60

108K 7.4K 1.4K
                                    

"APA kau merepek ni, Zim? Benda ni tak kelakarlah! Kau jangan main-main dengan aku boleh tak?" suara Shark mula meninggi. Turun naik nafasnya kali ini memandang Azim yang masih lagi melutut dihadapannya.

Azim menggeleng kepala. Berjurai air mata yang keluar daripada kelopak matanya. Dia tahu Shark bakal kecewa dengan dirinya yang tidak pandai menjaga keselamatan orang lain. Lebih-lebih lagi orang yang tersayang.

Kazam juga turut berasa kecewa. Dia tidak mahu selepas ini, Azim dikeluarkan daripada hidup Shark. Bahu adiknya diurut perlahan, cuba untuk meredakan tangisan Azim yang masih lagi tidak henti.

"Sabar Zim, cuba cerita elok-elok dekat bos apa yang jadi. Kalau kau diam macam ni... kita orang takkan tahu apa-apa."

"Aku tak nak bos benci aku..." rengek Azim.

"Kalau kau diam macam ni kau ingat bos tak marah ke? Cerita sajalah. Jangan risau, aku ada dekat sebelah kau." ujar Kazam, cuba untuk memberi semangat pada adik lelakinya itu.

Azim mengangguk perlahan. Air mata disekanya seketika, sebelum dia mendongak memandang wajah Shark yang tegang. Perlahan-lahan dia bangun daripada mulutut di lantai, berjalan menghampiri lelaki itu.

"Mana isteri aku, Zim?"

"Sebenarnya, tadi... "

Dia kembali mengimbas insiden yang berlaku beberapa detik yang lalu. Dimana, waktu itu dia dan Suraya baru sahaja selesai membeli barang difarmasi. Sesekali isi yang berada didalam beg plastik itu dilihat Suraya. Senyuman kecil mula terbit dibibirnya sebelum pandangan itu beralih ke arah Azim.

"awak janji ek jangan bagitahu Shark yang saya beli benda ni. Saya cadang, kalau saya mengandung. Saya nak buat suprise untuk dia."

"Haih, bab-bab simpan rahsia ni awak Jangan risaulah Su. Saya takkan bongkarkan pada dia, tapi dengan syarat kalau awak ada anak lelaki, awak letak nama saya Azim. Nama tu paling sedap di dunia tau! Idaman para gadis." ujar Azim, dan tertawa sendiri.

Suraya menggeleng kepala. Kalau bab puji diri sendiri laju sahaja si Azim ni.

"Tak adalah, Su. Saya gurau sahaja. Lagipun, saya memang nak tengok reaksi bos kalau terkejut. Saya nak sangat tahu nanti dia akan letak nama apa dekat anak dia. Kalau lelaki mungkin ikan laga? Latif Ahmad Ghani Almunasabah, mungkin?"

Suraya tertawa kecil mendengarnya. "awak ni pandai-pandai sahaja,kan? Dapat tahu dekat Shark, teruk dia kerjakan awak tau!"

"yelah, yelah... saya takkan kutuk dia lagi selepas ini. Sudahlah, jomlah kita balik. Hari pun nampak macam nak hujan sahaja ni, kan?" ujar Azim, sesekali dia mendongak memandang awan yang mendung.

Suraya mengangguk setuju.

"hmm... eloklah tu, jom." ajak Suraya.

Pintu penumpang dibahagian hadapan ditarik Azim, mempelawa untuk Suraya masuk ke dalam terlebih dahulu. Senyuman nipis diukir Suraya tanda terima kasih, sebelum dia melangkah masuk ke dalam perut kereta.

Tak sempat Azim hendak menutup pintu, tiba-tiba sahaja bahunya ditarik kasar oleh seseorang sehingga dia tergenjak beberapa tapak ke belakang.

BUK!
Satu tumbukan hinggap ke wajah Azim. Suraya tersentak. Tanpa menunggu masa lagi, dia terus keluar daripada perut kereta.

"Azim!" jerit Suraya. Dia cuba untuk menghalang lelaki bertopeng itu daripada memukul Azim, akan tetapi tubuhnya telah ditarik oleh seorang lagi rakannya. Lantas sapu tangan yang sudah disapu kloroform ditekup pada hidung Suraya. Suraya merontan untuk dilepaskan namun gagal.

Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Where stories live. Discover now