16

126K 8.3K 850
                                    

                     TELEFON canggih dicampaknya keatas katil, sebelum dia merebahkan dirinya ke situ. Datin Zuhaila yang sedang menyikat rambut dimeja solek diperhatinya lama. Patut ke untuk aku tanya?

"Err... ma." panggil Athirah. Dia membetulkan posisinya kepada duduk menghadap Datin Zuhaila yang membelakanginya.

"Apa dia?" Soal Datin Zuhaila. Rambutnya diikat dahulu sebelum dia berpaling ke belakang.

"Kalau seseorang tu dah ceraikan isteri dia dengan talak tiga memang boleh rujuk semula ek?" Soal Athirah.

Dia tahu ibunya lebih pakar tentang hal penceraian seperti ini kerana dia pernah melaluinya. Datin Zuhaila pula mengerut kening. Pelik apabila Athirah tiba-tiba sahaja bertanya tentang soal penceraian.

"Dah kenapa tiba-tiba nak tahu ni?"

"Sajalah, ma. Tak lama lagi kan athirah dah nak kawin? So, athirah kenalah tahu pasal penceraian ni" ujar Athirah.

Datin zuhaila mengangguk faham. "setahu mama, kalau dah kena cerai talak tiga... perempuan tu kena cari lelaki lain untuk kawin dengan dia kalau nak rujuk semula."

"You mean... cina buta?" athirah cuba untuk meneka.

"yup! Tapi tengok juga pada suami baru dia, kalau suami dia sanggup ceraikan bolehlah dia kawin. Kalau tidak, tak dapatlah untuk dia rujuk semula. Si isteri tak boleh paksa suami untuk ceraikan dia semata-mata untuk kembali pada suami lama dia." ujar Datin Zuhaila.

"ooo... " Athirah mengangguk fajam.

"err... mama masih ingat lagi tak pasal suami lama mama? Pak cik Jaafar?" soal Athirah lagi.

Datin Zuhaila terdiam sejenak cuba untuk mengingatinya kembali. Ya, aku masih ingat siapa Jaafar tu. Dialah suami pertama aku sebelum aku berkahwin dengan ayah kepada Athirah.

"Ya, mama ingat. Kenapa?"

"dia ada anak lelaki kan? Nama... Shahrin?"

"Haah. Tapi mama dah tak ambil kisah pasal dia orang. Anak dengan bapak sama aje. Tak habis-habis dengan dunia dia orang yang sesat tu. Mama ingatkan bila mama kawin dengan seorang mafia, mama dapat ubah dia tapi malang sekali perangai dia sama aje. Itu yang mama minta untuk cerai, dan biarkan dia kawin dengan perempuan cina tu!"

"maknanya abang Shahrin tu anak mama lah?" athirah meneka.

Datin zuhaila menggeleng menafikannya. "bukan. Itu anak perempuan cina tu. Mama tahu pun daripada mulut jiran aje. Kenapa kamu tiba-tiba sahaja nak tahu pasal dia? Kamu ada jumpa dia ke?"

"Eh, tak adalah ma. Tengok muka pun tak pernah... macam mana Athirah nak jumpa dia?"

"Ya, tak ya juga kan? Hmm, tak apa lah. Mama nak masuk tidur dah ni. Anak dara jangan berjaga lama sangat, tak elok." pesan datin Zuhaila. Athirah hanya tersengih dan mengangguk kepala.

Setelah kelibat datin zuhaila menghilang daripada pandangannya, cepat-cepat dia mecapai telefon canggih miliknya dan menaip sesuatu. Senyuman bermakna dicariknya sebelum dia menghantar mesej itu kepada Fajar.




                     
                       CECAIR jernih yang mengalir keluar daripada paip ditadah menggunakan kedua belah tangan sebelum dicurah pada wajahnya yang dilumur sabun pencuci muka tadi beberapa kali.

Tuala kecil yang tersangkut pada tepi cermin dicapainya, lalu dilap pada wajahnya yang basah sebelum dia mengatur langkah keluar daripada bilik air.

Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Where stories live. Discover now