BAB 51 | TWO-SIDED CASE

398 37 3
                                    

"Kebahagian itu tidak ke mana-mana kerana ia ada di dalam diri kita sendiri, di hati yang selalu mensyukuri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kebahagian itu tidak ke mana-mana kerana ia ada di dalam diri kita sendiri, di hati yang selalu mensyukuri."

















LAKARAN pelan yang menunjukkan struktur bangunan yang menjadi pusat markas aktiviti
anak-anak buah Razen dibentangkan di atas meja. Di tengah-tengah ruang tamu itu, Danial selaku wakil daripada pihak atasan MEIO berdiri berhadapan dengan pegawai-pegawai polis yang turut memegang jawatan sebagai ketua unit masing-masing.

Setiap unit mempunyai pelbagai peranan dan tugas penting yang perlu dilaksanakan bagi memastikan operasi besar-besaran ini berjalan lancar. Walaupun anak lelaki Tan Sri Afnan tersebut baru mencecah 18 tahun dan masih belum ada pengiktirafan dalam bidang ini, kemahiran jejaka itu sememangnya hebat dan tidak dapat disangkal lagi.

Mereka sudah dapat melihat kehebatan jejaka itu menyelesaikan kes dan bagaimana cara dia menumpaskan penjenayah dengan ilmu silat yang dipelajari. Rupanya dalam diam tanpa pengetahuan Tan Sri Afnan, dia sering membantu sahabat baik ayahnya itu mengendalikan kes.

Dendamnya terhadap Tuan Razen menyebabkan dia tekad menceburi bidang itu walaupun ayahnya melarang. Danial faham keadaan ayahnya yang trauma dan takut akan kehilangannya namun, kematian ibu dan kakaknya perlu ditebus sekalipun nyawa menjadi tebusan! Dia tekad!

"Baiklah. Saya harap anda semua dengar penjelasan saya baik-baik. Sebelum saya terang mengenai rancangan yang perlu dibuat, saya akan tunjuk terlebih dahulu tentang lokasi."

Danial terus membuka bicara. Peta besar benua Eropah dibentang di atas meja, menindih pelan lakaran markas penjenayah. Semua yang berada di situ terus memasang telinga dan fokus melihat peta besar tersebut. Ikram yang berada di sebelah terus menghulurkan pen penanda berdakwat merah bagi memudahkan lelaki itu membuat penerangan dengan lebih jelas.

"Berdasarkan alat penjejak yang telah dipakai oleh seorang mangsa, kami mendapati lokasi yang menjadi tempat dia disembunyikan ialah di Fresnes-sur-Escaut, France."

Jari jemari Danial pantas membulatkan lokasi yang disebutnya pada peta dengan pen penanda merah. Berdasarkan tafsiran mereka, kedudukan tempat itu agak jauh. Berhampiran sempadan Perancis dengan Jerman.

"Dari kedudukan kita untuk ke sana, jaraknya ialah 227 kilometer dan akan mengambil masa selama dua jam 30 minit."

Kali ini, tangan Danial pantas membuat garisan yang menghubungkan Paris dengan Fresnes-sur-Escaut bagi memastikan mereka semua faham dengan lebih jelas. Sebahagian daripada mereka kagum melihat kewibawaan yang ditunjukkan oleh jejaka bertopi hitam itu selaku pemimpin operasi penting ini. Tidak dinafikan Danial setanding dengan Tan Sri Afnan walaupun masih remaja.

RAHSIA SEBUAH HATI Where stories live. Discover now