YOU ARE READING
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]
RomancePemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR...