19

134K 8.1K 1.1K
                                    

HULURAN nasi daripada Suraya dicapai ayahanda. Senyuman nipis terukir dibibirnya sambil mata mengerling memandang ke setiap makanan yang terhidang diatas meja. Ikan bakar yang berada berdekatan dengannya dicapai seekor lalu diletakkan keatas pinggannya.

Malah, Shark pula hanya termenung memandang masakan ikan dihadapannya. Dia hanya menunduk kepala memandang nasi yang dipenyet-penyetnya daripada tadi. Suaraya mengerut kening.

"Kenapa awak tak ambil lauk tu?" Soal Suraya, pelik.

Ayahanda juga turut mendongak memandang Shark. Lauk pauk dihadapannya diperhatikan lama, mencari apa yang tidak kena. Tak lama selepas itu, ayahanda ketawa kecil.

"Kenapa ayahanda?"

"lupa pula yang anak ayahanda ni tak suka makan ikan. Patutlah muka masam sahaja daripada tadi. Kamu tak tahu ke pasal hal ni Suraya?"

Suraya menggeleng. Aku pun tak pernah tahu yang dia tak suka makan ikan. Dia pun tak pernah pula bagitahu aku. Hish, mengada betullah mamat jerung ni!

"Kalau macam tu... awak makan sayur ni aje lah." ujar Suraya, menolak pinggan sayur kearah Shark.

"dah tahu aku tak suka makan ikan, kau pergilah buat makanan lain dekat aku. Takkan kau nak aku jamah sayur aje kot? Aku bukan vegetarian." herdik Shark, dingin.

Haih, suami aku ni. Pasal sayur pun nak marah ke? Suraya mengeluh kecil.

"Yela... " Dia menurut, lantas bangun daripada situ menuju kearah dapur. Setelah kelibat Suraya menghilang, ayahanda menggeleng kepala memandang Shark.

"Kesian dia nak kena masak banyak-banyak. Kamu pun janganlah mengada sangat."

"Eleh, masak aje pun. Lagipun Shark ni suami dia, so dia kenalah masak masakan yang kena dengan perut suami dia." ujar Shark.

"Iyalah, nak. Ikut suka hati kamulah. By the way, tadi dato Ilyas ada call ayahanda. Dia ajak ayahanda untuk ke majlis sempena pertunangan anak dia. Kamu dengan Suraya pergilah ya. Ayahanda tak boleh nak ikut sebab ayahanda ada kerja." ujar Ayahanda, segera mengubah topik perbualan mereka.

Shark hanya mengangguk kepala.

"baik ayahanda... "

"Apa?! Pergi majlis tunang?" Sampuk Suraya tiba-tiba. Dia pantas berlari ke ruang makan tanpa menyedari
Senduk masih melekat pada tangannya. Shark terkedu sejenak.

"Iya, majlis pertunangan. Dia orang buat makan-makan sahaja dekat sana. Kamu dengan Shark pergilah sana. Boleh dating."

"dating? Kalau macam tu... baju kebaya dekat bilik arwah bonda tu suraya boleh try lah kan?"

"Tak boleh!" cantas Shark laju. Jelingan tajam dipanah tepat kearah Suraya. Ayahanda menggeleng kepala memandang Shark.

"apa pula tak boleh? Pakai aje lah. Kalau dibiarkan sahaja baju tu siapa yang nak pakai? Kamu nak pakai? Huh?"

"ish, ayahanda ni... Shark cuma nak baju tu dipakai oleh orang yang cantik macam arwah bonda, bukan macam yang sebelah ni... " sindir Shark, menjeling mata kearah Suraya.

Suraya mengertap bibirnya, geram. Lantas dia menghayunkan senduk itu ke kepala Shark sehingga dia mengaduh sakit.

"Siapa kata saya tak cantik, huh? Saya isteri awak tahu, jadi awak kena puji saya!"

"Tak hingin aku nak puji kau... "

"Eeiii!" Mahu sahaja suraya mencekik leher suaminya itu. Namun perbuatannya terhenti saat menghidu bau seakan-akan hangus. Shark dan ayahanda juga turut menghidunya.

"Bau apa ni?" soal Shark, bingung.

"Alamak! Ayam goreng aku!" pantas Suraya berlari semula ke dapur melihat ayam goreng yang sudah rentung digoreng minyak. Suraya tergamam. Itu sajalah satu-satunya ayam goreng yang ada dalam peti ais ni.

