PERLAHAN-lahan kelopak matanya terbuka. Silau cahaya lampu yang terkena pada matanya dihalang dengan tapak tangan. Dia mengaduh sakit saat terasa denyutan kuat pada bahagian rahang dan pipi kanannya yang sedikit membengkak.
"erghh... "
"Sakit, bang? Puas ke cari gaduh dengan mamat tu? Apa dah jadi semalam sampai dia pukul abang teruk macam ni? Dan siapa dia?" Bertubi-tubi soalan yang Athirah lemparkan.
Fajar sedikit terkejut. Dia tidak sedar pula gadis itu duduk disebelahnya. Sekeliling kawasan itu diperhatikan seketika. Jelas sekali wajah Athirah menunjukkan yang dia tidak puas hati.
"Awak kenapa ni huh? Pagi-pagi lagi dah mengamuk tak tentu pasal?"
"Saya mengamuk sebab risaukan abang! Lelaki tu dah belasah abang teruk, abang tahu tak?! Kalau dia terus belasah abang malam tu, Athirah tak rasa yang abang akan hidup lagi sekarang ni! And tell me, siapa mamat tu? Kenapa dia tiba-tiba pukul abang sampai macam ni sekali?"
"Kalau abang bagitahu pun bukannya awak boleh buat apa-apa pun... "
"who said, huh? Kita boleh buat report polislah!"
Fajar mengeluh kecil. "kalau buat report polis sekalipun tak bergunalah. Lelaki tu suami Suraya! Dia tu Mafia yang awak tercari-cari sangat tu! Dia Shahrin! And dia dah lama bela Suraya sejak abang ceraikan perempuan tu. Daripada segi gaya dia pun abang dah boleh agak yang dia takkan lepaskan Suraya."
"Then? Abang nak teruskan projek cina buta abang tu, huh? Kalau abang dah tahu dia suami Suraya, kita dah tak perlu teruskan semua ni. Bagitahu aje dekat mak ayah abang yang Suraya dah ada orang lain, that's it!"
Fajar menggeleng tidak setuju. "tak boleh... abang kena juga kawin dengan Suraya semula. Kalau tidak mak dengan ayah abang takkan benarkan kita berjumpa lagi."
"Cukuplah, bang. Abang takkan masih tak serik lagi dengan apa yang dah jadi semalam? Abang nak dia bunuh abang ke, huh? Takkanlah mak ayah abang tak boleh faham yang abang dah ceraikan perempuan tu? Atau... abang sengaja bagi alasan tu sebab abang masih nak Suraya jadi isteri abang? Abang cintakan dia?"
"Ya Allah... awak merepek apa ni?"
"Saya merepek? Hei, abang tu yang merepeklah! Abang nak dia semula atas sebab abang takut mak dengan ayah abang tak bagi kita berjumpa. Habis tu, kalau abang kawin dengan Suraya semula... abang ingat mak dengan ayah abang bagi ke kita kawin? Cuba abang fikir logik sikit?"
"Sebab abang fikir logiklah abang buat semua ni... lagipun, keluarga mertua abang akan sampai hari ni awak tahu tak? Kalau dia orang tahu yang abang ceraikan Suraya dengan talak tiga, keluarga abang takkan boleh terima abang lagi, awak faham tak?! Abang tak sepatutnya ceraikan Suraya malam tu. Tapi disebabkan abang bodoh abang stress! Abang tanpa sengaja ceraikan dia becuse of you. Kalau Athirah tak desak abang, semua ni takkan jadi."
Athirah tersenyum menyenget dan mengangguk perlahan. Baru dia tahu selama ini semua kesalahan berpunca daripadanya. Habis aku yang tunggu dia macam tunggul selama lima tahun apa dia?
"Ooo... salah Athirah. Athirah cuma suruh abang ceraikan dia, bukannya sampai ceraikan dia talak tiga! Kalau abang rasa semua ni membebankan abang, baik Athirah undur diri sajalah dalam hidup abang."
"Athirah... "
Tak sempat dia menghabiskan kata, gadis itu sudah berlalu pergi daripada situ. Kedua belah tangannya dikepal-kepal kuat menahan geram.
"Arghh!" jerit Fajar, melepaskan rasa amarah yang dipendamnya. Gelas kaca yang berada diatas meja dicapainya lalu dihempas kuat ke dinding.
"KAU buat apa tu?" tegur Shark daripada belakang. Rambutnya yang serabai jelas menandakan dia baru sahaja bangun daripada tidur. Gelas kaca dicapainya, lalu air puteh dituang perlahan-lahan sebelum diteguknya.
Suraya yang lincah memotong sayur akhirnya berhenti dan memaling wajah kearah Shark yang bersandar dikabinet.
"Tengah potong sayurlah, nak isi perut awak tu! Takkan tengah sunat orang pula?" Seloroh Suraya. Mata dijulingkan keatas sebelum dia kembali memotong sayur.
Shark tersenyum menyenget. Gelas kaca diletakkan keatas meja sebelum dia mengatur langkah kearah Suraya. Kedua belah tangannya ditongkat pada kabinet dapur, mengunci kedudukan gadis itu ditengah-tengahnya. Tangan Suraya yang masih ligat memotong sayur digenggamnya.
Suraya terkedu. Perlahan-lahan dia mendongak memandang wajah lelaki itu disebelahnya.
"aku nak mandi." ucap Shark dengan nada separuh berbisik pada Suraya. Suraya mengerut kening. Tidak faham.
"So?" suraya menyoal.
"So?"
"So, apa?"
"Kau lah so apa?"
"yela, so? Kalau awak nak mandi apa kena mengena dengan saya? Pergilah mandi."
Shark mengeluh kecil. Minah ni sengaja buat-buat tak tahu atau macam mana? Selalunya dia kalau bab macam ini paling laju!
"Kau sengajakan?"
"Sengaja apa? Saya memang tak fahamlah awak nak apa? Tadi kata nak mandi kan? Pergilah mandi. Tercegat dekat sini buat apa? Awak nak mandi dalam sinki tu, huh? Kalau awak nak mandi dalam sinki tu boleh awak mandi dengan ayam tu sekali." sindir Suraya. Memuncungkan bibirnya menunjuk kearah ayam yang masih beku.
"Haih, kau ni... time aku tak nak, kau terhegeh-hegeh nak! Bila aku dah offer kau pula yang tak nak. Pelik kau ni tahu tak? Sudahlah, sambung potong sayur tu! Buang masa aku sahaja layan kau!" Herdik Shark.
"Eh? Kita pula yang kena... "
Tangan Suraya dilepaskan sebelum dia melangkah pergi daripada situ dengan wajah tegang, tidak puas hati. Kepala Suraya yang tidak gatal digarunya, sambil hujung pisau itu diketuk perlahan pada dagunya memikirkan apa maksud lelaki itu tadi.
Nak kata dia suruh aku cuci tandas? Aku dah cuci. Takkan dia nak aku mandikan dia kot? Ish, tak mungkinlah... dia tu jual mahal! omel Suraya didalam hati.
"tapi kalau bukan semua tu... dia nak apa ek? Ah, lantaklah... baik aku siapkan makanan ni dulu."
YOU ARE READING
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]
RomancePemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR...