SURAYA mengeluh kecil. Dia melabuh punggung diatas sofa sambil menongkat dagu menunggu kepulangan lelaki itu. Sesekali dia mendongak memandang jam di dinding yang menandakan pukul 5 petang.
"cakap nak balik pukul satu, tapi sekarang dah pukul lima. Nampak sangat dia tipu aku! Hish, bencilah macam ni!" gumam, Suraya seorang diri. Kedua belah tangannya memeluk tubuh, manakala kaki kirinya disilangkan keatas paha kanan.
Telefon canggih diatas meja ditatapnya, lama. Nak call ke tak nak? Manalah tahu kalau aku call dia, dia jawabkan? Omel Suraya didalam hati.
Lantas dia mencapai telefon canggih itu, lalu mendail laju nombor telefon Shark. Malang sekali, panggilan itu tidak diangkat. Suraya mendengus kecil. Dia mencuba buat kali kedua, namun tetap sama.
"Haih dia ni... aku call pun tak jawab! Macam mana aku tak fikir bukan-bukan kalau dia buat aku macam ni?"
TOK! TOK! TOK!
Pintu utama diketuk beberapa kali oleh pengawal. Suraya tersentak. Dia memusing ke belakang memandang pengawal itu sebelum bangun mengatur langkah ke sana."Ya, kenapa?"
"Ada orang hantar sampul ni tadi, katanya untuk Cik Suraya." ujarnya, menyerahkan sampul itu kepada Suraya. Lambat-lambat Suraya mencapainya, senyuman lebar dihadiahkan kepada pengawal itu.
"terima kasih ek." ucap Suraya. Dia mengangguk perlahan, sebelum meminta diri untuk pergi daripada situ. Setelah kelibat pengawal itu menjauh, Suraya kembali berjalan ke arah sofa.
Sampul tadi dibeleknya depan dan belakang, sebelum dikoyaknya. Beberapa keping gambar ditarik keluar. Terbeliak biji mata Suraya melihat gambar seorang wanita yang memeluk Shark daripada belakang.
"What?!" Suraya terkejut.
Turun naik nafasnya kali ini, panas sahaja dia melihat gambar-gambar yang dihantar oleh orang yang tidak kenali. Patutlah dia tak jawab panggilan aku, tengah berasmara dengan perempuan lain rupanya!Dasar gangster, semuanya sama!
"Ergh! Aku bencilah semua ni! Kata dah berubah konon, tapi sama aje! Heh!" bentak Suraya, geram. Dia terus mencampakkan semua gambar-gambar itu ke tepi. Lantas dia kembali bangun, mengatur langkah ke tingkat dua.
DEBUSH!
pintu bilik dihempasnya kuat. Terhinjut bahu ayahanda yang berada dibilik bacaan. Berkerut keningnya, memikirkan apa yang telah terjadi. Sejak beberapa hari ni, banyak sangat benda pelik yang berlaku diantara Suraya dan Shark."Dah kenapa dengan dia orang ni sebenarnya? Aku nak masuk campur pun tak boleh. Aduh... "
KEPALA Shark yang terasa berdenyut disentuhnya lembut. Berkerut dahinya menahan pedih dibahagian belakang kepalanya. Perlahan-lahan dia cuba untuk bangun, menyandarkan tubuhnya pada tong sampah yang berada beberapa meter sahaja darinya.
Shark mengerang sakit. Kotak cincin yang hancur dipandangnya lama. Sebak mula menerpa dadanya. Sia-sia sahaja aku bazirkan duit belikan cincin itu untuk Suraya, tetapi mamat psycho tu boleh rosakkan dalam masa beberapa saat sahaja!
"Kurang ajar kau Hadin... hari ni hari kau, kau tunggu usu lusa aku akan balas dendam! Ergh!!" bentak Shark, geram diakhir ayatnya. Kotak-kotak lama yang tersusun disebelahnya dicampakkan ke tepi. Dia meraut wajah buat seketika, cuba untuk menenangkan diri.
Sesekali dia mendongak memandang langit yang mula kemerahan, menandakan hari semakin menemui senja. Pasti Suraya sedang menunggu kepulangan aku ke rumah. Perlahan-lahan dia bangun, menuju kearah kotak cincin tadi. Serpihan hancur itu ditepisnya, mengharapkan cincin itu masih lagi dalam keadaan baik.
Tersenyum lebar Shark apabila melihat cincin itu tidak kemek. Kiri dan kanan diperhatikan, Takut-takut jika Haidin masih lagi berada disitu.
Cepat-cepat dia memasukkan cincin itu ke dalam kocek seluarnya, sebelum bangun mengatur langkah ke arah motorsikal kawasakinya yang terparkir jauh daripada situ. Perutnya yang terasa senak disentuhnya.
"Sabar kejap ya, Su... kejap lagi aku sampai rumah." desisnya perlahan. Bibir digigitnya menahan rasa sakit dibahagian perut akibat dipijak Haidin tadi. Kunci motor dikeluarkan daripada belakang seluarnya, lalu ditusuk pada tombol itu sebelum dipulasnya.
"alhamdulillah, nasib baik kau tak buat hal." ucap Shark. Lantas dia naik keatas motor itu. Helmet yang disangkut pada cermin itu dicapainya lalu dipakaikan dikepala.
KEDUA belah tangan Suraya yang ditadah disapukan kewajah seusai sahaja dia habis membacakan doa. Kain telekung dibukanya, lalu disangkut pada penyidai yang berada tergantung disitu.Ktak!
Kedengaran tombol pintu pulas seseorang daripada luar. Suraya tersentak lantas dia memusing ke belakang memandang Shark yang sedang melangkah masuk ke dalam bilik itu. Senyuman nipis diukir Shark, malah Suraya hanya membalasnya dengan jelingan.
Dia kembali memandang ke tempat lain, buat-buat seperti sedang sibuk mengemas katil. Shark mengeluh kecil. Dia faham jika wanita itu masih lagi memarahkannya. Pintu ditutupnya rapat semula.
"Awak pergi mana tadi?" Soal Suraya, setelah lama dia mendiamkan diri.
"Aku pergi kedai. Tadi ada masalah sikit, sebab itu lama." ujar Shark. Sengaja dia tidak menceritakan hal sebenar kepada Suraya. Kalau bagitahu pun, bukannya dia percaya.
Suraya tersenyum menyenget. Dia memusing ke belakang memandang Shark yang masih tercegat ditempat sama.
"masalah apa? masalah hubungan awak dengan kekasih gelap? Huh?" soal Suraya, secara tiba-tiba. Shark mengerut kening tidak faham. Kepala digelengnya perlahan. Cuba untuk tidak mengeruhkan keadaan. Baik aku mandi dahulu, sebelum berbincang tentang hal ini.
Lantas dia mengatur langkah ke bilik air tanpa menjawab tuduhan Suraya tadi. Suraya mendengus geram.
"Saya tanyakan jawablah!" bentak Suraya. Menghentikan langkah lelaki itu yang separuh berada didalam bilik air. Dia kembali memusing memandang Suraya yang menjeling tajam kearahnya. Beberapa tapak diatur mendekati wanita itu semula.
Kini Shark berdiri betul-betul dihadapan Suraya. Anak mata lelaki itu dipandangnya untuk beberapa detik sebelum dia mengalihkan pandangannya ke lain.
"Apa yang kau nak tahu sangat? Kalau aku cerita dekat kau perkara sebenar pun kau takkan percaya."
"fine. Kali ni saya percaya. Saya cuma nak awak jujur dengan saya apa yang awak buat itu sahaja."
"okay, kalau begitu bagi aku mandi dulu." pinta Shark. Suraya menggeleng tidak setuju.
"Saya nak sekarang!" degus Suraya, berdegil. Dia menjegilkan mata, cuba untuk memaksa lelaki itu untuk berterus-terang sekarang. Malah Shark hanya tersenyum menyenget.
Cupp!
Pipi Suraya dikucupnya sekali. Terkebil-kebil mata Suraya terpaku dengan tindakan lelaki itu tadi. Tak terasa nafasnya berlalu. Shark tersenyum menang.
"bagi daddy mandi dulu, okay? Kejap lagi kita bincang." ucap Shark. Suraya terdiam tanpa sepatah kata. Angguk tidak geleng pun tidak. Shark tersenyum nipis. Kepala Suraya digosoknya sebelum dia kembali melangkah masuk ke dalam bilik air.
Hembusan nafas dikeluarkan Setelah kelibat Shark menghilang daripada matanya. Sebelah tangan Suraya menyentuh dada, merasakan degupan jantung yang semakin melaju.
"ish, dia ni... sengaja betullah! Orang tengah serius boleh pula dia main macam ni. Mana aci!" gumam Suraya, tidak puas hati.
YOU ARE READING
Aku Shark, Suami Dia! [COMPLETE]
Lãng mạnPemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri yang sangat mencintai seorang suaminya. Kasih setia cintanya hanya ikhlas buat lelaki bernama FAJAR...