Love me, Hayden

26.3K 284 6
                                    

JATUH cinta dengan abang tiri sendiri? Itulah yang dipendam Ardell sejak dahulu lagi. Dari kecil dia menyukai Hayden sehinggakan mana-mana lelaki yang cuba rapat dengannya, langsung tidak dipandang. Hanya Hayden yang dilihatnya.

Kepulangan Hayden ke Malaysia cukup tidak disangkanya. Lebih-lebih lagi mereka tinggal serumah. Bagaimana Ardell mahu melupakan lelaki itu jika setiap masanya Hayden ada di hadapan matanya? Layanan lelaki itu kepadanya pun cukup menyakinkan isi hatinya.

Namun, satu malam menyebabkan Ardell sanggup menggadaikan maruahnya untuk Hayden. Dia terlalu sayangkan lelaki itu. Dengan cara ini sahaja, dia tahu dia akan memiliki Hayden.

" Tolong abang lupakan semuanya untuk malam ini. " - Hayden Nashreen

" Macam mana? " - Ardell Risa

" Abang, this is wrong. Ardell..... " - Ardell Risa

" You give what I want and you get what you want. It's..... me. - Hayden Nashreen

Disebabkan itulah mereka disatukan. Namun, Ardell tidak sangka perkahwinan mereka itu telah merubah Hayden seratus peratus. Tiada lagi Hayden yang romantis, tiada lagi Hayden yang sayangkan dirinya. Yang ada cumalah dingin, beku dan kasar. Yang pastinya, Hayden terlalu membencikan dirinya.

Semakin hari Ardell dapat mengetahui kebenarannya. Dia cumalah tempat untuk Hayden melepaskan nafsu lelakinya. Ura-ura yang mengatakan Hayden sudah berpunya semua benar sekali dan rupanya dia sedang dipermainkan!

Dan apabila dia dimadukan, dia memilih untuk bertahan hingga akhirnya dia yang terpaksa mengundur diri. Cuma secebis kebahagiaan yang digapainya bersama Hayden.

3 tahun, Ardell lari dari Hayden. Dia hilang tanpa jejak. Dalam tempoh masa itulah, dia dapat tahu kebenaran tentang keluarganya. Rasa benci mulai hadir dalam dirinya. Atas takdir Tuhan, mereka dipertemukan kembali. Namun, tiada lagi rasa cintanya buat lelaki itu. Kosong! Hayden sudah mati dalam hidupnya.

" Abang tahu sekarang ni Ardell dah tak rasa apa-apa pada abang tapi abang akan buat Ardell jatuh cinta pada abang semula. " - Hayden Nashreen

" For what? Awak sepatutnya lepaskan saya! " - Ardell Risa

Apa akan jadi dengan perkahwinan mereka? Mampukah Hayden mengembalikan Ardell yang dahulu? Dan Ardell, patutkah dia beri peluang kepada Hayden? Dia sudah kehilangan semuanya hanya disebabkan lelaki itu. Atas sebab apa untuk dia terus bersama dengan Hayden? Semuanya sudah tidak bermakna lagi untuknya.

" Tuhan, aku hanya berserah kepada Kau kerana aku tahu, Kau tahu apa yang terbaik buat aku dan dia. " - Ardell Risa

Start: 26/12/2020
End: 01/01/2022

Love,
Ivy💗

Love me, HaydenWhere stories live. Discover now