29

128K 7.6K 1.4K
                                    

"MACAM mana kau boleh kutip semula perempuan tu? Kalau ya pun kau rasa hidup kau sunyi, kau boleh aje cari perempuan yang lebih elok daripada Suraya tu." ujar Rayden serta menyoal.

Kerusi kayu yang berada dihadapan kolam ikan itu menjadi tempat dia melabuh punggung. Dia menyeluk tangannya ke dalam kocek seluar mengeluarkan sekotak rokok. Satu batang rokok diambilnya lalu dicucuh dengan api sebelum diletak pada mulutnya.

Soalan Rayden tadi langsung tidak dijawab. Shark hanya menunduk memandang ikan koi yang saling kejar mengejar antara satu sama lain.

"Aku tak kisah kalau kau nak bela si Suraya tu, tapi cuba kau fikir sikit. Dah berapa hari kau tak lepak dekat casino? Kawan-kawan aku semua tengah tunggu kau untuk enjoy sama-sama tapi kau ke mana?"

"Aku dah kawinlah, takkan aku nak bawa Suraya sekali ke sana? Memang sahlah dia orang nak baham isteri aku!"

Rayden berdecik kecil. Rokok yang dihisapnya tadi dicampak ke tepi, lantas dia bangun berdiri disebelah Shark.

"Sejak bila kau kisah pasal perempuan ni? Lagipun kau pernah cakap dekat aku yang Suraya tu janda kan? Kalau kita orang sentuh pun dia dah kosong."

"Kau jaga sikit mulut kau..." desis Shark geram, mengancing gigi. Kolar lelaki itu dicengkamnya kasar sehingga Rayden tersentak. Jelingan tajam dipanah tepat kearah Rayden memberi satu amaran. Air liur ditelannya sejenak.

"Ri... Rilexlah. Jangan sampai macam ni, bro..." rayu Rayden, dia cuba untuk melepaskan cengkaman pada lehernya. Shark menjeling, lantas dia melepaskan kolar lelaki itu sehingga Rayden bergenjak sedikit ke tepi.

"Kalau dulu ya kau boleh cakap macam tu, tapi sekarang Suraya dah jadi isteri aku. Dia bukannya perempuan murahan aku untuk dikongsi."

"Aku faham, Shark. Tapi... "

"Kalau ayahanda aku boleh terima Suraya jadi isteri aku, kenapa kau tak boleh? Hmm?" cantas Shark laju, menyoal.

Rayden menghela nafas kecil. Bukan aku tak setuju, tapi kehidupan seorang Mafia bukan begini. Kalau dapat tahu dekat pihak musuh, pasti mereka tahu kelemahan Shark nanti.

"Aku cuma risau kalau kau lemah satu hari nanti."

"Aku lemah?"

"Yelah. Bila kau dah cintakan Suraya, mesti kau sanggup buat apa sahajakan demi dia? Kalau musuh tangkap dia, tak ke gila hidup kau dibuatnya? Huh?" soal Rayden.

Shark mendiam tidak membalas apa-apa. Angguk tidak, geleng pun tidak. Tekaan Rayden itu mungkin benar, mungkin juga salah.

"Shark, aku... "

Tak sempat Rayden menghabiskan kata-katanya, Suraya sudah mencelah. Dulang berisi dua cawan teh diletakkan diatas meja yang berada berdekatan disitu. Senyuman lebar diukir Suraya.

"Jemput minum awak, abang Rayden." Pelawa Suraya.

Shark hanya mengangguk perlahan. Secawan teh dicapainya, lalu diserahkan kepada Rayden. "minumlah dulu."

"tak apalah, aku nak balik. Lain kali sahaja aku minum air teh isteri kau." balas Rayden, acuh tak acuh. Dia terus mengatur langkah pergi daripada situ. Sempat Suraya menangkap jelingan benci lelaki itu. Keningnya berkerut pelik, sebelum dia berpaling ke arah Shark.

"peliklah kawan awak si Rayden tu. Dia macam tak suka saya aje, kenapa? Takkan sebab saya tak nak masuk rumah dia minggu lepas?" Soal Suraya, sekadar ingin tahu.

"Entah. Mungkin sebab itulah kot?" balas Shark, acuh tak acuh. Dia melabuh punggung diatas kerusi kayu dibelakangnya. Air teh yang masih berasap ditiup sebelum dihirupnya perlahan-lahan. Dahinya sedikit berkerut menahan panas air itu.

Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Where stories live. Discover now