"Itulah kau... melawan lagi cakap suami." cantas Shark, daripada belakang. Jelingan tajam diarahkan pada lelaki itu.

"Eleh, awak juga yang tak dapat nak makan. Nak ataupun tidak, awak kena juga makan ikan. Padan muka! Nama ikan, takkan tak boleh nak makan spesies sendiri? Buat malu spesies ikan jerung darat aje..." bebel Suraya, dalam masa yang sama sempat dia mengejek nama lelaki itu.

Besar kecil besar kecil sahaja Shark memandangnya. Nasib baik ayahanda ada dekat rumah ni. Kalau tidak dah lama aku resling perempuan ni dekat dapur!





MAJALAH pengantin diselaknya sehelai demi sehelai, meneliti setiap rekaan baju yang terpapar disetiap muka helaian kertas itu. Gaun putih yang dipenuhi dengan manik serta bunga mawar putih itu betul-betul menepati cita rasanya.

"Cantikkan gaun ni?" soal Athirah, menunding jari kearah gaun yang terpapar dihelaian tersebut pada juru solek dibelakangnya. Lelaki berpenampilan lembut itu mengangguk kepala.

"Sesuai sangatlah dengan you. Orang cantik pakai apa-apa pun cantik." balas juru solek itu, sambil tangannya lincah mengikat rambut gadis itu mengikut style low neck bun.

Sekilas pandangan dialihkan kearah dato Ilyas yang sedang sibuk menguruskan meja makan di halaman rumahnya berdekatan dengan kolam renang.

"Papa!" Jerit Athirah, kuat dan jelas. Lantas dato Ilyas berpaling kearah Athirah yang berada didalam bilik solek sebelum berlari ke sana. Tersenyum dato Ilyas melihat gadis jelita dihadapannya.

"Cantiknya, anak papa ni. Baru bertunang dah pakai lawa-lawa, belum nikah lagi kan?" puji Dato Ilyas, Athirah tertawa kecil.

Malu apabila dirinya dipuji begitu. "ish, papa ni... biasa-biasa aje lah." rungutnya, manja sambil bibir dimuncungnya kehadapan.

"si Fajar tu betul-betul ke boleh datang malam ni? Mama dengan papa dia ikut sekali ke tak? Papa pun risau juga sebenarnya sebab bukan keluarga dia yang masuk meminang kamu. Papa terima pun sebab alasan orang tua dia ke luar negara." ujar Dato Ilyas mengubah topik dengan segera.

"Of courselah dia datang. Pasal keluarga dia tu papa jangan risaulah. Bertunang aje kot? Bukannya kawin terus tanpa pengetahuan diaorang. Lagipun papa dengan keluarga Fajar bukannya sesiapa pun, kawan juga kan?"

"papa tahulah... tapi tak silap papa si Fajar tu pernah berkahwin. Jadi, papa takutlah kalau...."

"Pasal perempuan tu papa tak payah nak ambil kisah sangatlah. Dia tak penting pun. Fajar dah lama ceraikan dia." cantas athirah, laju.

Dato Ilyas terkedu sejenak. Keningnya bertaut pelik memandang Athirah. Sejak bila mereka bercerai? Kenapa aku tak tahu? Arh, lantaklah!

"by the way, pa... papa jemput siapa aje yang datang malam ni?" soal Athirah, sengaja dia ingin tahu.

"papa tak jemput ramai pun, cuma kawan papa, saudara kita dan kawan-kawan kamu aje lah yang datang malam ni."

"Ooo... kalau macam tu... "

PIN! PIN!
Kedengaran hon kereta dibunyikan dua kali mematikan ayat Athirah tadi. Mereka sama-sama berpaling memandang kearah kereta honda yang terparkir di hadapan pagar rumah. Pasti itu fajar!

"Eh? Tunang Athirah dah sampailah. Athirah nak ke sana kejap ek, ada benda sikit nak bincang."

"ish, mana boleh. Sana panaslah. Nanti make-up you cair tak pasal-pasal kena tacap sekali lagi." rungut Juru solek itu.

"Betul tu, Athirah. Suruh aje lah Fajar tu masuk bincang dekat dalam ni, nak bincang dekat luar kenapa?"

"Alaa.. just one minute. Don't worry." ucap Athirah, lantas dia bangun daripada situ mengatur langkah ke arah Fajar yang menunggunya dihadapan pagar rumah.

Fajar dengan suraya bakal bertembung ke? 😎

Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Where stories live. Discover now