52

119K 8.2K 1.4K
                                    

AIR minuman Syaitan dilagakan serentak, sebelum diteguk mereka laju. Terasa lega apabila dapat menelan air itu setelah ke sekian kalinya. Dua orang lelaki yang duduk dihadapan Rayden ketawa besar.

"wa tak sangka betul lu sanggup jadi perempuan semata-mata nak pikat hati si Shark. Lu ni memang betul-betul berani matilah, Ray." ujar Shoun, sedikit pelat cina.

"itulah, aku rasa banyak aje cara lain kau nak pujuk si Shark tu. Tapi kenapa jalan ni yang kau pilih? Kau tak takut ke kalau mamat tu belasah kau nanti?" Ejim pula mencelah.

Malah Rayden hanya tersenyum sinis. Gelas kaca itu diletakkan semula diatas meja, sebelum tangannya beralih memeluk bahu wanita yang duduk disampingnya.

"Nak buat macam mana? Dah itu aje idea yang ada dekat otak aku sekarang ni. Lagipun aku buat semua tu sebab aku tak nak casino ni tutup. Aku tahu, perempuan tu mesti akan hasut Shark untuk berubah. Kalau dia berubah, habislah tempat ni! Betul tak?"

"Aku tahulah, Ray. Tapi kau kena tahu juga, Shark tu tak suka kalau orang permainkan dia. Aku takut karang kalau kau yang kena ngap tak lama lagi dengan dia." ujar Ejim.

Shoun mengangguk tanda menyokong. "betul tu! Lu pun tau Shark macam mana, kan? Sekali lu langsi sama dia, memang habis semua orang dia kasi mati!"

"Rilex, rilex... aku Rayden kot? Kawan baik si Shark. Takkanlah dia nak belasah kawan dia sendiri? Pandai-pandailah aku bagitahu dia nanti. Setakat nak hadap ikan jerung tu bukannya susah mana. Bagi umpan Confirm jinak punya!" sinisnya, berlagak.

Sekali lagi air minuman syaitan itu diteguknya.

"apa-apa pun wa tak nak masuk campur dalam ini hal. Lu punya idea lu tanggung sendiri. Kita orang cuma saksi sahaja."

"amboi, takkan lepas tangan macam itu aje? Nanti kau orang juga yang nak lepak dekat casino si Shark ni. Kita enjoy sama-sama, kita tanggung pun sama-samalah."

"Tapi... " tak sempat Ejim hendak bersuara, dia terhenti apabila terlihat figura Shark berdiri dibelakang Rayden bersama dua orang anak buahnya. Ejim tergamam.

Rayden mengerut kening, pelik. Wajah Shoun dan Ejim mula bertukar pucat kegelisahan.

"Kau orang dah kenapa ni? Tadi elok aje bercakap tiba-tiba membisu pula kenapa?" soal Rayden. Ejim dan Shoun tidak menjawab. Malah mereka hanya menunjukkan isyarat mata menandakan ada sesuatu dibelakang lelaki itu.

Dahi Rayden berkerut, kebingungan. Perlahan-lahan dia memusing ke belakang. Spontan dia berdiri apabila terlihat figura Shark berada disitu. Air liur ditelannya sejenak.

"Aku dah agak. Selama ni kau main-main sahaja. Tak mungkin lelaki segagah kau boleh tiba-tiba jadi perempuan. Aku belum bodoh lagilah Rayden... "

"Shark, aku... "

Tak sempat Rayden ingin berterus terang, Shark sudah menghalakan tapak tangannya kearah lelaki itu tanda menyuruh Rayden mendiamkan diri.

Rayden terkelu.

"Aiyoo, Shark. Kita orang buat semua ni sebab lu juga lei. Kalau casino ni tutup, mana lu nak cari duit? Rayden cuma mahu bantu lu saja maa... Rilexlah." Shoun mencelah.

Shark tersenyum sinis. Anak matanya beralih memandang lelaki cina yang sedang meneguk air minuman syaitan buat kali kedua.

"mahu bantu? Hei, Shoun... Wa ada Tuhan, Dia boleh bantu wa cari makan. Kalau casino ni tutup sekalipun, wa yang rugi bukan lu orang maa..."

