58

112K 7.3K 1.2K
                                    

HARI berganti pagi, deringan telefon menyentakkan Shark daripada lenanya. Perlahan-lahan dia membuka kelopak mata, memandang sekeliling kawasan restaurantnya yang agak bersepah dengan barang-barang perabot yang ditempah semalam. Cadangnya nak buat suprise untuk Suraya, tetapi tak sangka pula boleh tertidur dekat sini.

Kepala yang tidak gatal digaru buat seketika. Sesekali dia mengelap bibirnya, takut jika ada liur yang tertumpah sewaktu dia terlena. Baru sahaja Shark ingin berdiri, tiba-tiba sahaja ribanya terasa berat. Lambat-lambat dia menundukkan kepalanya ke bawah, memandang Kazam dan Azim yang masih lagi dibuai mimpi tertidur berbantalkan pahanya.

Amboi, amboi... dua ekor ikan nemo ni.

"Hoi!"

"Hoi, jangan kacau awek aku!" latah Azim, pantas dia menekup bibirnya saat tersedar daripada mimpi. Kazam pula hanya menggeleng kepala, sambil menggosok mata. Apa nak jadilah dengan adik aku ni...

"sorry, bos. Awal bos bangun?"

"Awal apanya dah pukul berapa sekarang ni? Sedap-sedap kepala kau orang sahaja nak landing atas paha aku, kan?"

"Eh, bukan macam tu bos. Saya ingatkan tidur atas paha awek saya tadi, empuk semacam sahaja. Tiba-tiba terjaga tak sangka pula keluar muka jerung." ujar Azim, sambil dia tersengih menayang giginya.

Kecil sahaja pandangan Shark memandangnya. Tanpa memikirkan lagi, dia terus bangun daripada duduk diatas lantai. Seluarnya yang agak sedikit kotor ditepis menggunakan tangan.

Telefon canggih yang berada diatas meja kaunter dicapainya.

10 miss call,

Haih, pasti Suraya yang hubungi aku malam tadi. Tidur mati punya fasal, sampai tak sedarkan diri! Ini semua salah Haidin! Kalau dia tak cabar aku, tak adanya aku sanggup tak tidur malam buat semua ni!

"kenapa tu, bos?" soal Kazam. Dia menjenguk sedikit kepala, melihat kearah skrin telefon Shark yang masih lagi bercahaya. Tak sempat dia ingin membaca, Shark sudah menyimpan telefon canggihnya ke dalam kocek seluar.

"tak ada apa. Kita kena siapkan semua ni secepat yang mungkin."

"Tapi semua benda dah siap, bos. Apa lagi yang tak kena? Kata candle light dinner? Mesti kena ada meja dengan lilin sahaja." rungut Azim. Bukannya apa, dia dah penat menyiapkan meja makan semalam. Siap panjat dinding untuk gantung langsir lagi!

"Haih, kau tak faham... Aku nak yang romantik! Aku nak Suraya like... "

Shark mula membayanginya. Dimana kawasan disekeliling meja mereka dipenuhi dengan kelopak bunga mawar, dan dihiasi dengan lampu kelip-kelip yang menyinari kegelapan tempat mereka. Bau haruman bunga mawar yang segar, membuatkan suasana mereka menjadi lebih romantik.

Tak cukup dengan itu, ditambah pula dengan orang yang sedang bermain biola iaitu Azim, dan penghantar makanan pula Kazam. Dan waktu itu, aku akan mengenakan baju kot supaya kelihatan lebih segak dan macho!

And Suraya will be like...

"Are you serious, daddy? You make all this for me?" soal Suraya, seolah-olah tidak percaya. Kedua belah tangannya menekup mulut yang terlopong luas melihat meja makan mereka yang dihiasi dengan cantik sekali.

Shark tersenyum bangga. Pinggang wanita itu ditarik rapat dengannya. Waktu itu Azim dan Kazam pun mula memasang kipas, membiarkan rambutnya berterbangan seperti sebuah filem romantis!

"yes, mummy. Im your husband, and I will do everything for you. Becuse I... Love... "

"Bos biar betik?" Kazam dan Azim mencelah serentak. Ternganga mulut mereka mendengarnya. Tak mungkin Shark bakal menjadi begitu!

Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Where stories live. Discover now