PAPAN tanda putih digantungkan dihadapan pintu masuk. Keluhan kecil kedengaran halus dihujungnya. Sayu sahaja wajah Hairul saat anak matanya melilau memandang restauratnya yang sunyi sepi.
Nak buat macam mana? Ini sahaja jalan yang aku ada untuk langsaikan segala bil yang tertunggak. Bisiknya didalam hati. Senyuman kelat diukirnya, sebelum dia mengatur langkah pergi daripada situ.
"Hairul," sapa suara garau itu menghentikan langkah Hairul disitu. Pantas dia menoleh ke belakang memandang Shark dan dua orang anak buahnya yang sedang berjalan menuju kearahnya.
Senyuman lebar kembali diukirnya, terpaksa. "Tuan Shark? Tuan Shark buat apa dekat sini?" soal Hairul, sekadar ingin tahu. Sesekali anak matanya memerhati kawasan sekelilingnya yang sesak dengan orang yang lalu-lalang disekitar situ.
"Saja. Kenapa? Aku tak boleh jumpa kau?"
"Eh, bukan macam tu Tuan. Hari ni kan tiada kelas mengaji, jadi saya peliklah kenapa tuan tiba-tiba sahaja ada dekat sini." ujar Hairul.
Shark hanya mengangguk perlahan. Dia mengalihkan anak matanya kearah papan tanda yang tergantung dihadapan pintu.
'Restaurant untuk dijual.'
Shark tersenyum menyenget. "Restaurant kau ke?" Tanya Shark, kembali memandang Hairul. Dia mengangguk kepala tanda benar.
"haah, tuan."balas Hairul.
"Kenapa kau nak jual? Bukan ke aku dah kata semua hutang kau dengan aku dah selesai?"
"memang hutang saya dengan tuan dah selesai, tapi hutang saya dengan bil rumah saya masih belum selesai. Lagipun... restaurant ni tak dapat sambutan. Susah nak dapat pelanggan. Sehari kalau buka pun cuma dapat lima ratus ringgit aje, jadi lebih elok kalau saya jual dekat orang lain yang pandai berniaga." ujar Hairul.
Shark mengerut, pelik. Takkan nak dapatkan pelanggan pun susah? Aku tengok ramai sahaja yang lalu-lalang disekitar kawasan sini.
"ramai aje orang dekat sini, takkan dapat lima ratus ringgit aje sehari?"
"Ramai memang ramai, tuan. Tapi cita rasa anak muda zaman sekarang bukannya sama dengan orang tua macam saya." balasnya.
Shark mengangguk faham. Betul juga apa yang lelaki tua itu katakan. Cita rasa orang muda zaman sekarang semuanya pelik-pelik! Kalau boleh semuanya nak yang havoc belaka. Kalau Hairul tak boleh uruskan restaurant ni, mungkin aku boleh uruskan. Lagipun, aku ada niat untuk tinggalkan dunia Mafia. Jadi mungkin ini boleh jadi bisness pertama aku untuk mencari duit yang halal.
Hmm... pandai juga aku ni kan?
Lama kelamaan muncul senyuman bermakna dibibir Shark. Azim dan Kazam saling berpandangan pelik. Entah apa pula yang bermain difikiran lelaki itu saat ini.
"Aku rasa, aku nak beli restaurant kau ni." ucap Shark setelah lama dia mendiamkan diri.
Hairul tergamam sejenak. Berkedip matanya memandang Shark seolah-olah tidak percaya. Azim dan Kazam juga turut terkejut dengan balasan daripada lelaki itu.
"Tu...Tuan biar betul?"
"Haah, bos biar betul? Kami tak tahu pula bos pandai masak?" sampuk Azim. Kazam mengangguk laju, tanda menyokong tekaan Azim tadi.
"Bukan aku yang masak."
"Habis tu? Siapa?" soal Azim, Kazam dan Hairul serentak. Malah Shark hanya membalasnya dengan senyuman sinis dibibirnya. Mereka mengerut pelik. Kepala yang tidak gatal digaru buat seketika.
KE HULUR ke hilir Suraya berjalan, sambil kuku dijari terlunjuknya digigit. Entah mengapa dia tiba-tiba sahaja terasa gelisah saat lelaki itu masih belum pulang daripada rumah Rayden. Agak-agaknya apa yang jadi pada dia ek sampai dia masih belum pulang? Takkan bagi nasihat pun sampai berejam?