"memanglah kau yang rugi seorang. Tapi kita dah hidup sama-sama dalam dunia ni, takkan kau nak keluar macam itu sahaja disebabkan Suraya? Dia cuma perempuan sewellah, Shark. Dia takkan faham apa yang kau buat!" sampuk Rayden, setelah lama dia mendiamkan diri.

"Dia sewel ke, tak sewel ke... aku kena bagi dia makan dengan duit halal. Sampai bila aku nak sumbat perut dia dengan makanan daripada tempat ni?"

"Heh, nak cerita fasal halal haram pula sekarang. Oh aku lupa... kau kan sekarang dah belajar mengaji. Confirmlah cerita fasal agama, kan? Tapi itulah, kalau setakat sampai iqra tiga tak payah nak bagi ayat agamalah dengan aku. Engkau tu... mafia. Mafia kerjanya bunuh orang, merompak, dan banyak lagi benda kejam yang kita buat! Kau ingat kalau kau pergi cari kerja ada ke orang nak terima kau? Kau takkan mampu hidup tanpa casino ni, ingat sikit!"

"betul tu, shark. Sia-sia sahaja kalau lu berubah maa. Manusia dekat luar sana tak akan boleh terima macam lu punya orang." sampuk Shoun, lagi.

"wa tak minta manusia terima wa, lei. Wa cuma minta wa punya Tuhan terima sama wa pun sudah cukup. Tak dapat kerja, wa boleh bina kerja wa sendiri apa susah? Lu orang sahaja yang asyik fikir negatif. Kalau wa cuci tangan sekalipun, wa tetap Shark lei."

"heh, cakap dengan mulut senanglah. Apa yang specialnya sangat dengan si Suraya tu sampai kau nak berubah? Dia takkan boleh jamin apa-apa kebahagiaan pun lah pada kau! Perempuan ni dalam hidup kita hanya tahu menyusahkan!"

"Aku berubah bukan sebab Suraya. Tapi sebab aku suami. Tanggungjawab aku, bukan macam tanggungjawab lelaki biasa. Kau takkan faham aku Rayden sebab kau bukan dekat tempat aku. Aku mengaku, bukan senang untuk aku tinggalkan dunia ni... tapi aku akan cuba demi isteri aku, demi hidup aku. Aku tak nak bila aku dah ada anak nanti, anak aku tahu yang ayah dia seorang yang kejam! Cukuplah aku berhenti sampai sini. Aku nak mulakan hidup baru dengan Suraya. Tolong jangan ganggu hidup aku lagi... " ujar Shark, sebelum dia mengatur langkah pergi daripada situ.

Azim dan Kazam masih tercegat ditempat yang sama. Mereka saling berpandangan buat seketika. Rayden mendengus geram.

"Hei, Shark!" jerit Rayden, menghentikan langkah Shark ditengah-tengah ruang.

"Aku bukan nak halang kau berubah, tapi kalau satu hari nanti kau susah. Jangan harap aku akan tolong kau!" bentaknya, kuat.

Shark tersenyum menyenget. Dia kembali memusing memandang lelaki itu. "fine. Aku takkan cari sesiapa pun selepas ni. Tapi itulah... Aku takut kau sahaja yang akan cari aku tak lama lagi." sinisnya, sebelum dia kembali menyambung langkah pergi daripada situ.

Rayden mengetap giginya. Kedua belah tangannya sudah dikepal-kepal kuat, membentuk buku lima. Botol arak diatas meja dicapainya, lantas dia campakkan ke atas lantai sehingga pecah. Tersentak Azim dan Kazam dibuatnya.

"Haih, Raysha? Mengamuk ke? Agak-agaknya awak datang bulan kot? Cer check balik waktu balik rumah nanti. " sindir Azim, dan tertawa sendiri. Kazam sudah menelan air liur saat jelingan tajam dipanah tepat kearah mereka berdua.

"Minta ampun, maafkan adik saya ya. Kami minta diri dulu. Lari Zim!" cepat-cepat mereka membuka langkah seribu keluar daripada tempat itu sebelum ada apa-apa yang terjadi. Tergeleng kepala Rayden melayan karenah dua orang anak buah Shark itu.

"anak buah pun sama sewel dengan isteri dia!"





Maaflah kalau tak berapa best ya chapter kali ni.

Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Where stories live. Discover now