SENYUMAN sinis terukir dibibir Shark. Melihat seorang perempuan murahan yang terlena diatas katil tanpa seutus benang dengan empat orang lelaki yang diupahannya untuk tidur bersama gadis itu. Air minuman syaitan diteguknya sedikit.
Berkerut dahinya menahan perit dibahagian tekak saat air itu ditelan. Kepalanya juga terasa sedikit berdenyut, dan khayal.
"Shark... kau tak nak join ke? Rugi tahu kalau kau tak rasa ikan segar ni." ujar Shoun dalam keadaan mabuk.
Shark hanya menggeleng dengan senyuman sinisnya. Dia menyandarkan tubuhnya ke belakang, sambil sebelah kaki disilang keatas paha kirinya.
"Aku tak layan benda-benda yang dah kotor ni. Cukup kau orang aje lah yang layan minah tu! Biar dia rasa sikit akibat cari pasal dengan aku. Itu pun dah puaskan hati aku." balas Shark.
Kotak rokok diatas meja dicapainya, lalu diambilnya sebatang sebelum disedutnya dan menghembus kembali asap rokok itu keluar. Rasa panas dibahagian dada dan hidungnya cukup nikmat baginya.
"Tapi kalau kau tak rasmi perempuan ni, tak syok lah. Kalau kau nak perempuan lain, kau pergilah oder. Malam ni banyak barang baik kau tahu? Rugi tau kalau tak cuba!"
"kisah pula aku dengan barang baik kau tu? Kalau aku nak, aku hulur duit aje perempuan dah beratur depan aku." ujar Shark, berlagak.
Mana tidaknya? Jika dia memiliki wajah yang kacak, tubuh yang tegap serta duit yang berkepuk-kepuk setiap hari didalam dompetnya. Sekali petik jari sahaja perempuan murahan sudah beratur dihadapannya.
Tetapi malang sekali, bukan senang nak pikat hati si jerung ini. Sekali dekat dah kena ngap baru kau tahu langit itu tinggi ke rendah?
"okaylah, bro. Aku rasa nak balik rumahlah. Entah budak-budak aku buat apa dekat rumah aku tu, dia orang bukannya boleh harap sangat."
"seriuslah kau nak balik dah? Lepaklah dulu. Sesekali bagilah budak-budak kau rehat."
"banyak cantik? Yang bagi makan dia orang aku juga! Kau pergilah sambung berasmara dengan minah sebelah kau tu. Aku dah nak balik, chau!" pinta Shark.
Lantas dia bangun mencapai jaket, sebelum melangkah keluar daripada bilik itu. Tudung jaket itu ditarik menutup kepalanya, menghalang orang lain atau pihak musuh mengecam wajahnya semasa berjalan keluar daripada tempat bising itu.
"Tuan Muda!" sapa seseorang, setiap kali bertembung dengannya. Menunjukkan jelas yang dia seorang yang dihormati dalam kalangan ahli gangster yang terkenal disitu.
Puntung rokok yang semakin menipis disedut buat kali terakhir sebelum dicampak kebahagian kotak-kotak lama yang tersusun disebelah kanan.
"Aduh!" jerit Suraya, mengaduh sakit apabila terkena api rokok yang dibaling lelaki itu tadi. Tersentak Shark dibuatnya. Dia mengecilkan sedikit mata, cuba menatap wajah gadis itu. Rasanya macam kenal.
"Eh, aw.. awak.. awak yang hantar saya pergi pasar petang tadi kan?" teka Suraya, sambil jarinya menunding kearah Shark.
"Ah, sudah..." desisnya, perlahan. Lantas dia kembali menyambung langkah pergi daripada situ sebelum gadis itu menganggunya buat kali kedua.
"Eh, tunggu!" pantas Suraya bangun daripada duduk disitu, berlari mendapatkan Shark. Tangan lelaki itu ditangkapnya, menghalang Shark daripada meninggalkannya seorang diri. Lantas, Shark menepis tangan Suraya dengan kasar. Dia memang cukup pantang jika seseorang itu menyentuhnya tanpa keizinan.
"kau nak apa lagi, huh?! Kau buat apa dekat sini?!" Soal shark, sedikit meninggikan suaranya.
Suraya menundukkan pandangannya ke bawah, sambil bibir digigitnya. Takut ingin bertentang mata dengan lelaki itu.
YOU ARE READING
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]
RomancePemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR...