Part 1

346 8 0
                                    


AKU mengeluh lega bila tugasku sudah berkurangan dan tidak sesibuk pagi tadi. Pagi tadi begitu sibuk sehinggakan rupa meja pun tidak nampak lagi. Berserak dan tidak terurus. Aku menutup file dan menyusun dokumen dan receipts ke dalam file semula.


Aku terpaksa berkejar membuat salinan Agreement sebanyak 30 set dan aku tidak mempunyai masa untuk membuat out source printing. Keadaan kembali kepada sediakala bila selepas waktu lunch, mata mulalah terasa layu dan mengantuk.


Mocha sudah 2 mug aku teguk, kononnya salah satu cara untuk mengelakkan dari mengantuk tapi ianya tidak berhasil kerana aku masih merasa mengantuk dan tidak tertahan rasanya.


Aku menghidupkan ipodku mendengar music agar aku tidak tertidur di hadapan komputer. Mendengar music adalah cara untuk aku menahan mengantuk dan dalam masa yang sama untuk menghiburkan hati. Rileks mode.


"Lea!," tegur seseorang.


Pause.


Aku tersentak bila namaku di sebut secara tiba-tiba. Mataku menjadi segar bugar kerana terperanjat. Wah bagus betul kaedah begitu walaupun terperanjat mengantukku hilang serta merta.


Aku menoleh ke arah si empunya suara. Ya, Syafinas. Teman baikku juga merangkap bossku. Wajahnya kelihatan mendung hari ini, tidak ceria seperti sebelum lunch tadi. Entah apa pula masalahnya kali ini.


"Why? What's wrong dear?," ujarku bila kulihat matanya yang cantik itu ditakungi air dan air matanya itu akan tumpah bila-bila masa sahaja.


"No..not here, in my office please..," jawab Syafinas perlahan cuba menahan perasaan sedihnya lalu berjalan menuju kearah biliknya.


Aku menganggukkan kepala tanda faham lalu mengekorinya dari belakang.


Sebaik sahaja aku berada di dalam biliknya dan menutup pintu biliknya rapat. Aku duduk di kerusi berhadapan dengan Syafinas mengadapnya. Apa cerita dari Syafinas kali ini sehingga membuatkan dia begitu sedih.


Syafinas hanya duduk mendiamkan diri. Airmatanya yang dari tadi bertakung sudah mula mengalir perlahan tanpa dapat di tahan lagi. Aku menarik sehelai tisu lalu menyerahkan kepadanya. Wajah cantik milik Syafinas kelihatan muram.


"Rashdan..," ujar Syafinas sepatah cuba menahan sebak.


Aku mengeluh kecil bila mendengar nama dan perkataan yang pertama keluar dari mulut Syafinas.


"Don't tell me, it's about him!," ujarku menyerahkannya sehelai lagi tisu kepada Syafinas kerana aku tahu sehelai tisu tidak bisa menghapus air matanya.


"Rashdan nak putuskan hubungan dengan I, katanya I'm not fit to be his girl," ujar Syafinas tiada dapat menahan sendu. Shafinas menarik sehelai tisu dari kotak tisu di hadapannya lalu menyapu airmatanya yang mula mengalir perlahan.

Azalea Orkid (Completed)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang