Takdir memang sudah tertulis tetapi persoalannya, adakah kau takdir yang tertulis untukku? Faiq Adzrin, seorang jejaka yang dingin. Sisi peramah dan perwatakannya yang sebenar hanya diperlihatkan kepada seorang wanita sahaja. Seorang jejaka yang matang dan sentiasa menjaga penampilan diri sehingga mampu membuat gadis-gadis terpegun dengan personalitinya, tetapi tidak bagi seorang Athea Izara. Nur Athea Izara, seorang gadis yang sangat dikagumi oleh semua lelaki kerana sifatnya yang sukar untuk didekati walaupun sekadar untuk berbual kosong. "Pandang apa?" -Athea "Pandang bidadari.. Betul lah orang kata, bidadari tu sebenarnya memang wujud." -Faiq "Sorry, ayat tu dah lapuk! Pergi try dekat orang lain lah eh.." -Athea Namun disaat cinta mulai berputik, muncul pula seorang Lily Afina yang pada mulanya hanya sekadar kebetulan. Tanpa disangka, pertemuan yang disangka kebetulan itu sebenarnya menjadikan rancangannya yang selama ini dirancang menjadi lebih mudah. "Aku tak sangka kau dengan dia sekarang. Kau baru nak bahagia ya? Jangan harap aku nak biarkan kau hidup bahagia, Athea!" Dapatkah Faiq dan Athea mempertahankan hubungan mereka? Akankah Faiq setia dan percaya pada Athea atau lebih mempercayai kata-kata seorang Lily Afina?