46

118K 8.4K 1.8K
                                    

AIR liur ditelan Suraya. Tangannya sudah berpeluh, basah. Tak berani dia ingin memandang wajah Shark kali ini. Hatinya pula sudah berdebar-debar ketakutan, memikirkan balasan yang bakal ditimpa keatasnya sebentar nanti.

Matilah aku!
Macam mana dia boleh tahu aku dekat sini?

"Ikut aku balik sekarang." tegas sahaja bunyinya. Tangan kanan Suraya terus dicengkamnya, lalu ditarik memaksa Suraya untuk berjalan mengkorinya menuju kearah kereta Mazda merah yang terparkir diluar pagar masjid.

Tak sampai beberapa langkah, tiba-tiba sahaja Haidin bangun menarik tangan kiri Suraya. Spontan langkah mereka terhenti disitu. Suraya pula sudah terkulat-kulat. Haidin dan Shark dipandangnya silih berganti.

"lepaskan tangan isteri aku sekarang." Arah Shark, memberi amaran. Malah Haidin hanya tersenyum menyenget. Panahan mata tajam lelaki itu langsung tidak membuatkan dia terasa gentar.

"Kalau aku tak nak, apa kau boleh buat? Kau siapa nak paksa dia ikut kau?"

"Aku suami dia."

"ceh! Suami konon. Dia pun tak rela kau jadi suami dia. Hidup dengan kau, ibarat hidup dalam penjara kau tahu? Kau tak layak nak jaga perempuan macam Suraya." sinis Haidin.

Membahang sahaja telinga Shark mendengarnya. Gigi diketap Shark. Tangannya sudah dikepal-kepal membentuk buku lima, tunggu masa sahaja ingin menyingah ke wajah lelaki itu.

"Mulut kau memang kurang ajar!"

BUK!
tumbukan kuat dihadiahkan ke wajah Haidin. Tersentak Suraya dibuatnya. Matanya membulat memandang Shark yang bertindak kasar. Kedua belah tangannya menekup mulut, terkejut.

Haidin tersenyum sinis. Cecair merah yang mengalir keluar daripada bibirnya dicelek sedikit. Darah. Dia berdecik kecil. Cecair merah yang melekat pada ibu jarinya dijilat.

"tak cukup sedaplah... kau punya penumbuk macam perempuan! Lemah!"

"Then, tunggu apa lagi? Tunjuklah sejauh mana kuat kau." cabar Shark. haidin tersenyum menyenget. Suraya yang masih lagi tercegat disitu dipandangnya.

"Im sorry Su. Aku terpaksa mungkir janji malam ni." ucapnya. Lengan bajunya disenteng hingga ke siku. Pisau lipat yang berada dibelakang seluar dikeluarkan. Suraya sudah mula menggigil.

No!

Aku tak boleh biarkan dia orang terus bergaduh!

"Hai... Haidin... "

"Syhhh... " Haidin meletakkan jari terlunjuknya dibibir. Suraya terkedu. Air liur ditelannya.

"Hal lelaki, perempuan tak perlu masuk campur. Don't worry, sayang. Cukup untuk buat ikan ni cacat pun aku dah puas. Kau duduk situ diam-diam ek. Kalau tidak... pisau ni terkena dekat kau. Duduk situ tau!" ujar Haidin, dan ketawa sinis.

Dia kembali mengalihkan pandangannya kearah Shark yang mula kemerahan menahan amarah. Pisau lipat diperkemaskan terlebih dahulu sebelum dia mula membuka langkah. Sesekali dia menunduk memandang tangan Shark yang kosong tanpa sebarang senjata.

Besarlah peluangnya untuk menang malam ini!

"Hiyaaa!"

Tanpa menunggu masa, dia terus menyerang Shark. Pisau lipat dihayunkan kearah lelaki itu, dengan pantas Shark melompat ke tepi. Rahang Haidin ditumbuknya sekali lagi, lantas tangan Haidin yang bersenjata dicengkamnya, lalu disiku kuat sehingga pisau itu spontan terlepas daripada tangannya.

"Ergh!"

Haidin mengerang kesakitan. Dalam kesempatan itu, Shark terus menetak leher lelaki itu, kuat seperti apa yang dipelajarinya dahulu semasa menyertai kelas karate, iaitu cara menidurkan pihak musuh dalam masa beberapa saat sahaja.

Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Where stories live. Discover now