26

127K 8.4K 805
                                    

SEGELAS air puteh dicapainya lalu diteguk perlahan-lahan. Dahinya berkerut sedikit saat merasakan pedih dibahagian bibirnya yang pecah akibat semalam. Tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi menandakan ada seseorang datang. Keningnya mula bertaut pelik. Gelas tadi diletakkan ke dalam sinki sebelum dia berlari menuju ke pintu utama.

Kain langsir diselaknya sedikit, takut jika orang yang datang itu ialah keluarga Suraya. Akan tetapi, bukan. Figura Suraya yang tercongok dihadapan pintu pagar membuatkan dia tersenyum gembira. Pantas dia memulas tombol pintu itu, dan berlari menuju ke halaman rumahnya.

"Suraya... " baru sahaja dia hendak menyapa Suraya, kelibat Shark disebelah gadis itu membuatkan langkahnya semakin lama semakin perlahan. Senyuman yang tadinya mekar dibibir akhirnya kembali layu. Shark tersenyum sinis.

"apa khabar, bro? Sihat? Aku ganggu kau ke? Harap-harap tak lah sebab aku nak bincang sikit dengan kau."

"Apa lagi kau nak bincang dengan aku? Tak puas kau dah belasah aku malam tadi, huh?" soalnya, dingin.

Shark berdecik kecil. "sorry because of that. Lagipun, kau yang cari pasal dengan aku dulu. Tapi, bukan itu yang aku nak bincang sekarang. Boleh kami masuk?"

Fajar tidak membalas apa-apa. Dia hanya menjeling dan berpaling ke lain. Shark tersenyum menyenget. Nasib baik pagar ini berkunci, kalau tidak dah lama aku belasah mamat ni lagi sekali.

"it's okay, aku pun tak ingin nak masuk rumah kau tu. Aku datang sini pun cuma nak minta kau selesaikan penceraian kau dan Suraya dimahkamah. Aku tak nak benda ni tergantung. Lagipun, kau pun dah ada calon pilihan kau sendiri. Sampai bila kau nak biarkan semua ni tak terjawab, kan?"

"untuk apa aku selesaikan benda ni? Tak lama lagi kau ceraikan juga perempuan sebelah kau tu." sindir Fajar.

Shark mengerut kening. Tidak faham dengan apa yang lelaki itu cuba untuk sampaikan. Fajar tersenyum menyenget. Kedua belah tangannya memeluk tubuh memandang Shark.

"Aku kawin dengan dia dah lama. Aku tahu... takkan ada seorang lelaki pun mampu bertahan dengan perangai terencat dia tu! Orang macam kau kutip dia atas sebab nafsu aje. Dah puas nanti, kau pasti lepaskan dia juga kan?"

"jaga sikit mulut kau..."

"Heh, macamlah aku tak kenal perangai gangster ni macam mana? Hidup kau orang tu dah penuh dengan kejahatan. Tak mungkin sesenang itu sahaja kau boleh terdetik nak jaga minah sewel ni melainkan apa yang aku cakap tadi. Kau ambil Suraya atas sebab kau nak puaskan diri kau, bukan sebab kau ikhlas nak jaga dia. Mana ada gangster baik dalam dunia ni, bro. Semua kejam! Tapi minah sebelah kau tu sahaja yang tak tahu nak menilai sebab dia bodoh!" sinisnya, selamba.

Kedua belah tangan Shark sudah mula mengepal buku lima. Jelingan tajam dipanah tepat kearah Fajar. Suraya pula hanya menjadi penonton, memandang mereka silih berganti daripada tadi.

"aku bukan nak hina kau, Shahrin. Tapi perempuan macam Suraya tak layak jadi isteri kau. Dia tak layak jadi isteri mana-mana lelaki sekalipun. Aku nak kutip dia balik pun atas sebab perjanjian aku dengan bapak dia. Kalau tidak... aku dah takkan ambil tahu fasal perempuan ni lagi." sambung Fajar. Sekilas dia menjeling kearah Suraya dan tersenyum sinis sebelum dia melangkah menuju kearah pintu utama.

"Kurang ajar kau... " Shark terus memanjat pagar itu dan melompat masuk ke dalam halaman rumah Fajar. Baju T lelaki itu ditariknya kasar sehingga dia terundur beberapa tapak ke belakang, lantas satu tumbukan dihadiahkan pada wajah Fajar sehingga dia jatuh tergolek ke lantai. Suraya mula cemas.

"Awak! Awak buat apa tu?! Ya Allah... sudahlah muka dia dah lebam. Awak tambah lagi lebam dekat muka dia buat apa?"

Kata-kata Suraya langsung tidak dipedulikan. Kolar baju Fajar dicengkamnya kasar. "Aku tak faham dengan jantan macam kau ni. Apasal kau asyik nak cari fasal dengan aku ek? Kau dah ada pilihan kau... jadi kau jaga orang tu. Fasal aku kawin dengan Suraya ke, atau apa-apa sekalipun kau tak perlu nak ambil tahu. Sekarang ni aku cuma nak kau settlekan semua masalah ni. Faham? Kau faham ke tidak?!"

"Faham... " balas Fajar perlahan. Shark tersenyum sinis. Kolar Fajar akhirnya dilepaskan sehingga lelaki itu kembali jatuh ke lantai. Dia mengatur langkah ke pagar semula. Dalam kesempatan itu, Fajar cuba untuk kembali bangun daripada terbaring disitu. Cecair merah yang mengalir dibahagian bibirnya dikesat menggunakan belakang tangan.

"Shahrin... " serunya perlahan tetapi cukup untuk Shark menangkapnya. Langkah diberhentikan ditengah pagar sebelum dia berpaling ke belakang.

"Suraya takkan kekal lama dengan kau."

"Kau ni masih tak serik kan?"

"Percaya cakap aku. Dia takkan kekal lama dengan kau, Shahrin. Ada sebab aku terpaksa benci Suraya selama ni. Kau cuba nak jaga dia, tapi dalan masa yang sama kau undang diri Suraya dalam bahaya. Orang tu takkan lepaskan Suraya sampai bila-bila."

"kalau macam tu aku akan jaga dia. Apa guna kalau aku jadi Mafia tapi aku tak boleh nak protect dia? Dah beribu musuh aku tumpaskan. Setakat seorang... Apa aku hairan?" sinis Shark, selamba.

Lantas dia kembali menyambung langkah keluar daripada halaman rumah itu. Tangan Suraya ditariknya, memaksa Suraya untuk mengikutnya masuk ke dalam kereta. Fajar menggeleng kepala, dia tidak pasti sama ada kali ini lelaki itu mampu untuk bersaing dengan orang yang dimaksudkan tadi.

"tak nak call ambulans ke? Kesian saya tengok muka dia lebam macam joker." ujar Suraya. Sesekali dia menoleh kearah Fajar yang masih lagi tercegat dihalaman rumah. Shark mengeluh kecil. Kedua belah tangannya sudah mengenggam stereng kereta.

"Kau diam boleh tak? Aku suami ke dia suami kau sekarang ni? Ambil kisal fasal aku seorang sudahlah! Tak nampak tangan aku sakit ni?"

"Siapa suruh awak tumbuk dia? Marah sikit, nak tumbuk. Marah sikit, nak terajang! Mana tak sakitnya?"

"Eh, kau ni menjawabkan? Aku tinggal kau dekat sini baru tahu!"

"tinggallah... janji ada peneman. Lainlah kalau awak tinggal saya seorang diri. Itu yelah saya takut... " balas Suraya.

Kali ini Shark tidak membalas apa-apa. Hanya wajah tidak puas hati sahaja ditayang pada gadis itu, cukup untuk membuatkan Suraya membisu. Kedua belah tangannya menekup mulut dan tersengih. Shark menggeleng kepala. Nasib baik kau isteri aku sahaja, kalau tidak dah lama aku belasah macam mamat tadi!

"Kau bersuara lagi sekali, siap kau!"

"Yelah, saya... "

"Diam!"

Suraya mengemam bibirnya dan menunduk ke bawah memandang jari jemarinya yang saling mencubit antara satu sama lain. Aku nak minta maaf pun salah ke? Ish, bencilah macam ni! Mulai sekarang aku dah tak nak bercakap lagi, biar padan muka lelaki ini! Tapi tengoklah, kalau aku dah tak tahan, aku akan bersuara juga. Hihi





Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Where stories live. Discover now