Aish! Tak boleh jadi ni. Pasti ada sesuatu yang tak kena. Entah-entah Rayden dah perangkap suami aku dekat dalam rumah dia. Selepas itu, dia hubungi pula Jabatan Agama Islam untuk tangkap Shark!
Eh? Tak mungkin, tak mungkin... sebab Shark pergi dengan Kazam dan Azim. Mustahil Shark boleh tertangkap, Tapi... boleh jadi juga kalau dia orang pun bersubahat untuk perangkap suami aku!
Oh, tidak!
"No, tak boleh! Tak boleh! Aku kena selamatkan laki aku! Aku tak nak madu lelaki!" jerit Suraya. Cepat-cepat dia mencapai tudung bawal yang tersangkut disitu, lalu dililitnya bersahaja. Lantas dia mengatur langkah laju menuju kearah pintu. Baru sahaja dia hendak memulas tombol pintu, ada seseorang terlebih dahulu membukanya.
Suraya terkedu sejenak memandang Shark yang masih lagi lengkap memakai jaket motor. Kening Shark bertaut pelik. Sesekali dia melambai tangan dihadapan wajah wanita itu yang tak berkelip memandangnya.
"mummy?"
"Astaghfirullah hal azim... " suraya mengucap sambil tangannya meraut wajah. Cepat-cepat dia mengalihkan anak matanya memandang wajah lelaki itu. Senyuman lebar dicariknya.
"mummy nak pergi mana pakai tudung?" soal Shark.
"Tu... Tudung? Oh, tudung ni. Err... sebenarnya tadi mummy ingat nak cari daddy. Yelah, mummy tunggu daddy lama sangat, ingatkan dah kena tangkap khalwat dengan Raysha tadi." ujar Suraya.
Shark tertawa kecil. Tergeleng kepalanya memandang Suraya. Boleh pula dia fikir sampai macam tu sekali.
"Im okaylah, nothing happened to me. Mummy jangan risaulah, Rayden tak bertukar jadi perempuan pun. Dia buat semua tu sebab dia tak nak daddy tutup casino daddy. Itu aje... "
"Sampai macam tu sekali?"
Shark mengangguk.
Haish, mamat Rayden ni! Buat aku risau sahaja. Mati-mati aku ingat dia nak goda suami aku. Ya pun kalau tak nak Shark tutup casino tak perlulah sampai berlakon jadi perempuan! Nasib baik dia berubah jadi lelaki semula, kalau tidak...
"mummy dah makan?" soal Shark, sambil dia membuka jaket motor yang masih lagi tersarung ditubuhnya. Suraya mengangguk sambil senyuman ditayang pada lelaki itu.
Jaket motor milik Shark dicapai Suraya, lalu dilipat dengan kemas sebelum mereka sama-sama melabuh punggung diatas birai katil. Perlahan-lahan Shark menjatuhkan kepalanya diatas bahu Suraya. Cincin yang dipakai pada jari manis wanita itu dibeleknya.
"mummy... " panggilnya meleret dengan nada manja. Suraya menjongket kening.
"mummy setuju tak kalau daddy buka kedai sushi?"
"kedai sushi?" sudahlah nama ikan, takkan nak buka kedai pun, kedai ikan? Ish, apa aku ni? Shark tu suami kau kot, tarik balik, tarik balik!
"kenapa tiba-tiba nak buka kedai sushi ni? Sebelum ni... tak pernah-pernah pun daddy fikir nak buat semua tu?"
"itu dulu, sekarang dah lain. Daddy tak naklah mummy makan dengan duit haram lagi, sebab itu daddy cadang nak buka kedai sushi. Lagipun, daddy dah fikir masak-masak. Daddy nak keluar daripada dunia mafia." ujar Shark.
Suraya mengangguk faham.
"Then? Dah jumpa ke tempat untuk daddy buka kedai?"
"Dah, restaurant milik pak cik Hairul. Cuma... barang-barang sahaja kita perlu beli." balas Shark.
"Siapa yang nak buat sushi?" Soal Suraya.
Shark tersengih menayang gigi. Dia kembali duduk menegak. Kedua belah tangan Suraya ditarik menghadapnya.
"mummylah buat sushi."
"Ap...apa?" suraya tergamam. Gila! Takkan aku yang kena buat suhsi? Kalau suruh shishi punggung budak tahulah! Ini sushi!
SELAMAT HARI RAYA SEMUA 😍
YOU ARE READING
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]
RomancePemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR...