BAB 1 | LARI

1.2K 123 7
                                    

MATA meliar melihat kawasan sekeliling, cuba mencari ruang dan peluang bagi melepaskan diri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MATA meliar melihat kawasan sekeliling, cuba mencari ruang dan peluang bagi melepaskan diri. Pada waktu malam sebegini, dengan keadaan lampu-lampu yang terpasang malap, sedikit sebanyak membataskan pandangan untuk melihat.

Mana tahu ada yang memerhati gerak-gerinya dalam diam sejak tadi. Sekiranya betul sangkaan firasatnya, habis musnah segala rancangan. Namun, itu bukanlah alasan untuk dia membatalkan hasrat bagi melarikan diri dari tempat yang menjijikkan ini.

Tempat yang diberi nama jolokan pasar kegelapan itu teramatlah bising dengan suara-suara hilai tawa lelaki dan perempuan yang sedang melempiaskan nafsu mereka. Bagi mereka, keseronokan dunia itu jauh lebih penting walaupun mereka sudah maklum dengan pelbagai penyakit seks yang boleh membawa kematian.

Apabila matanya mula menangkap figura dua orang lelaki dan perempuan yang sedang berasmara, raut wajah menyampah terus terpamer pada wajahnya. Rasa mahu muntah! Segera dia mengalihkan pandangan ke tempat lain.

Pandangannya terus jatuh pada kelibat seorang lelaki yang mempunyai tatu bercorak naga di tangan. Badan segera dikecil dan disuaikan disebalik timbunan-timbunan plastik sampah itu. Biarlah busuk sekalipun asalkan agendanya dilaksanakan dengan jayanya.

Lelaki bertatu itu berjalan longlai ke arah sebuah meja bar yang terletak tidak jauh dari tempat persembunyiannya. Tangan sasa itu mencapai secawan bir yang besar lalu minuman keras itu diteguk rakus. Matanya tetap tajam memerhati, menunggu peluang keemasan yang akan tiba tidak lama lagi.

"Hei, Alex! Macam mana perniagaan kau setakat ni?" tanya seorang pelayan lelaki bernama Huxley yang juga rakan baik kepada jejaka bertatu itu.

"Baik. Makin berkembang ada la. Polis-polis di dunia ni semuanya lembab! Langsung tak boleh hidu pekerjaan gelap aku. Dah lama dah aku bertahan," kata Alex dengan riak wajah yang bangga dan sombong.

12 tahun, bukan tempoh yang singkat bagi sesebuah agensi dari dunia kegelapan bertahan sehingga hari ini. Bermula dari umur 17 tahun, dia berjaya mengaburi mata-mata pihak berkuasa dengan pelbagai teknik yang licik dan penuh penipuan.

Hasilnya, perniagaan haramnya ini semakin berkembang dalam kalangan orang-orang yang terpilih dan boleh dipercayai sahaja. Bagi sesiapa yang menjadi gunting dalam lipatan, kematian pasti akan menjemput dengan pelbagai cara. Kejam? Itulah sifatnya.

Huxley hanya tersenyum melihat kawan baiknya itu. Disebabkan Alex, dia turut berkecimpung dalam dunia yang bersisikan kegelapan ini. Gelas kaca yang berada dalam pegangan disusun di atas meja dengan teliti. Meskipun bekerja sebagai pelayan arak haram di sisi agama, dia tidak kisah asalkan hasil yang diperolehnya lumayan.

"Asal kau tiba-tiba jadi pelayan ni? Kau patutnya meraikan kejayaan kita. Tanpa kau, aku pun tak dapat nak luaskan lagi perniagaan aku ni."

"Saja. Aku cuma nak cuci mata je. Tak ada mood la, bro!" kata Huxley lagi sambil tersengih.

RAHSIA SEBUAH HATI Where stories live. Discover now