TING! TONG!
Loceng rumah ditekannya beberapa kali. Namun keadaan dirumah itu kelihatan sunyi seperti tiada orang. Encik Aman dan Puan Siti saling berpandangan. Ada kala dia cuba menjenguk ke dalam, manalah tahu Fajar sedang tidur ke apa?"Dia tak ada dekat rumah kot, bang?"
"Macam mana boleh tak ada pula? Saya dah bagitahu dia yang saya nak datang hari ni. Agaknya dia tertidur lah tu... " ujar Encik Aman. Sekali lagi dia menekan loceng rumah. Tetap sama.
"Mungkin dia sibuk dengan kerja tu. Apa kata kita sewa hotel dulu ke apa? Nanti kalau dia dah balik, dia call lah kita semula."
"Kalau dia sibuk kerja, mesti Suraya ada dekat rumah tolong jaga?"
"ish, abang ni... anak kita tu kan ada phobia! Mana boleh tinggal seorang diri dalam rumah. Mesti Fajar bawa dia ke tempat kerja sekali." ujar Puan Siti.
Encik Aman mendiam. Benar juga kata isterinya. Mungkin Fajar masih belum pulang daripada tempat kerja. Eloklah kalau cari hotel dahulu untuk berehat.
"kalau macam tu... jom lah kita pergi sewa mana-mana hotel dulu. Malam nanti kita datang sini semula." cadang Encik Aman. Puan Siti mengangguk setuju.
Lantas mereka pun mengatur langkah pergi daripada situ. Hilang sahaja kelibat dua orang tua itu, Fajar menghembus nafas lega. Dia kembali menutup langsir itu semula, dan bersandar pada dinding. Perlahan-lahan dia terduduk diatas lantai. Kepalanya yang mula berdenyut kuat dipicitnya.
"aku bagi kau duit ni, kau jaga Suraya untuk aku. Cukup hari bulan, aku akan ambil anak aku tu semula. Tugas kau cuma jaga dia. Faham?" ujar Encik Aman, dengan menghulurkan beberapa keping duit kertas bernilai 100 kepada Fajar.
Fajar tersenyum lebar. Kepala diangguknya tanda setuju. Belum sempat dia mengambil duit itu, Encik Aman sudah menariknya kembali. Fajar mengerut kening.
"benda paling penting yang kau perlu ingat ialah jangan bagi anak aku hilang atau lepas ke tangan gangster. Dan aku juga tak nak kau sentuh dia melainkan kau boleh pukul dia jika dia degil. Aku pegang janji kau, kau pegang rahsia aku. Faham?"
"Faham, yah."
"bagus. Nah, ambil ni... "
Menyesal seribu kali menyesal apabila Fajar kembali teringat tentang perjanjian lamanya bersama bapa Suraya. Apa yang dia lakukan selama ini keatas Suraya semuanya kerana perjanjian itu. Tapi malang sekali, dia sudah terlajak ke hadapan.
"Apa aku nak buat ni ya Allah..." keluh Fajar, kesal.
MELILAU anak mata Suraya mencari figura Shark yang tidak kelihatan diruang makan. Beberapa orang gaji yang sibuk mengemas ruang tamu itu menjadi sasarannya untuk bertanya, antaranya ialah gadis cina yang bernama Shen. Hanya dia sahajalah yang aku kenal dalam rumah ni.
"Shen! Suami saya tak keluar lagi ke dalam bilik?" Soal Suraya.
Shen berhenti mengemas. Dia mengalihkan pandangannya kearah Suraya dan menjongket bahu. "Saya pun tak tahu Cik Suraya. Cik Suraya pergilah tengok Tuan dekat atas. Saya takut kalau saya yang pergi nanti dia marah pula."
"Ouh, baiklah kalau macam tu. Awak tolong ambil makanan dekat dapur tu ya. Saya nak pergi jenguk Shark kejap."
"Baik, Cik Suraya." Shen menurut. Lantas dia mengatur langkah menuju ke dapur untuk mengambil makanan yang masih belum diangkat diletak keatas meja. Apron yang masih melekat pada tubuhnya dibuka, sebelum dia melangkah ke tingkat dua. Bilik yang berada disebelah kanannya menjadi sasaran.
Tanpa sebarang ketukan pada pintu, dia terus memulas tombol pintu dan menolaknya ke dalam. Anak matanya mengerling kesetiap penjuru bilik mencari kelibat lelaki itu.
"Awak?" Seru Suraya. Sesekali dia melihat ke belakang pintu dan langsir. Takut-takut jika lelaki ini sengaja ingin bermain sorok-sorok dengan aku? Namun tiada. Kedua belah tangan Suraya mencekak pinggang.
"Mana ek mamat ni pergi? Takkan mandi sampai sejam kot? Dia mandi ke dia cuci tandas dalam bilik air tu? Ah, lantaklah. Kejap lagi dia turunlah tu... " ujar Suraya bermonolog sendirian. Dia mengundur beberapa tapak ke belakang, tanpa sengaja dia memijak kaki seseorang lantas dia melompat ke tepi.
Suraya terkedu sejenak memandang Shark yang hanya mengenakan tuala. Rambutnya juga kelihatan masih basah, pasti dia baru sahaja keluar daripada bilik air. Hampir beberapa minit jugalah Suraya terkaku seperti patung. Mungkin tergoda kot agaknya?
"Lama tenung? Nampak rezeki ke?" Soal Shark, sengaja dia mengejek gadis itu. Pantas Suraya menggeleng kepala, mengeluarkan apa sahaja yang merasuk ke dalam kotak fikirannya. Kedua belah pipinya juga ditampar beberapa kali, cuba untuk menyedarkan diri daripada lamunannya sendiri.
"Ehem! Ehem! Mana ada. Sa... Saya cuma speechless aje."
"speechless konon. Speechless dengan apa?"
"dengan tu..." dia menunding jari kearah tatoo ikan jerung yang berada pada sebelah kiri dada lelaki itu. Sesekali Suraya cuba untuk menyentuhnya, belum apa-apa lagi tangannya sudah ditampar.
"Kau nak buat apa ni? Dah pandai mencabul sekarang ek?"
"Mana ada saya mencabul! Saya nak tengok real ke fake aje benda tu. Lagipun, saya tak pernah tahu pun awak ada tatoo sebelum ni? Saya ingatkan awak seorang sahaja gangster yang tak bertatoo."
"Mana ada gangster yang tak bertatoo dalam dunia ni. Ini dipanggil lambang. Faham lambang?"
"Tak faham..." gumam Suraya perlahan. Shark hanya menjuling anak mata keatas sebelum mengatur langkah kearah Almari. T polo merah yang tergantung disitu dicapainya bersama seluar jeans. Baru sahaja dia hendak membuka kain tuala, dia terhenti dengan sendirinya. Suraya yang masih tercegat ditempat tadi diperhatikan lama.
Suraya mengerut kening. "kenapa awak pandang saya macam tu?"
"yang kau tu tercegat dekat situ lagi buat apa?"
"kenapa? Awak nak saya tolong pakaikan ke?"
"Tak! Aku nak kau keluar. Tadi dah offer kau jual mahal kan? Biar aku pula jual mahal dengan kau sekarang. Pergi!"
"Bila awak offer? Saya tak dengar pun?"
"Tak kisahlah kau dengar ke tak, aku nak kau keluar sekarang! Siapkan makan minum aku. Kejap lagi aku turun." arah Shark, tegas.
Suraya mencebik bibir, kepala ditundukkan ke bawah sambil dia mengatur langkah keluar daripada bilik itu. Tombol pintu ditariknya, menutup pintu itu dengan rapat. Kedua belah tangan disilang memeluk tubuh.
"Bila ek dia offer? Agaknya aku terlepas dengar kot? Lantaklah, janji dapat tengok sipi-sipi pun dah memadai. Hihi!"
Ketawalah selagi anda mampu ketawa sebelum tiba waktu konflik nanti. Bukan Fajar aje akan timbul, tapi orang jahat yang hampir rogol Suraya pun akan muncul.
Siapa agaknya penjahat tu?
YOU ARE READING
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]
RomancePemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR...