Nama aku Damia Nazihah. Aku budak bandar. Budak KL. Pusat Beli Belah itu memang permainan aku. Memang lumrah hidup aku.
Cumanya.
Aku seorang diri. Tiada kawan yang menemani. Sungguh. Aku rasa hidup aku kosong. Hanya ditemani deru angin membelai kain tudung aku ini.
Walaupun aku bebas ke mana sahaja aku mahu. Pavillion. Pasar Seni. Times Square. The Mines. Semua yang menjadi tumpuan manusia serata negara. Tapi, aku tetap tidak rasakan itu satu kelebihan. Kerana aku, tiada insan bernama teman.
Aku ada Mama abah. Mama bernama Suraya manakala abah pula bernama Saiful. Damia Nazihah binti Saiful. Ya, itu aku. Mama abah aku berjawatan tinggi. Mesyuarat sana sini. Projek sana sini. Duit tak perlu risau, memang sentiasa ada. Cuma kenapa mereka tidak boleh beri aku teman. Beri aku adik. Adik yang petah berkata-kata. Yang boleh teman aku menonton televisyen bersama. Yang boleh aku berkongsi kisah suka duka. Kenapa mereka tak berusaha? Hanya memandang harta dunia tanpa kisah aku di dunia?
Di sekolah pula, aku hanya rapat dengan segelintir kawan sahaja. Merekalah kawan belajar, kawan bermain, senang cerita kawan suka duka aku. Alia, Anis dan Bibi. Kami berempat ni memang macam belangkas. Ke mana sahaja pasti bersama. Cikgu-cikgu pun dah kenal dengan kami.
"Tahniah Mia, aku tahu kau lepas punya" ucap Bibi kuat ingin mengatasi bunyi bising di Dewan Sri Panglima.
Hari ini keputusan PT3 diumumkan. Aku malam tadi lagi sudah tidak dapat tidur dengan tenang kerana asyik memikirkan keputusan yang bakal aku terima. Mama pula tidak habis-habis menaruh harapan tinggi terhadap pencapaian aku kali ini sedangkan usaha yang aku letakkan sewaktu peperiksaan hanyalah setakat biasa-biasa sahaja. Mama abah pula bukannya peduli perihal aku sepanjang peperiksaan berlangsung dulu. Bahkan mereka mungkin tidak sedar aku sedang menjalani peperiksaan besar ketika itu. Yang hantar ke sekolah pula hanyalah Pak Cik Fauzi, pemandu peribadi keluarga aku.
"Thank you weh. Korang pun banyak tolong aku. Teman aku study semua. Congrats for us" aku membalas pelukan rakan-rakanku.
"Jom celebrate?" ajak Anis sambil mengebil-ngebilkan mata. Anis ni kalau bab habiskan duit memang laju.
"JOMMMMM" kami bersorak gembira.
"Jap kitorang bagitahu parents kitorang. Kau tunggu jap tau!" kata Alia kemudian berlalu pergi bersama Anis manakala Bibi pun sibuk mencari kakaknya yang hadir bersama semasa Hari Penyerahan Keputusan PT3.
Aku pula hanya berdiri tegak merenung sekeping kertas yang tercetak keputusan PT3 aku. 10A. Aku berjaya buktikan dekat cikgu-cikgu yang aku boleh. Aku tersenyum tipis kemudian melihat sekeliling. Masing-masing bersama ibu bapa mereka. Aku sorang sahaja yang datang sendiri. Mama tipu! Mama mungkir janji! Mama kata nak teman aku hari ini tetapi tiba-tiba ada hal kecemasan di pejabat. Bisnes dia lagi penting ke daripada aku?!
Iphone 11 aku genggam erat. Dari jauh aku lihat si kembar, Alia dan Anis meluru ke arah aku. Aku terus batalkan hasrat aku untuk menghantar pesanan ringkas kepada Mama dan Abah. Telefon pintar aku simpan dalam poket dan terus bergerak ke luar pagar sekolah.
"Jadi, apa plan korang lepasni?" Alia memulakan perbualan selepas masing-masing selesai membuat pesanan.
"Plan apa?" Bibi yang sememangnya paling blur dalam kalangan kami mula bertanya kerana tidak faham akan pertanyaan Alia.
"Plan la. Aku dan Anis ingat nak masuk sekolah teknik lepas ni. Jom!" ucap Alia teruja.
"Sekolah teknik? Eiii tak nak aku. Aku tak minat." aku membalas.
"Hmmm tahulah budak pandai. Result 10A. Kami yang empat lima A ni mampu masuk sekolah teknik jelah" Anis pula berkata.
"Bukan macam tu maksud aku. Aku memang tak suka la style sekolah teknik sekolah vokasional semua ni. Aku prefer sekolah biasa je. Tak pun boarding school" aku cuba beri penjelasan.
"Wah semua dah fikir masa depan ya. Aku bangga dengan korang. Kalau aku, aku stay je kot." Bibi pula menyampuk.
"Stay? Seriuslah?" Anis terkejut dengan jawapan Bibi.
"Entah kau ni. Takkan kau nak stay? Kau tahu kan sekolah kita tu neraka? Jom lah discover tempat baru." Aku turut menyatakan ketidaksetujuan.
"Takpelah. Walaupun macam neraka, aku dah biasa dah dengan perangai cikgu-cikgu dekat sana. Lagipun crush aku tunggu aku tu." Bibi membalas sambil tersenyum sipu.
"Cehhhhhh patutlah masih kental. Ada buah hati pengarang jantung kat sana HAHHAHA" kata-kata aku membuat kami gelak gembira. Bibi pula masih berangan mahu kejar si Zafrul adik Ketua Pengawas Sekolah tu.
"So kita semua nak berpisah ke ni?" Alia mula membuka kisah sedih. Si kembar sorang ni memang hati tisu terlebih.
"Tak apa. Kita masih kawan. Ingat, aku ada korang je dalam dunia aku" kata aku lantas memeluk mereka bertiga.
Sungguh. Merekalah yang mula mahu berkawan dengan aku sewaktu pertama kali aku berpindah ke KL ini selepas Abah dinaikkan pangkat.

ANDA SEDANG MEMBACA
Salah Sarah
Teen FictionBuku ini mengisahkan tentang hubungan singkat tetapi panjang antara dua gadis yang terpisah. Damia/Jiah yang pada awalnya menyimpan rasa telah datang ke rumah Sarah untuk luahkan segalanya, namun ianya dibuat tidak endah oleh Sarah. Damia kecewa. Mu...