11

144K 9.4K 1.8K
                                    

DERINGAN telefon menyentakkan Fajar yang terlena diatas meja. Lantas dia mengelap pipinya sebelum telefon canggih itu dicapainya. Tertera nama ayah Man disitu membuatkan Fajar mengeluh kecil. Lambat-lambat dia menjawab panggilan itu. Nak tak nak dia terpaksa juga.

"As... Assalamualaikum, yah. Ada apa ni call fajar tiba-tiba? Ayah ada masalah ke dekat kampung?" Soal Fajar.

"Eh, tak adalah. Saja ayah nak tahu pasal perkembangan kamu dengan Suraya. Dah lama ayah tak tengok menantu ayah ni. Kamu pun dah lama tak jenguk ayah di kampung." ujar Aman.

Fajar tersengih. Sebelah keningnya digaru sebentar. "Fajar bukannya apa, yah. Fajar sibuklah sejak kebelakangan ni."

"tak apa, ayah faham kamu tu kerja sibuk. Kalau dah tak ada masa nak jenguk ayah dikampung, bawalah Suraya tinggal disini sekejap. Ayah dah lama rindu anak ayah."

"Err... Se... Sebenarnya..." tergagap-gagap Fajar untuk menerus terang. Kalau Aman tahu yang aku dah ceraikan anak dia, pasti dia mengamuk!

"Sebenarnya apa fajar?" soal Aman, menantikan sambungan dadipada lelaki itu.

Malah fajar hanya menggeleng perlahan. Mungkin belum tiba masanya lagi untuk aku berterus- terang. "tak ada apa, yah."

"hmm... Yelah, suraya mana suraya? Ayah tak dengar suara dia pun hari ni kenapa?" soal aman, bingung. Fajar mula terpinga-pinga mencari jawapan.

"Su... suraya... Suraya dia dah tidur, yah."

"laa... awalnya dia tidur hari ni. Mungkin penant sangat kot? Tak apalah, ayah call ni pun sebab nak bagitahu kamu yang minggu depan ayah nak datang jenguk kamu dibandar. Sesekali melawat menantu apa salahnya, kan?"

"Ay... Ayah nak datang rumag ke?"

"haah. Alang-alang ayah dapat cuti ni bolehlah melawat kamu dengan Suraya dekat sana. Nanti kalau datang mengejut takut kamu pula tiada dekat rumah." ujar Aman.

"err.. ta.. tapi... yah... "

"tak mengapalah, hari pun dah lewat malam. Eloklah kamu rehat dulu. Ayah pun tahu kamu penat. Jaga anak ayah elok-elok ya, Assalamualaikum." ucapnya sebelum talian dimatikan.

Tak sempat untuk Fajar membalas kembali salamnya. Perlahan-lahan telefon itu kembali diletakkan keatas meja. Denyutan dikepalanya kembali terasa.

"Ya Allah... mana kau pergi Suraya? Aku betul-betul perlukan kau semula. Kalau tidak mampus aku nanti!" rungutnya.









PERLAHAN-LAHAN kelopak mata Shark terbuka. Kain basah yang berada diatas dahinya dialihkan ke tepi. Pantas dia bangun, memandang sekeliling biliknya yang kemas dan teratur. Agaknya tadi aku bermimpi atau Suraya benar-benar kembali ke rumah aku?

Lantas Shark menggeleng menafikan apa yang bermain difikirannya. "tak mungkin... tak mungkin ayahanda bawa perempuan macam itu balik ke rumah aku. Dia bukan kenal pun siapa Suraya? Mungkin tadi aku bermimpi aje kot?" ujar Shark.

Sesekali dia mengetuk kepalanya yang pening akibat hentakan dilantai sebelum dia bangun menuju ke arah pintu biliknya. Tombol pintu dipulas perlahan sebelum ditarik kearah dalam.

"Assalamualaikum awak! Awak dah..."

GEDEGANG!
tak sempat Suraya hendak menghabiskan percakapannya, pintu itu sudah dihempas tutup oleh Shark. Membulat mata Suraya terkejut.

Aku tak habis cakap lagi dia dah tutup pintu! Aku nak hantar bubur aje pun. Omel Suraya didalam hati.

Shark didalam hanya menepuk dahi. Dia menyandarkan tubuhnya ke pintu. Nampaknya aku tak bermimpi tadi! Macam mana kau boleh ikut ayahanda balik?

"Woi, perempuan! Kau buat apa lagi dekat sini huh? Bukan ke sepatutnya kau dengan Rayden? Mana Rayden?!" Soal Shark, dingin daripada dalam. Naik turun nafasnya tidak puas hati.

"Rayden merajuk dengan saya. Saya ketuk pintu rumah dia dah banyak kali tapi dia tak buka pun." adu Suraya.

"Memang sah lah dia tak buka kalau perangai kau macam hantu!" sinis Shark.

Suraya mencebik. Ayahanda okay sahaja layan aku. Kenapa Rayden dengan Shark tak boleh jaga aku baik-baik?

"Kenapa ni Suraya?" Ayahanda mencelah. Pantas Suraya menoleh ke belakang memandang ayahanda yang berdiri disitu.

"Shark... dia tak nak buka pintu. Suraya cuma nak bagi dia makan bubur aje." rengek Suraya.

Shark yang berada didalam bilik panas sahaja mendengarnya. Ish! Dia mengadu macam bapak dia pula ayahanda tu!

Ayahanda menggeleng kepala. Sejak bila pula anak aku ni berkelakuan sebegini? Takkan dengan perempuan pun nak takut?

TOK! TOK! TOK!
ayahanda mengetuk pintu.

"Hei, Shark! Bukalah pintu ni bagi Suraya masuk. Apa kena dengan kamu ni, huh?"

"Ish, ayahanda ni! Kenapa ayahanda bawa dia balik? Ayahanda tak kenal pun siapa perempuan tu kan? Sepatutnya dia dengan Rayden, ayahanda tahu tak?!" herdik Shark.

"Masalahnya perempuan ni kata kamu bakal suami dia. Sampai hati kamu tak bagitahu ayahanda yang kamu dah ada calon kan?"

Shark terkedu sejenak. Ini dah melebih! Sejak bila pula aku bakal suami dia? Suraya ni memang nak kena dengan aku!

Terus tombol pintu dipulasnya lalu ditarik ke dalam. "Apa dia ayahanda? Bakal suami? Eh, ayahanda tahu tak perempuan ni gila? Shark tak kenal pun lah dia ni siapa! Dia tiba-tiba aje ikut Shark balik rumah."

"Kalau kamu tak kenal dia macam mana dia boleh kenal kamu?"

"Ish, ayahanda ni... dia ni tak betullah ayahanda. Ayahanda percaya sangatlah cakap minah sewel ni! Shark dah lepaskan dia dekat Rayden tahu? Tapi ayahanda pula pergi ambil dia semula. Semaklah macam ni!" degus Shark.

Kedua belah tangannya menyilang memeluk tubuh. Ayahanda menggeleng kepala. Entah apa nak jadi dengan anaknya yang seorang ini. Sekilas Suraya dipandangnya lama.

"tak apalah Suraya, bagi sahaja makanan tu dekat Shark. Biar dia makan sendiri." arah Ayahanda, lembut. Suraya mengangguk perlahan, sebelum semangkuk bubur itu diserahkan pada Shark.

"Makan elok-elok tahu nanti tercekik susah." pesan Suraya.

"Aku tahulah! Blah!"

"Shark..." tegur ayahanda meleret. Kedua belah tangannya dicekak pada pinggang dan jelingan tajam dipanah tepat kearah Shark.

Shark mengeluh kecil. Terpaksa jugalah aku berlembut dengan minah sewel ni. "Baik sayang, abang makan elok-elok ya. Pergilah dari sini." ucap Shark dengan nada lembut yang terpaksa.

Tersenyum Suraya mendengarnya. "okay, saya masuk tidur dulu ya! Bye, selamat malam." ucap Suraya, sebelum dia berlari masuk kedalam biliknya.

Hilang sahaja kelibat Suraya, Shark menjuling anak mata keatas menyampah. Nasib baik ada ayahanda sahaja, kalau tidak dah lama aku belasah perempuan tu!

"Ayahanda suka dengan Suraya tu. Elok sangatlah kalau dia pun suka kamu, kan?"

"eh, ayahanda jangan macam-macam ek nak satukan Shark atau apa-apa sekalipun? Kalau dengan orang lain boleh, tapi kalau dengan minah sewel tu sorry! Lagipun kita ni Mafialah ayahanda, mana boleh seorang Mafia bercinta. Tak pernah dibuat orang lagi tahu?"

"Habis? Macam mana aku dapat kau kalau Mafia tak bercinta?" soal Ayahanda semula.

Shark terkedu sejenak. Betul juga kan? Kalau ayahanda tak bercinta macam mana aku boleh wujud? Mungkin otak aku dah gegar sedikit akibat terhantuk dilantai tadi.

Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Where stories live. Discover now