37

127K 8.5K 1.2K
                                    

RUANG disebelah kanannya diraba-raba mencari tubuh seseorang. Perlahan-lahan kelopak matanya terbuka, memandang kearah tempat Suraya yang kosong. Pasti gadis itu sudah bangun lebih awal daripada aku. Senyuman nipis terukir dibibirnya saat dia kembali teringat tentang apa yang jadi semalam. Rambutnya yang sedikit serabut dibiarkan sahaja.

Lantas dia melompat turun daripada katil, mencapai baju dan seluarnya yang berada dilantai lalu disarung ke tubuhnya sebelum melangkah keluar daripada bilik itu.

"selamat pagi, Su." sapa Shark, memandang Suraya yang lincah membancuh teh didapur.

Suraya menjeling.

Shark mengerut kening. Dah kenapa pula minah ni? Tiba-tiba aje bad mood dengan aku, aku ada buat silap ke?

"Suraya kau okay ke tidak ni? Kau marahkan aku ke?" Soal Shark, menunduk sedikit wajahnya memandang Suraya.

Suraya tidak membalas apa-apa. Dia hanya menjeling sebagai jawapan. Shark tersenyum menyenget. Rasanya aku tahu punca dia marah. Lantas pinggang gadis itu dipeluk erat daripada belakang, manakala dagunya ditongkat pada bahu Suraya. Suraya tersentak.

Haih, sejak bila pula Shark berani buat macam ini dekat aku?

"Kau marahkan aku fasal semalam ek?" Teka Shark.

Suraya mengeluh kecil. Dia berhenti mengacau air teh. "sudah geharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula."

"Oh, kalau begitu. Boleh patik tahu sebabnya?"

"Sebabnya... Lain kali, kalau nak buat semua tu ada doa dia dan cara dia yang lebih sopan bukan main terkam aje. Ini salam apa pun tak bagi!" herdik Suraya.

Shark tertawa kecil. "manalah aku tahu semua tu. Aku kan jerung, kalau nampak mangsa aku terkam sajalah."

"Ehem! Ehem! Terkam terkam apa ni, huh? Ada sesiapa pergi memburu ke semalam?" Sampuk Azim. Kazam mengangguk kepala, menyokong pertanyaan itu.

Shark tersentak. Lantas pelukan pada pinggang gadis itu terlerai. Dia tersengih sambil tangannya menggosok kepala. Cepat-cepat Suraya mencapai apron yang berada diatas meja, lalu menutup rambutnya yang terdedah. Dia terus mengatur langkah pergi daripada situ, membiarkan mereka bertiga didapur.

"Kau orang bila sampai?" Soal Shark setelah kelibat Suraya menghilang daripada matanya.

"Baru aje. Bos jangan risaulah, kita orang tak sempat pun nak tengok drama sawit bos tu. By the way, ini maklumat yang bos suruh cari semalam." ujar Kazam, lantas dia mencampakkan fail berisi dokumen keatas meja.

"cepat betul kau orang buat kerja ek?"

"Haih, bos ni... ini Kazam and Azim okay? Segala maklumat pribadi seseorang, petik jari aje kita orang cari. Zaman sekarang dah majulah bos." ujar Kazam, berlagak.

Shark tersenyum sinis. Kerusi disebelahnya ditarik sebelum dia melabuh punggung disitu. Air teh dituangkan kedalam cawan lalu dihirupnya perlahan-lahan. Fail berisi dokumen itu dicapainya, lalu dibuka.
Anak matanya bergerak-gerak membaca ayat yang tercetak diatas kertas A4 itu satu persatu.

Azim berdehem buat beberapa kali, sebelum dia bersuara. "Ikutkan maklumat yang kita orang cari ni bos. Apa yang Haidin cakap semalam itu memang betul, bos. Suraya adalah doktor psikiatri. And, Haidin pula adalah salah seorang pesakit Suraya satu ketika dahulu. Kalau nak diikutkan, Suraya sepatutnya perempuan normal tapi disebabkan satu insiden rogol malam tu yang membuatkan dia trauma dan dalam masa yang sama dia hilang ingatan."

"betul tu, bos. Dan yang lagi mengejutkan adalah, Suraya dengan Haidin dulu sangat rapat. Kita orang tak pasti sama ada dia orang ada hubungan special ataupun sebagai seorang pesakit dan doktor. By the way, fasal Haidin menyamar itu pula disebabkan dia tak nak Suraya jadi mangsa Mafia yang lain. Bos pun tahu, dunia kita ni penuh dengan musuh. Apa sahaja yang dekat dengan kita itulah sasaran diaorang, jadi sebab itulah dia menyamar jadi Encik Aman atau lebih dikenali sebagai Encik Din." ujar Kazam pula, menceritakan segala maklumat yang mereka cari semalam.

Shark mengangguk faham. Dia menyeluk tangannya ke dalam fail, mengambil beberapa keping gambar yang memaparkan gambar Haidin dan Suraya sewaktu berada dihospital sakit jiwa.

"Kau orang pasti ke yang kau orang tak tahu apa hubungan Suraya dengan Haidin?" soal Shark sekali lagi sekadar untuk memastikan. Mereka mengangguk serentak tanda tidak tahu.

Shark mengeluh kecil. Gambar-gambar tadi dicampakkan kedalam tong sampah. Dia menyembamkan wajahnya ke meja, serabut memikirkan tentang segala yang merasuki kotak fikirannya sekarang.

Azim dan Kazam saling berpandangan. Senyuman nipis dicarik mereka sebelum mereka mengatur beberapa tapak mendekati Shark. Bahu Shark disapa Azim.

"apa pun yang akan jadi selepas ni, kita orang akan pastikan Suraya takkan terlepas ke tangan Haidin. Bos jangan risau, bos suami dia. Bos boleh buat apa sahaja yang bos mahu. Apa kata bos bawa Suraya pergi bercuti? Bos luangkan masa dengan dia sampai dia jatuh cinta dengan bos. Tak pun, bos berubah? Jadi P.U Shark ke?"

"P.U? P. U itu apa?" soal Shark, kembali mengangkat wajah memandang Azim.

"Pencetus ummah? Bos belajar baca alif ba ta pun jadilah."

"kau mengejek aku?"

"Eh, mana ada bos! Saya cadang aje. Manalah tahu hati Suraya boleh terpikat dengan cara itu? Kan, Kazam?"

Kazam mengangguk laju tanda dia pun menyokong. Shark tersenyum lebar. Bagus juga idea anak buah aku ni. Tak sangka se-syaitan dia orang pun tahu bab begini!

"Kalau macam tu, kau orang tolong carikan ustaz untuk aku." cadang Shark.

Mereka tersenyum sinis. Hujung hidung mereka dicalit sedikit, berlagak.

"heh, sesenang kupas kulit bawang bos kita orang akan cari."

Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Where stories live. Discover now