28

133K 8.9K 1.7K
                                    

RANTAI besi diseretnya ke lantai. Satu persatu anak tangga dipijaknya dengan perlahan tidak mahu satu bunyi pun yang keluar. Biarpun keadaan disitu gelap gelita, dia tahu ke mana jalan yang harus dia pilih. Bilik yang berada dihujung kananya menjadi sasaran. Dia tersenyum sinis walaupun ia dilindung dengan topeng muka.

Tombol pintu yang tidak berkunci dipulasnya, lalu ditolak perlahan. Sesekali anak matanya melilau memandang sekeliling bilik mencari kelibat seseorang sebelum dia menyasar tepat kearah figura Fajar yang sudah leka menaip papan kekunci.

"sial kau... "gumamnya perlahan. Dia terus berlari kearah Fajar, lantas rantai besi itu dililit pada leher lelaki itu sehingga dia tidak mampu untuk bernafas. Fajar mula panik. Tangannya terkapai-kapai cuba untuk membuka lilitan itu, namun gagal.

"Mana suraya?" soalnya, separuh berbisik. Fajar hanya mampu menggeleng sebagai jawapan.

"Aku tanya mana Suraya!" sekali lagi dia mengulangi soalan, tetapi kali ini lebih keras. Lilitan pada leher Fajar diketatkan lagi sehingga dia terbatuk-batuk. Wajah Fajar mula kemerahan.

"Ak... aku tak tahu... di... dia ada dengan lelaki lain... "

"Aku dah agak. Kau ini memang tak boleh harap! Siapa lelaki yang ambil Suraya, huh? Cakap!"

"Shah... Shahrin... " balas Fajar, gagap dengan nafas yang tersekat-sekat. Lelaki itu tergamam sejenak. Perlahan-lahan lilitan itu terlerai pada leher Fajar. Hembusan nafas lega dilepaskan Fajar, sambil dia mengurut dada.

"Shahrin?"

"ya. Aku minta maaf. Aku tak sengaja ceraikan dia. Aku... aku pun tak tahu yang ada orang lain bakal ambil dia. Aku ingat, orang macam Suraya tak ada siapa akan terima. Tapi aku silap. Maafkan aku... "

"Takkan ada orang terima kau kata? Hei, Fajar! Kau ingat suraya tu perempuan macam mana, huh? Kau ingat dia gila ke?"

"Tak... mak... maksud aku..."

"aku menyesal sebab harapkan kau. Aku ingatkan kau boleh jaga Suraya dengan baik sebelum aku ambil dia, tapi kau lembab! Bodoh! Ergh!"

Kepala Fajar ditolaknya kasar. Kedua belah tangannya mula mencengkam rambut memikirkan apa yang patut dia lakukan untuk dapatkan semula gadis itu. Fajar sudah menggigil ketakutan. Pisau rembo yang berada pada pinggang lelaki itu diperhatikannya. Kalau aku tak dapat tunaikan permintaan dia kali ini, pasti pisau itu akan hinggap ke tubuh aku sekarang.

"Aku nak kau cari rumah mamat tu dan dapatkan Suraya semula."arahnya.

Fajar menggeleng tidak setuju. Tak mungkin dia mampu untuk menculik Suraya kali ini. Lelaki bernama Shahrin itu akan belasan aku cukup-cukup punya kalau dia dapat tahu semua ni!

"Tak boleh... suami dia gangster. Aku tak mampu! Bila-bila masa dia boleh bunuh aku!"

"Kau nak aku bunuh kau, atau mamat tu? Kalau kau nak aku bunuh kau, aku takkan bunuh kau dengan cara senang. Aku akan seksa kau sampai kau mampus! Kau nak?"

"Tapi... "

"kalau kau tak dapatkan Suraya semula. Aku akan gantikan perempuan tu dengan Athirah." ugutnya memberi amaran.

Fajar sudah mula menggeleng kepala . Dia tidak sanggup jika orang lain yang menjadi sasaran lelaki itu lebih-lebih lagi Athirah. Cukuplah hati gadis itu yang aku seksa.

"Tolonglah jangan macam ni..." rayu Fajar.

"Kalau kau tak mahu semua ni jadi, cari Suraya semula dan serahkan pada aku. Aku takkan ugut kau kalau kau tak serahkan Suraya pada mamat tu. Faham?"

Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]Where stories live. Discover now