SEPINGGAN nasi putih berlaukkan ikan goreng diletakkan diatas paha Puan Siti. Dia menarik kerusi dihadapan perempuan tua itu, lalu melabuh punggung disitu. Anak mata dijelingkan ke arah Jack yang berdiri dipenjuru bilik, mengarahkan lelaki itu untuk membuka ikatan tali pada tangan puan siti.
Pergelangan tangannya yang terasa gatal digaru puan siti setelah ikatan itu terlerai. Haidin tersenyum sinis.
"makanlah," pelawanya, sambil dia menongkat dagu memandang Puan Siti. Malah puan Siti hanya menjeling. Nasi yang berada diatas ribanya langsung tidak disentuh. Dia sanggup menahan lapar daripada menelan makanan daripada lelaki gila itu!
"Kenapa kau tak nak makan? Kau takut aku letak racun dalam makanan tu? Huh?"
"kalau kau letak racun sekalipun, aku tak kisahlah. Aku lebih rela mati daripada makan makanan kau!" sinis Puan Siti.
Haidin ketawa kecil. Kepala digelengnya berkali-kali memandang puan siti. Perempuan tua ini memang tidak tahu untuk bersyukur! Cukup baik aku masih lagi memberikan dia makanan, daripada aku biarkan dia mati kebuluran disini.
"Kau dengan Suraya memang jauh beza. Aku lebih sukakan Suraya daripada kau. Macam manalah aku nak jadikan kau mak mertua aku kalau kau buat perangai macam ni?'
"Aku pun tak inginlah kau jadi menantu aku!" cantas puan siti. Haidin tersenyum menyenget. Nasib baiklah dia baru sahaja mengambil ubat penenang, kalau tidak pasti orang tua itu sudah merasa tamparan daripadanya.
"tak kisahlah kau nak cakap apa sekalipun. Aku bukannya nak kau pun, aku cuma nak anak kau sahaja. Lagipun, kau tak penting. Aku boleh aje nak bunuh kau, tapi... aku malas. Aku tak nak buat Suraya benci aku."
"dia pun tak suka kau lah! Kau sahaja yang perasan!"
"siapa kata dia tak suka aku, huh? Kalau dia tak suka aku, dah lama dia cuba jauhkan diri daripada aku sejak dulu lagi, tapi dia tak buat semua tu sebab dia sayangkan aku. Kau sahaja yang cuba untuk pisahkan aku dengan dia!" bentak Haidin.
Puan siti tersenyum sinis. Mamat ni memang betul-betul dah gila! Kalau dah namanya doktor psikiatri pastilah kena jaga hati pesakit!
Dasar psycho!
"Macam mana kalau dia dah ada anak dengan suami dia yang sekarang? Kau masih nak dapatkan Suraya lagi, huh?"
Haidin menggeleng. "dia takkan ada anak dengan mamat tu. Kalau ada sekalipun, Shark cuma perlu tahu yang aku sendiri akan keluarkan bayi itu daripada perut Suraya. Tak pun...aku bunuh sahaja dia. Aku bunuh dia dengan cara paling kejam, supaya dia tahu apa perasaan aku waktu itu!"
"Berani kau nak bunuh Suraya? Kau kata kau cintakan dia, tapi kenapa kau sanggup buat benda kejam macam tu?"
"Sebab aku kan gila? Kau sendiri yang cakap aku gila. Kalau gila, aku boleh buat apa sahaja yang aku suka termasuk bunuh orang yang aku sayang." ujar Haidin, dan ketawa sendiri.
Puan situ mula gelisah. Apa nasib Suraya nanti jika wanita itu benar-benar mengadung?!
"Kau memang tak guna! Dasar psycho! Kalau kau bunuh anak aku, kau cuma perlu tahu hidup kau takkan tenang! Semua orang akan cari kau dan bunuh kau!"
"Jack tutup mulut dia! Aku rimaslah!"
Jack mengangguk. Kedua belah tangan Puan Siti diikatnya semula, lantas dia mencapai kain berwarna hitam yang berada diatas meja lalu diikat pula pada mulut orang tua itu sehingga tidak mampu lagi untuk mengeluarkan Suara.
Tenang sedikit jiwa Haidin apabila mulut puan siti diikat. Dia tersenyum puas. Padan muka kau orang tua! Omelnya tidak puas hati.
"Bos, tadi Fajar ada mesej saya. Dia kata dia tahu cara nak dapatkan Suraya semula. Tapi bos kena jumpa dia dahulu dekat cafe." ujar Jack.
![](https://img.wattpad.com/cover/207893930-288-k555313.jpg)
YOU ARE READING
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]
Roman d'amourPemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR...