6

145K 10.2K 4.1K
                                    

TAK tenang hati fajar saat ini apabila kembali memikirkan Suraya. Ke kiri ke kanan dia berjalan, sampai tidak sedar jam sudah menandakan pukul 4.50 pagi. Sukar untuk dia memejamkan mata, apabila fikirannya asyik serabut memikirkan betulkah keputusan yang dibuatnya tadi.

"kenapa perlu talak tiga? Why Fajar, why?" Soalnya pada diri sendiri. Sofa yang berada tidak jauh darinya menjadi tempat dia melabuh punggung.

"kalau ayah tahu pasal hal ni pasti dia mengamuk. Macam mana aku nak rujuk dengan Suraya balik kalau aku dah ceraikan dia dengan talak tiga? Aduh, kau pun satu bodohlah Fajar!" bentak Fajar.

Sebelah tangannya menampar paha, menunjukkan yang dia masih tidak puas hati. Kedua belah tangannya mula mencengkam rambutnya yang mula kusut.

"ini semua pasal athirah! Kalau tak kerana dia yang gelojoh sangat nak aku ceraikan perempuan tu, pasti benda ni takkan jadi! Buatnya ada sesuatu terjadi pada Suraya, apa pula yang aku nak jawab nanti?" soalnya pada diri sendiri.

Dia sendiri bingung dengan keputusan yang dibuatnya secara melulu. Sekilas jam didinding dipandangnya. Agak-agak dimana Suraya merempat ek sekarang? Mungkin dia masih dekat dengan kawasan sekitar sini.

"Kalau aku cari dia, Insyaallah sempat untuk aku jumpa dia dan bincang semula."ucapnya. Lantas dia bangun berlari anak mendapatkan kunci kereta yang berada diatas meja sebelum melangkah keluar daripada rumah itu.



LANTUNAN suara merdu membacakan surah Yasin jelas kedengaran dicuping telinganya. Shark mula rimas, sekilas pipinya yang gatal digarunya. Bantal kecil yang berada belakangnya dicapai lalu ditekup pada kedua belah telinganya.

Namun, semakin lama semakin kuat pula surah itu dibacakan. Bibir diketapnya, geram. Sabar Shark, sabar...

"Argh! Apa bising-bising ni aku nak tidurlah! Siapa memekak dalam bilik aku ni?!" jerkahan Shark membuatkan Suraya terdiam sejenak. Matanya membulat memandang Shark yang tegang memerhatikannya.

Tak sampai beberapa minit, Suraya tersengih menayang giginya. Perlahan-lahan dia menutup kitab suci itu sebelum diletakkan keatas meja.

"Macam mana kau boleh masuk bilik aku? Siapa benarkan kau masuk?!"

"Tak ada siapa yang benarkan."

"Habis tu?! Hei, ini rumah aku tahu? Kalau kau tak ikut cakap aku, aku akan hantar kau balik dekar tempat kotor tu, faham?!"

"Ish, apa marah-marah pagi-pagi buta ni tak eloklah. Saya bacakan Yasin untuk awak sebab awak nampak macam tak sihat. So, saya kesian saya bacalah... takkan itu pun tak boleh?" rungut Suraya.

Shark mula meraut wajahnya. Sebelah tangannya sudah menggaru kepalanya yang serabut. "Sejak bila pula aku sakit? Kau tak nampak ke aku tengah tidur ni?"

"Laa... Tengah tidur ke? Mati-mati saya ingat awak dah meninggal tadi. Yelah, dah hampir tiga kali saya kejut awak tak bangun-bangun. Itu yang saya bacakan Yasin tu... " ujar Suraya, selamba.

Ish, minah ini aku rasa tak lama lagi mampus juga kau dalam rumah ini. Kecik besar kecik besar aje aku pandang kau sekarang ni. Omel Shark tidak puas hati. Kepala digelengnya perlahan memandang Suraya.

"sekarang aku dah bangun, kan? Jadi maknanya kau boleh keluar daripada bilik aku sekali dengan benda alah ni! Pergi!"

Kitab Yasin diatas meja dicapai Shark lalu diserahkan pada gadis itu sebelum dia menarik Suraya menuju kearah pintu biliknya. Pantas Suraya menahan kakinya dilantai, serta merta menghentikan langkah Shark.

"Saya nak awak jadi imam!" pinta Suraya secara tiba-tiba. Shark mengerut kening.

"imam apa pula kau ni? Aku tak kata pun aku nak masuk pencetus ummah!"

"Bukan imam itu lah. Maksud saya... imam solat. Dulu waktu saya dengan Fajar, kita orang selalu solat sama-sama."

"So? Kau ingat aku kisah ke kalau kau dengan dia solat sama-sama dulu? Itu Fajar, ini Shark!"

Suraya menepuk tangannya ke dahi. Aku tahulah kau Shark, tapi masalahnya aku nak kau jadi imam aku! Takkan itu pun susah sangat nak faham?

"Saya tahu awak Shark, tapi satu hari nanti awak bakal jadi suami saya dan saya pun bakal jadi baby sugar awak. Jadi tak salah pun kalau awak jadi imam saya."

"Engkau ni faham bahasa ke tidak? Apa kau ingat baby sugar tu isteri ke? Dan sejak bila pula aku cakap nak jadi suami kau?" soal Shark, dingin.

Kalau begini tiap-tiap hari boleh jadi gila aku agaknya.

"Tapi awak dah setuju nak jaga saya kan?"

"memanglah aku setuju, tapi bila masa pula aku nak jadi suami kau?"

"kalau setuju tu maknanya awak setuju sekali dengan nak jadi suami sayalah. Lagipun saya dah lama teringin nak ada suami yang jenis protect and caring macam awak. Nanti kalau ada musuh datang nak culik saya mesti awak akan cakap macam ni... hei, dragon! Wa ingat lu sudah mampus! Banyak langsi punya orang lei! Kan? Kan?" teka Suraya dengan meniru suara karakter Shark didalam filem Kl Gangster.

Shark menepuk dahinya. Apalah dugaan aku hari ni? Kenapa ada juga perempuan jenis macam kau Suraya? Kenapa?

"Suraya please aku betul-betul penat sekarang, and aku perlukan rehat. tolong jangan serabutkan kepala aku dengan perangai kau yang tak tentu hala macam ni, please.. " rayu Shark, separuh pasrah dengan gadis dihadapannya ini.

"ermm... okay. Tapi awak janji dengan saya yang awak akan jadi imam saya nanti."

"Ikut suka hati kau lah, perempuan. Nak aku jadi imam ke? Bilal ke? Yang aku tahu sekarang ni aku nak tidur. So please..." pinta Shark, seraya dia menarik pintu biliknya menyuruh gadis itu keluar.

Suraya tersenyum lebar mendengarnya. "betul ek awak janji?"

"iya, Suraya... " balas Shark, meleret dengan nada pasrah. Mana tak pasrah kalau layan gadis gila ini?

Suraya melompat gembira sambil dia menepuk tangannya berkali-kali. Aku dah agak lelaki ini bakal tunaikan permintaan aku!

"Terima kasih, awak. Saya pergi dulu ek. Maaflah ganggu awak tidur. Bye!" ucap Suraya, melambai tangan kearah Shark sebelum dia melangkah keluar daripada bilik itu.

Pantas dia menutup pintu biliknya, rapat. Keluhan kecil dilepaskan Shark, sambil tangannya mengetuk perlahan kepalanya berkali-kali.

"Din, kau datanglah ambil anak kau balik. Kalau begini gayanya tak sanggup aku nak jual... " rengek Shark.


Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Where stories live. Discover now