PAGI yang dingin menganggu lena Suraya dibuai mimpi. Perlahan-lahan kelopak matanya terbuka, memandang sekeliling biliknya yang sunyi. Figura Shark tidak kelihatan. Pasti lelaki itu sudah bangun lebih awal daripadanya.
Ralit Suraya memerhatikan sekeliling kawasan, anak matanya terhenti pada sekeping nota yang ditampal pada kepala katil. Lambat-lambat dia mencapai nota itu, rambutnya yang sedikit serabai diselitkan ke belakang telinga, memudahkan dia untuk membaca ayat yang tertulis disitu.
"Maaf, untuk malam tadi. Aku nak keluar kejap beli barang. Please, jangan lari. Pukul 1 aku balik."
Suraya tersenyum menyenget. Dia meletakkan nota itu diatas meja. Tahu-tahu sahaja aku ada niat untuk melarikan diri buat kali kedua, tapi kalau aku lari sekali pun pasti dia akan jumpa. Keluhan kecil dilepaskan perlahan.
"Nak tak nak, aku kena jugalah stay dekat sini sampai bila-bila. Dah nama pun isteri Mafia, memang tak lah kau boleh lari sekali lagi." keluh Suraya.
Baju dan seluarnya yang berada dilantai dicapainya lalu disarungkan ke tubuh. Cadar katil yang agak menggelebeh dibetulkan menjadi tegang. Sedang sibuk dia mengemas katil, tiba-tiba sahaja tekaknya terasa mual. Pantas dia memecut lari menuju kearah bilik air dan memuntahkan segala isi perutnya yang tercerna.
uwekkkk!
Berair mata Suraya menahan rasa sakit dibahagian kerongkongnya. Cepat-cepat dia mengumur air sinki yang ditadahnya, menghilangkan sisa muntah yang terlekat dimulutnya."cik Suraya?" sapa Shen, yang baru sahaja muncul dibiliknya. Dia terus mengatur langkah ke arah bilik air melihat wajah Suraya yang pucat.
"Cik Suraya are you okay?" soal Shen, gelisah. Kedua belah tangannya memegang lengan Suraya, takut-takut jika wanita itu bakal rebah ke lantai. Malah Suraya hanya menggeleng perlahan tanda tiada apa-apa.
"Tak. Saya okay sahaja. Muntah sikit tadi."
"muntah? Nak saya call tuan Shark?" soal Shen, pantas Suraya menggeleng kepala tidak setuju. Dia baru sahaja keluar daripada rumah, takkan dia nak balik semula semata-mata dapat tahu aku muntah?
"Eh, tak payahlah. Susahkan dia sahaja. Don't worry, saya tak apa-apa. By the way, suami saya pergi mana ek? Dia ada bagitahu awak tak?" soal Suraya, cepat-cepat dia mengubah topik kepada yang lain.
"tak ada pula dia bagitahu saya yang dia pergi mana, dia cuma cakap yang dia nak keluar dengan Azim dan Kazam itu sahaja." ujar Shen.
"ya ke? Kalau macam tu... tak apalah, awak pergilah sambung kerja. Saya nak mandi kejap."pinta Suraya. Shen mengangguk faham. Lantas dia mengatur langkah keluar daripada bilik itu, meninggalkan Suraya seorang diri
Setelah kelibat Shen menghilang, Kedua belah tangan Suraya ditongkat pada sinki, kepala ditundukkan ke bawah menghela nafas kecil disitu.
"apasal aku tiba-tiba muntah ni? Nak kata demam, tak pula. Mungkin sebab aku kurang makan kot semalam?" gumam Suraya.
AZIM dan Kazam menongkat dagu memandang Shark yang termenung lama memandang air latte dihadapannya. Roti berinti jem coklat itu langsung tidak disentuhnya. Azim mendengus geram.
PAP!
Meja dihentaknya kuat, terhinjut bahu Shark dibuatnya. Bukan setakat Shark terkejut, orang dimeja sebelah pun turut terkejut mendengarnya. Azim tersengih menahan malu."sorry, bang." rayu Azim. Orang itu hanya menggeleng kepala, dan berpaling ke lain.
"Bos kenapa ni? Daripada tadi termenung sahaja macam anak dara dah kenapa? Cer cerita sikit apa masalah bos?"
"Haah, betul tu! kalau bos asyik termenung macam ni sampai ke tahun depan kita duduk dekat cafe ni tahu tak?" ujar Kazam, menyokong.
Shark mengeluh kecil. Sebelah tangannya meraut wajah, cuba untuk menenangkan diri buat seketika. Air latte yang berada dihadapannya dikacau beberapa kali.
"Fasal Suraya."
"again?"
Shark mengangguk.
"kenapa bos? Takkan Suraya mengandung pun bos tak happy? Bos nak apa sebenarnya?"
"ini bukan fasal mengandunglah. Dia tak mengandung pun! Dia jadi macam tu sebab dia dah ingat siapa diri dia. Dan sekarang dia benci aku sebab aku Mafia. Kau rasa apa aku kena buat sekarang? Aku dah belajar mengaji? Aku dah belajar cara solat, and now what?"
"haih, bos ni... benda simple macam itu pun bos boleh stress sampai begitu sekali. Kita orang yang tak kawin pun tahu macam mana cara nak selesaikan semua ni." ujar Kazam, berlagak.
"heh, ye lah tu... macam mana?" soal Shark. Dia mengangkat kening memandang Kazam dan Azim dihadapannya. Azim tersenyum sinis. Dia mencuit sedikit hidungnya yang mancung.
"too easylah, bos. Perempuan ni kalau dia kata ya, maknanya tidak! So, kalau dia kata dia tak suka bos, dia benci bos... sebenarnya tidak! Dia masih sukakan bos, cuma dia sengaja nak uji bos."
"jadi?"
"jadi bos kenalah pikat hati dia." ujar Azim. Shark berdecik kecil. Kepala digelengkan berkali-kali memandang Azim.
"pikat hati dia? Kau tahu tak dah berapa buku aku khatam? Semuanya sama sahaja isinya. Sikit-sikit kena buat benda yang aku tak boleh buat!"
"alaa, bos ni. Maksud saya... bukan pikat guna buku panduan bos tu."
"Habis tu?"
"Guna cara bos sendirilah. Kalau cara buku mungkin tak menjadi, sebab itu semua orang dah buat!" ujar Azim.
Shark mengerut kening. Cara sendiri? Aku romantik pun tak, ada hati nak pujuk dengan cara sendiri? Memang tidaklah, jawabnya!
"aku mana tahu semua tu, Zim... "
"bos buat pun belum, macam mana bos tahu bos tak reti? Apa yang terlintas dekat fikiran bos, itulah yang bos kena buat. Trust me, bos! Suraya mesti cair punya dengan bos. Kalau Rayden boleh cair apatah lagi Suraya, betul tak?" ujar Azim, dan ketawa sendiri tanpa sedar dia sudah terlajak kata. Kazam tergamam. Cepat-cepat dia menyiku lengan Azim, sebelum ada apa-apa yang bakal terjadi.
Kecil sahaja pandangan Shark memandang Azim. Azim terdiam. Dia berdehem beberapa kali cuba untuk mengalihkan perhatian Shark.
"sorry."ringkas Azim.
Shark hanya menggeleng kepala, dan menjeling. Air latte dihadapannya dicapai, lalu dihirup perlahan-lahan.
"cakap fasal Rayden, saya dah lama tak nampak dia jumpa bos. Bos tak melawat dia ke?" soal Kazam, entah mengapa tiba-tiba sahaja soalan itu terpacul dibibirnya. Malah Shark hanya menjongket bahu tanda tidak tahu.
"entah. Aku pun tak terfikir nak melawat dia. Kau orang pergilah tengok-tengokkan dia nanti, sementara aku pergi kedai. Aku pun risau juga kalau ada apa-apa jadi dekat dia. Manalah tahu dah jadi tengkorak dekat rumah tu." sindir Shark.
Mereka berdua mengangguk serentak. "bereh boh!"
Apa dah jadi dekat Rayden agaknya?
YOU ARE READING
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]
RomancePemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR...